Tuesday, December 11, 2007

Bicara Agama : Cemerlang akademik tetapi jangan abai agama

Saidina Ali Abi Talib pernah berkata, kalau kamu memiliki harta, kamu perlu menjaganya tetapi jika kamu memiliki ilmu, maka ia akan menjagamu. Allah juga berfirman, Allah akan meninggikan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat... (al-Mujadalah: 11)

Ini menunjukkan kepada kita akan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian.

Kepada wartawan, MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto, ZAKARIA IDRIS, Timbalan Rektor Korporat dan Pengantarabangsaan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Mohd. Shah Abdullah mengupas persoalan ini.

MEGA: Kepentingan ilmu kepada manusia memang tidak dipertikaikan. Namun, apakah kesan jika terlalu menekankan kepada berapa banyak dapat A sahaja dalam peperiksaan?

MOHD. SHAH: Saya berpendapat, suasana sedemikian akan mendatangkan kesan tidak baik kepada pelajar. Sebabnya, para pelajar akan rasa terlalu tertekan dengan harapan menggunung ibu bapa yang mahu mereka mendapat seberapa banyak A yang boleh dalam peperiksaan.

Malah, ada kes di mana pelajar membunuh diri apabila gagal mencapai tahap akademik sebagaimana yang diharapkan oleh ibu bapa.

Berasaskan pandangan yang sama, ramai ibu bapa berlumba-lumba mahu menghantar anak masing-masing ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Namun disebabkan tempat yang ditawarkan terhad, ia kadangkala menyebabkan berlaku penggunaan saluran-saluran yang tidak sah atau istilah ‘menggunakan kabel’ untuk memastikan anak dapat ke SBP.

Dalam hal ini, kita perlu berbalik kepada asas pendidikan iaitu untuk melatih pelajar agar boleh dan pandai berfikir serta menguasai kemahiran tersebut dan berakhlak baik.

Sejarah membuktikan bahawa anak- anak yang belajar di sekolah bantuan kerajaan biasa pun boleh mencipta kejayaan sebagai mana Nur Amalina Che Bakri yang mencatat 17 1A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Inilah contoh keseimbangan pelajar yang kita mahu.

Sebaliknya, ramai ibu bapa kini mempunyai persepsi yang salah tentang sekolah biasa. Ini berlaku kerana kita meletakkan sesuatu yang tidak betul pada tempatnya.

Malah, ada ibu bapa yang menghantar anak ke tuisyen sejak tahun 1 lagi. Pusat tuisyen semakin diminati berbanding belajar di sekolah. Dan apabila berjaya dalam peperiksaan, selalunya tuisyen yang mendapat pujian bukannya jasa guru yang mengajar di sekolah.

Ada ibu bapa yang beranggapan jika anak mereka gagal mencapai banyak A dalam peperiksaan, maka gelaplah masa depan mereka. Adakah benar tanggapan begini?

MOHD. SHAH: Ini adalah satu lagi salah tanggapan dalam masyarakat. Ramai beranggapan jika gagal dapat banyak A, maka gelaplah dunia. Seolah-oleh dunia ini hanya tempat bagi orang yang berjaya dan tidak ada tempat bagi mereka yang gagal.

Realitinya, kita boleh melihat kepada contoh yang ada hari ini. Bill Gates iaitu orang terkaya di dunia dan pengasas Microsoft Corp. ialah pelajar yang tidak menamatkan pengajian di Universiti Harvard. Baru-baru ini sahaja beliau memperoleh ijazah daripada universiti tersebut.

Ini menunjukkan tiada korelasi antara pendidikan tinggi dengan kejayaan mencipta kekayaan. Sebenarnya, sistem pendidikan negara adalah holistik mencakupi falsafah, pedagogi dan kandungan silibusnya. Tetapi masyarakat terlalu mementingkan kepada pencapaian akademik.

Penekanan terhadap subjek agama Islam sebagai teras peperiksaan nampaknya kurang diberi perhatian. Adakah ini memberi kesan dalam usaha kerajaan memberi tumpuan kepada pembentukan modal insan?

MOHD. SHAH: Kita tidak boleh menafikan semua ini berlaku akibat globalisasi. Ia membawa budaya bentuk baru yang merosakkan umat Islam melalui program di televisyen, cakera padat video (VCD) dan juga filem. Kalau tapisan iman kita lemah, memang mudah kita tewas.

Saya suka mencadangkan agar diwujudkan dasar supaya pelajar Muslim perlu mendapat kepujian dalam subjek Pengetahuan Agama Islam di peringkat SPM. Malah, ia juga wajar dijadikan syarat berkhidmat dalam kerajaan.

Sebabnya, dalam Wawasan 2020 pun kita mahu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri dan melihat generasi yang seimbang dari segi jasmani dan rohaninya. Jadi, kita tidak boleh mengkesampingkan subjek agama Islam dalam pelajaran anak-anak. Ilmu agama yang kukuh adalah asas atau tunjang kepada pembentukan modal insan yang sempurna.

