Monday, July 27, 2009

Tazkirah Remaja: PERSAHABATAN


(Artikel dari Harian Metro Online)


Bersama Mohd Zawawi Yusoh

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.


Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.

Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:



•Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.


•Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.


•Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.


•Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)


•Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.


•Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

TERKENANG

Nisa' & Nisah

Assalamualaikum wbt..

Mengambil sedikit masa seketika untuk menaip sesuatu d blog ini. Aku ingin berkongsi tentang sahabatku dua orang ni. Semasa kali pertama bertemu dengan Anisah Husna Ismail, iaitu semasa semester 4@5 (x pasti), wajahnya meingatkanku kepada sahabatku di MAtrik iaitu Khairunnisa. Ku kira, muka mereka tidaklah sama sebijik, tapi seiras. Walaubagaimanapun, karakter mereka berdua amat berbeza. Seorang agak tegas manakala seorang lagi agak manja2.. Walaubagaimanapun, aku sayang mereka berdua..Hehe..Itu sahaja yang ingin kukongsi..

Sahabat...

Ismah dan Nisah'
Kami bertiga di surau blok A5, KMPP

Ismah dan Nisa' di dalam kelas tutorial...


Assalamualaikum wbt..

Pagi ini, entah kenapa tiba-tiba aku amat merindui sahabatku di Matriks dulu, Noor Ismah..Enti, ana rindu sangat kat enti. Ana rindu untuk berbual bicara, berkongsi rasa, dengan enti.... Dulu, enti dan sahabat-sahabat lain menjadi kekuatan kepada ana untuk berjuang menghadapi suka duka di Matriks. Enti dan Nisa, kita bertiga paling rapat memandangkan kita Sains Fizik, jadi kita mampu utk belajar Fizik bersama walaupun tiada yg 'expert' subjek itu antara kita....

Aku terus mendengar lagu nasyid "Masih Ada Waktu" dari kumpulan Rast. Menambahkan lagi kerinduanku pada enti...
Lalu, aku menekan keypad handphoneku menghantar mesej pada dia. Alhamdulillah berjawab; "Ana pn.dah lama kita x jmpa.Ateh,Mehla UM"....
InsyaALLAH ismah...Ana x janji, tapi kita akan jumpa juga nanti. Last kita jumpa masa ana g UM bulan Februari lalu... Semasa program Kembara Ilmu. Pertemuan itu sangat sekejap sahabat...




Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Masih Ada Waktu
Album :
Munsyid : Rast
http://liriknasyid.com

Sahabat.. Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini

Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seharum cinta yang murni

Moga ukhwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahgia di negeri abadi

Pengirim : Iriy

Saturday, July 25, 2009

Penat...


Alhamdulillah...sempurna sepetang aku mengikuti kursus perkahwinan anjuran Pusat Islam..Sangat penat memandangkan ceramah yang agak 'pack' mengikut urutan tajuk2 tertentu. Apa yang ingin dikongsi, kursus pada hari ini banyak memberi kesedaran padaku. Betapa kurangnya lagi ilmu ku dada... Bukan ilmu perkahwinan yang dirisaukan, namun ilmu tentang bab aqidah, ibadah dan akhlak. Allahu rabbi..Semua ini perlu kukuh terlebih dulu untuk membawa jaminan dalam melayari bahtera rumah tangga.


