Tuesday, January 27, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

ISLAM MEMULIAKAN WANITA



WAHAI orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (An-Nisa': 19)

Huraian
Islam mengharamkan perbuatan mewarisi perempuan seperti mewarisi barang-barang dan binatang-binatang, begitu juga Islam mengharamkan perbuatan menyusahkan dan menyakitkan perempuan untuk memudaratkan mereka, kecuali jika ia melakukan perbuatan yang keji.

Islam memberi kebebasan kepada perempuan di dalam memilih teman hidupnya dari awal, iaitu sama ada dara atau janda , sama ada yang ditalak atau yang kematian suaminya.

Islam juga menyeru kepada kaum lelaki supaya tidak mudah terburu-buru emosi mengambil keputusan bertindak memutuskan hubungan suami isteri sekiranya terjadi sesuatu perbalahan dan persengketaan suami isteri.

Apabila berlaku keadaan sedemikian, suami hendaklah berusaha mengawal kemarahan dan kebencian yang memuncak. Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu amat besar pahalanya di sisi Allah SWT.

Allah SWT memerintah setiap suami menjaga kebajikan isteri masing-masing dengan baik, melayan isteri-isteri dengan penuh kemesraan dan kasih sayang, mendidik isteri dengan penuh hikmah, seterusnya memperlakukan mereka sebagaimana selayaknya seorang insan.

Kesimpulan
Islam mengangkat martabat kaum wanita di tempat yang tinggi yang selayaknya mengikut fitrah kejadian dan penciptaan mereka oleh Allah SWT.
Golongan suami hendaklah menghormati isteri-isteri mereka dan melayan mereka dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sesungguhnya peranan seorang isteri amat penting dalam sesebuah rumah tangga , oleh itu muliakanlah dan hormatilah kaum hawa seperti sepatutnya
(Sumber : Bicara Agama, Utusan Malaysia : 27 Januari 2009)
Sunday, January 18, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Ubat Pada Diri...

“Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman,semua perkara adalah baik baginya. Dan hal itu tidak ada kecuali pada orang yang beriman. Bila dia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka syukurnya itu baik baginya. Bila ia mendapat kesusahan ia bersabar maka kesabarannya itu baik pula baginya”.(Hadis)
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?“
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali ‘Imran, ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” (Surah At-Taubah, ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12)
Saturday, January 17, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Wasiat Luqman Hakim sebelum meninggal

Dipetik dari laman MyMetro (Harian Metro Online) ruangan Variasi : Ad-Din
LUQMAN al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:
"Wahai anakku! Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi, terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:
1. Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
2. Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.
3. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
4. Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.
5. Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.
6. Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu.

...Bila keyboard ditekan....



Assalamualaikum....


Sudah lama rasanya tidak menaip di sini...mungkin dan mungkin lama...kerana terlalu asyik melayan perasaan, terlalu memikirkan... Tapi itu bukan alasan. Terkenang kembali akan tujuan wujudnya blog ini. Seperti yang aku selalu tekankan sebelum ini, kewujudan blog ini adalah semata-mata untuk aku meluahkan segala apa yang dipendam dalam diri ini, perasaan, tekanan.. Bagiku, setiap insan punya cara yang berbeza untuk mendapat kepuasan, menyelesaikan masalah, meluahkan apa yang dirasa... Dan aku juga punya berbeza. Punya cara tersendiri, untuk meluahkan perasaan iaitu meluahkan melalui tulisan perasaan. At least, aku mampu untuk membuatkan diri ini berpuas hati tanpa perlu menyusahkan orang lain..untuk mendengar masalah yang ku hadapi. Aku punya ALLAH, yang kan sentiasa mendengar keluhan serta rintih tangis hambaNYA...Namun, terdetik sedikit keinsafan, aku hnya mengingatiNYA apbl kesedihan serta ketika menimpa pelbagai dugaan. Tapi, bagaimana pula ketika aku berada dalam kesenangan serta kegembiraan, mampukah aku mengingatiNYA sentiasa? Allahu rabbi, tahap manakah keimananku pada NYA?


Monday, January 12, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Kata-Kata Hikmah : Semangat buat diri

"OrAnG BeRiLmU iTu SeLaLu MeNanG DaLam peRgaUlaN... KrN DiA mEmbIasAkaN SENYUM Bila DiCaCi, LEMAH LEMBUT biLa DiHina, DIAM biLA DiMaraHi, & BALAS KEBAIKAN biLa OranG MeMbUaT KejAhaTaN.."



kata-kata ini menjadi motivasi kepada diri apabila diuji dengan sikap manusia. Namun, aku tahu, segala ujian yang menimpa berpunca daripada diri ini juga.
Saturday, January 3, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Sebuah kerinduan buat kekanda tercinta




Mohd Nahiz Shuyuti bin Ahmad Shuyuti @ abg. nik



Susuk tubuh di atas adalah satu-satunya abang saya ada di dunia ini, my lovely brother. Post kali ini adalah berkaitan abang saya, hanya kerana ingin mengungkapkan sebuah kerinduan buat abangku. Sudah hampir tiga bulan tidak bersua muka dengannya. Kerana masa cutiku yang pendek, saya tidak berpeluang untuk bertemu beliau baru-baru ini ketika abang nik pulang ke kampung. Abangku yang kini berada di tahun akhir di UPNM, amat susah untuk mendapat cuti. Dan kerana itu, beliau tidak berpeluang berada di majlis kahwin kak ngah.




Kak ngah, abang nik n ateh...