Apa yang dibimbangi, kita hanya membina sarang labah-labah. Ia rapuh dan apabila ditiup angin akan jatuh. Kita sudah pun memiliki formula ke arah itu sesuai dengan kemerdekaan yang dicapai 50 tahun lalu. Apa yang perlu dilakukan kini ialah memperkasakannya sahaja.

Ini bukanlah sesuatu yang mustahil kerana negara mempunyai ramai tokoh pemikir, ulama dan cendekiawan yang boleh berganding bahu merealisasikan hasrat tersebut.

Mungkin sudah sampai masanya semua institusi pengajian tinggi awam yang tidak mempunyai Fakulti Pengajian Islam menawarkan subjek pengajian Islam seperti tauhid dan fikah. Ini supaya negara boleh melahirkan lebih ramai golongan profesional ustaz. Apa pandangan anda?

MOHD. SHAH: Saya setuju. Sememangnya kita menekankan kepada pendidikan bersepadu dalam semua bidang. Malah, ini juga adalah asas dan teras kepada pendidikan negara.

Malangnya, ia kini dipisah-pisahkan kesan sekularisme sehingga mewujudkan split personality. Di satu pihak mahukan ilmu agama sahaja dan satu pihak lagi ilmu akademik semata-mata. Inilah penyebab berlakunya ketidakseimbangan.

Apabila ditawarkan subjek asas seperti tauhid dan fikah ini, walaupun seseorang pelajar itu dari jurusan perubatan atau kejuruteraan, dia juga akan mempelajari agama. Pengetahuan agama yang diperolehi itu tadi akan memandu mereka dalam menjalankan tugas seharian.

Sebab itu, berdasarkan pengamatan, mereka yang terlibat dalam jenayah kolar putih ini adalah golongan yang berpelajaran. Tetapi disebabkan kekurangan didikan agama maka berlakulah jenayah tersebut. Natijahnya, lagi cerdik lagi pandai dia menipu. Pastinya, lebih besar mudarat orang terpelajar melakukan jenayah berbanding orang yang buta huruf.

Dalam usaha kerajaan menerapkan integriti, kita perlu memantapkan sistem pendidikan dan yang pastinya pendidikan agama jangan dipisahkan. Subjek Tamadun Islam di institusi pengajian tinggi awam adalah tidak mencukupi kerana ia hanya mengajar bab yang umum. Kita mahu melahirkan ilmuwan terbilang seperti Ar-Razi, Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun.

Kita mahu melahirkan pelajar yang sederhana wataknya tetapi futuristik. Dan mereka tidak boleh dipisahkan daripada Melayu dan Islam.

Bagaimanapun, pengenalan subjek Jawi, al-Quran dan fardu ain (J-QAF) di sekolah-sekolah adalah usaha murni yang perlu diperkasakan. Sekurang-kurangnya, ibu bapa rasa lega kerana anak-anak mereka mendapat latihan amali berkaitan solat, bersuci dan lain-lain di sekolah.

Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka gagal dalam hidup. Namun, tidak ramai yang mahu anak mereka menjadi Muslim yang patuh kepada Allah. Bagaimana mencari titik keseimbangan dalam hal ini?

MOHD. SHAH: Saya melihat sudah ada perubahan dalam bab ini. Pada musim cuti sekolah, ramai ibu bapa yang menghantar anak masing-masing mengikuti kursus jangka pendek atau khemah-khemah ibadat serta motivasi.

Ia bagi melatih anak mereka bersolat, mendalami ilmu agama sebagai persiapan menjadi generasi yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Golongan ibu bapa ini pula kebanyakan terdiri daripada kelas pertengahan dan elit. Mereka mahu melihat anak-anak dijajar semula dengan ilmu agama dan mengelak terlibat dalam gejala sosial.

Kalau trend ini berterusan, insya-Allah masa depan generasi muda di negara kita cerah.

Realitinya, memang tidak ada ibu bapa yang mahu anak-anak gagal dalam akademik. Namun, mereka yang gagal akademik ini masih boleh berjaya dalam aspek kemahiran seperti jahitan, pertukangan dan lain-lain.

Apa yang penting ialah memiliki anak-anak yang berjaya dan berakhlak mulia bak perumpamaan, ‘rosak budi, rosaklah bangsa dan rosaklah negara’.

Lagipun, ingatlah kita kepada sabda Rasulullah s.a.w, Setiap anak dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih), ibu bapanya yang menentukan sama ada ia menjadi yahudi, majusi atau nasrani. (riwayat Muslim).

Friday, November 23, 2007

NASIHAT NABI KEPADA MUADS BIN JABAL


Sabda Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz, “Wahai Mu’adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Qur’an
· tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud, “Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain.”
Sabda Rasulullah S.A.W., “Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya.”
Kata Mu’adz, ” Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?”

Sabda Rasulullah S.A.W., “Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah S.W.T.”