Tersentak juga seketika apabila memikirkan jawapan kepada persoalan2 yang dilontarkan oleh penceramah2 td..Ada perkara yang masih lagi tidak aku yakin dan tahu serta ingat tentang persoalan2 kecil dalam ibadah. Contohnya, "Rukun puasa ada berapa?, Apa syarat niat?,". Allahu rabbi. Astaghfirullahal 'Azim... Betapa alpanya diriku ini. Sedangkan ilmu itu semua pernah aku pelajari semasa di Bumi Maahad Muhammadi dahulu. Dari seawal tingkata 1 hingga tingkatan 5, ilmu Feqah, Tauhid, Sirah Nabawiyyah, Akhlaq, Tarikh Islami, Muthola'ah, Insya', Tafsir Quran, Hadith Nabawi, Nahu Sorof...Betapa banyak ayat Quran, Hadith, dalil naqli yang berjaya ku hafal suatu ketika dulu...Ketika hati kecilku masih lagi suci dari noda-noda hitam, ditarbiyah di bumi Maahad walaupun aku bukanlah pelajar yang 'baik'. Namun, pentarbiyahan itu berlaku melalui ilmu2 yang dipelajari..secara tidak langsung...Dari keberkatan ilmu yang ditatang. Dari berkat doa-doa para muallim di situ. Dari zikir dan tasbih doa makhluk2 lain ciptaan Allah yang ada di situ. Suasananya sungguh tenang. Walau bangunan2 lama menghiasi, walau kekurangan segala ABM, kekurangan guru. Namun Maahad tidak pernah lekang melahirkan pelajar cemerlang... Kenangan lama menggamitku...Sebak seketika. Mengenagkan bumi tarbiyah yang telah lama ditinggalkan...Banyak perkara yang telah persiakan, namun penyesalanku hanya seketika kerana aku tahu, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik padaku untuk waktu itu.. Supaya aku lebih menghargai apa yang aku mulakan pada zaman Matrikulasiku..


Tingkatan 5 Sains 2

Semasa tingkatan 3-2 ( Belakang:kelas ku)

DI MAAHAD
Seorang pelajar Maahad yang nakal..Tidak terlalu nakal...(membawa walkman, majalah Ujang ke sekolah, mengulangkaji majalah Gempaq dalam kelas sms guru mengajar, tidur dalam kelas, mengejek guru disiplin, keluar dri pintu belakang ktk ustazah mengajar di hadapan untuk ke kantin, lepak depan tandas, lepak di bilik BBT, masuk kelas lambat, ponteng usrah, bergaduh ngan musuh BBT, 'usha' cikgu lelaki yang lum kahwin...Apa lagi...?hahaha)

SEKARANG...
Itulah aku semasa di Maahad dulu..Memori lama menggamit. Namun, apa yang ingin aku tekankan di sini ialah tentang ilmu yang pernah ku pelajari dulu...Hanya sikit yang masih melekat di dada. Selebihnya banyak yang terlupa. Betapa ruginya. Ya ALLAH, moga mampu aku timba kembali ilmu itu. Moga aku berjaya meng 'refresh' kan kembali. Insya ALLAH. Moga harapanku diiringi dengan usahaku..Bukan hanya omongan kosong..Ingat yer ateh....

Wednesday, July 22, 2009

Selamat Hari Lahir.......


Assalamualaikum........

Post kali ini mungkin agak ringkas. Hanya ingin mengucapkan selamat hari lahir buat teman-teman sperjuanganku......

To :-
Pian, Kak Ain, Kak Kimah, Hidayah dan YDP ku 07/08 (Saudara Dzulhalmi@Mr D...)

Tiada hadiah berharga yang mampu kuberikan..hanya secangkir doa buat Yang Maha Esa, agak kita sentiasa dalam RahmatNYA...Agar sentiasa dalam nikmat iman dan Islam... Moga meningkatnya umur kita ini membawa kepada ingatnya kita kepada kematian..Yang bakal menggamit tanpa pengetahuan kita......Moga kita juga sentiasa menjadi hambaNYA yang bersyukur...


Monday, July 20, 2009

Mikraj ke Sidratul Muntaha



ARKIB : 19/07/2009 (Utusan Online)

Mikraj ke Sidratul Muntaha
PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram menuju Masjidil Aqsa, kemudian ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian kerohanian Rasulullah pada masa lalu.

Ia sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.

Hanya dalam satu malam, Allah SWT mencipta perjalanan Rasulullah SAW untuk melihat sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya; mulai dari proses penciptaan alam semesta hingga ditetapkannya perintah solat. Berjuta misteri dan keajaiban menyelubungi perjalanan suci yang dilakukan dengan jasad dan roh Rasullullah SAW dalam keadaan jaga itu (bukan mimpi).

Perjalanan ini memiliki makna yang sangat khusus, terutama bagi diri Rasulullah.

Ia berlaku kerana Allah hendak menunjukkan kepada Muhammad tentang tanda-tanda kekuasaan-Nya, seperti yang disebut dalam al-Quran: Agar Kami tunjukkan kepadanya sebahagian tanda-tanda kekuasaan Kami (Surah Al-Isra ayat 1).

Sesungguhnya dia telah melihat sebahagian tanda-tanda kekuasaan Tuhannya yang paling benar (Surah Najm ayat 18).

Meskipun terdapat jurang perbezaan pendapat yang agak luas mengenai sejarah peristiwa Israk dan Mikraj, terutama yang berkaitan dengan ketepatan hari dan bulan serta tahun terjadinya peristiwa agung itu, namun dunia Islam keseluruhannya memperingati tarikh 26 Rejab (malam 27 Rejab) setiap tahun sebagai tarikh penuh bermakna.

Banyaknya pendapat yang membahaskan perihal Israk dan Mikraj ini telah mencipta ruang polemik tersendiri dalam periwayatan ‘perjalanan agung’ tersebut. Di antaranya yang berkaitan dengan hakikat dan latar belakang Israk dan Mikraj, perjalanan fizikal dan roh Rasulullah SAW dalam keadaan jaga, buraq yang dinaiki Nabi SAW, pertemuan Rasulullah dengan para nabi, misteri pintu-pintu langit, rahsia Sidratul Muntaha, perintah solat, dan hikmah-hikmah besar Israk Mikraj.

Sebagai contohnya tentang hakikat buraq dimana sifat-sifatnya menjadi perbincangan menarik sepanjang masa. Timbul pertanyaan pada setiap Muslim kenapa dalam perjalanan Israk dan mikraj nabi harus ada perantara (wasilah) Buraq dan bukan binatang lainnya. Walhal tanpa media Buraq pun Allah SWT berkuasa untuk menperjalankan Nabi SAW dalam perjalanan yang agung ini.

Dalam hal itu maka pendapat yang diyakini jumhur ulama adalah pendapat yang paling baik untuk diikuti. Kita harus menolak dalil-dalil yang sesat dan sebaliknya mengunakan dalil yang sahih sebagai dasar pegangan bagi menunjukkan nilai-nilai keislaman dan sikap keberagamaan.

Sayyid Qutub dalam kitabnya yang terkenal, Fi Zhilal al-Quran menyatakan, ‘‘Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa adalah perjalanan yang murni pilihan daripada Zat Yang Maha Kasih dan Maha Lembut, yang menghubungkan akar kesejarahan agama-agama besar dari zaman Nabi Ibrahim dan Ismail hingga Nabi Muhammad SAW.

Demikian pula, perjalanan agung ini menghubungkan akar sejarah tempat-tempat suci bagi agama tauhid (agama-agama monoteisme) yang besar sepanjang masa. Perjalanan ini adalah untuk memberitahu seluruh manusia bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang menjadi pewaris agama-agama tauhid terdahulu.


Muhammad

Begitu juga dengan Israk Mikraj tersebut, menjadikan Muhammad sebagai penutup seluruh Nabi dan rasul-Nya. Israk Mikraj adalah perjalanan yang menembus dimensi ruang dan waktu, serta memiliki makna yang lebih luas dan mendalam.

Banyak berlaku perdebatan yang terus berlanjutan, antaranya: apakah perjalanan Israk Mikraj itu dengan roh sahaja atau dengan roh dan jasad? Hampir majoriti ulama mengatakan bahawa ia terjadi dengan jasad dan roh. Pandangan yang mengatakan hanya dengan roh tidak begitu popular di kalangan umat Islam.

Sebenarnya, peristiwa Israk dan Mikraj hanya disebut secara umum dan sekilas saja di dalam al-Quran. Rasulullah tidak banyak meninggalkan hadis yang berbicara tentang perjalanan agung itu. Bagaimanapun, kenyataan yang terjadi sekarang ini menunjukkan bahawa hadis yang hanya sedikit itu telah berubah menjadi banyak, bahkan melahirkan tafsir-tafsir baru tentang Israk dan Mikraj.