Thursday, November 22, 2007

Berlalunya satu semester...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah ptg td berakhir sudah peperiksaan akhir semester ini.. Membawa makna berakhirnya sesi pengajianku untuk semester 2 di UPSI.. Jika diimbau kembali, betapa sibuknya aku semester ini..dengan memegang jawatan Exco Sukan, Rekreasi dan Rakan Muda di kolej kediaman..masya ALLAH..klu dihitung, berapa bnyk masa yang aku mampu guna untuk mengulang kaji nota-nota kuliah..betapa 'assignment' pun dilaksanakan dengan penuh tergesa-gesa dengan sentuhan yang langsung tidak memuaskan hati..apatah lagi, tidak mampu memberi komitmen sepenuhnya dalam tugasan berkumpulan..sehingga membawa kepada ketidak percayaan kawan-kawan kerana kerap gagal menggagalkan diri dalam sesi perbincangan.. ditambah dengan hasil kerja tangan dalam membuat laporan makmal yang entah boleh diberi markah atau tidak oleh pensyarah...dengan persediaan untuk peperiksaan pertengahan semester yang x seberapa..betapa aku ingat lagi malam sebelum mid-term termodinamik, aku langsung x study coz ada student histeria di blok ni..aku n sahabat2 lain pergi 'merawat' student tu memnadangkan ustaz x da..dengan sebelum ni nya busy ngan SUPER KHAR... huh! itu hnya sedikit catitan kesibukan aku smester ini..tidak termasuk dengan mesyuarat yang tidak menentu yang mengambil masa sehingga jam 2 pg..Namun, betapa aku bersyukur kerana ALLAH sentiasa membantu ku.. 'carry-mark' aku, alhamdulillah..tidak jauh bezanya dengan rakan-rakan yang punya masa utk study..mungkin inilah yang dinamakan pengorbanan..bila kita ikhlas melaksanakan kerana ALLAH, pasti ALLAH akan membantu kita.....
---Moga ku tahu syukurku, adalah milik-MU--

Tuesday, November 20, 2007

Aku dan peperiksaan...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setakat hari ini, sudah 3 semester diriku berada di UPSI..dan skrg berada di penghujung sem 3 pada musim 'exam' ni.. Juz nak berkongsi rasa dengan luahan blogku ini.. Dari apa yg aku perhatikan, peperiksaan di U amat berbeza di sekolah krn di U, kita punya peluang dan masa utk study dengan adanya study week dan gape atr hari peperiksaan.. tp, bagaimana kita nak gunakan peluang ini? Kita punya bnyk peluang utk meraih kecemerlangan jika pandai menggunakan masa yang terhidang ini memandang sepanjang minggu kuliah kita mungkin x punya masa terluang untuk mengulangkaji memandangkan kekangan dari timbunan assignment dan juga kuliah2....huh! tapi aku?? peluang itu terbiar penuh sia2.. selalu gagal menguruskan masa.. kelemahan ku sejak dr sekolah lagi.. Ya ALLAH, berilah kekuatanku utk berubah.. berubaha ke arah yang lebih positif.. Moga hari-hari terakhir utk minggu pepriksaan sem ini dpt digunakan sebaiknya.. 'Allahumma yassir, wa la tu'assir'...

p/s : 2 days left for subject-killer paper.. chemistry thermodynamic and inorganic chemistry.. (22 November 2007)

Thursday, June 28, 2007

.....('',).........Blogku...

Hari ini, alhamdulillah, dapat juga untuk edit sedikit layout pada blog ini walaupun masih belum ada posting yang sebenarnya..Posting sebelum ini hanyalah pengenalan dan penghargaan... Sebenarnya, sebelum ni dh ada blog kat friendtser, tp yang ni mungkin untuk yang lebih proper. Jauh dari sudut hati, kelahiran blog ini hanyalah semata-mata untuk diri ini untuk meluahkan segala apa yang di minda dan di hati. Nak kata diari, mana boleh coz jadi tatapan ramai. Tapi tak tau la ramai mana, hehehe.. Selain itu juga, blog ini untuk mengasah bakatku dalam penulisan. Tapi tak pasti la ada ke x bakat tu untuk diasah. Hehe.. Apapun, insya ALLAH, segalanya boleh jika kita benar-benar punya keazaman untuk mencapai sesuatu perkara.. Dan mungkin juga kelahiran blog ini kerana saya benar-benar berminat dan menghayati penulisan blog2 dr bloggers yang hebat. Yang paling saya kagumi sudah tentu abu saif..('',)..walaupun ustaz x kenal saya, tapi saya kenal dia..hehe...Rasanya setakat ini dulu posting kali ini..Kul 10 mlm jap lagi, ada mesyuarat..Ya ALLAH, permudahkan urusanku..

Wassalam...

Thursday, February 22, 2007

Assalamualaikum

Alhamdulillah...dpt gak wat bloh stlh mndpt tunjuk ajar dr abg afzan.. apapun,slamat dtg.. sama2 kita berkongsi ilmu dan pengalaman di sini..wassalam