Ia menunjukkan secara jelas tentang adanya penambahan atau penceritaan versi baru yang lahir dari perawinya dan sama sekali tidak berkaitan dengan sabda Rasulullah atau dari dalil-dalil yang sahih.

Sejarah membuktikan banyak kitab yang membahaskan tentang perjalanan kenabian dan menunjukkan sedikitnya hadis yang membicarakan perihal Israk Mikraj. Setidak-tidaknya ia dapat dilihat dalam kitab As-Sirah karya Muhammad Bin Ishaq (85 H -151 M). Kitab ini adalah karya tertua dan pertama yang berisi dalil-dalil sahih atau dapat dipertanggungjawabkan bagi membicarakan perihal Israk dan Mikraj.

Setelah itu lahir banyak karya atau tulisan yang membahaskan Israk dan Mikraj disertai dengan penambahan hadis-hadis yang dari segi kesahihannya tidak dapat dipertanggungjawabkan.

Dengan demikian, maka lahirlah pula pemikiran dan tafsiran yang menyatakan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj itu tidak hanya berlaku sekali tetapi ia berlaku beberapa kali, sekali dengan jisim (tubuh) baginda Rasulullah SAW, selebihnya dengan roh.

Dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj memerlukan kajian yang mendalam dan usaha yang bersungguh untuk meneliti hadis-hadis palsu yang dikaitkan dengan perjalanan agung Rasulullah SAW tersebut. Ini penting untuk generasi yang akan datang agar dapat memahami nilai-nilai Islam yang benar dan fakta yang betul, bukan dongengan atau palsu semata.

Apakah sebenarnya makna-makna tersirat yang dapat dikutip dan seterusnya dihayati daripada peristiwa Israk dan Mikraj itu? Kenapa harus Israk dan Mikraj dan bukan mukjizat lain yang ditunjukkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW? Dan apa yang lebih penting ialah untuk melihat apakah kaitan peristiwa ini dengan keadaan yang menyelimuti diri Rasulullah ketika peristiwa itu terjadi.

Realiti sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun dari kalangan orang musyrik dan kafir yang percaya akan kejadian Israk dan Mikraj ini.

Para ulama merumuskan bahawa sebab dan hikmah daripada Israk dan Mikraj adalah untuk menghiburkan Rasulullah SAW yang ketika itu dilanda kesedihan kerana kematian bapa saudara, Abu Talib serta isteri kesayangan baginda, Khadijah, juga di samping penentangan masyarakat Taif terhadap usaha dakwah baginda yang hampir-hampir meragut nyawanya.

Tahun yang dianggap tahun kesedihan ini akhirnya dengan kekuasaan Allah SWT telah ‘mengisrak mikrajkan’ Rasulullah SAW. Allah SWT telah menperjalankan hamba-Nya untuk memperlihatkan tanda- tanda kekuasaan-Nya. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah melihat sebahagian tanda- tanda kekuasaan Tuhan Yang Maha Agung.

Ini bermakna hikmah peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah khusus bagi diri peribadi Rasulullah dan dengan perjalanan ini diharapkan dapat mengubati atau menghibur hati yang luka itu.

Sheikh Thanthawi Ahmad Umar menyatakan dalam majalah Mimbar al-Islam, “Ketika Rasulullah kembali dari perjalanan agung tersebut, baginda kelihatan begitu ceria, bersemangat dan bahagia. Kedukaan, kepedihan benar-benar telah lenyap dalam diri Rasulullah SAW.” Malah dikatakan bertambah yakinlah Rasulullah akan kekuasaan Allah dan ini memberi semangat yang lebih kuat untuk meneruskan tugas kenabiannya.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan peristiwa tersebut tiada kaitan dengan ‘tahun kesedihan’ Rasulullah kerana sesungguhnya peristiwa itu terjadi semata-mata atas kehendak Allah SWT, sesuai dengan kekuasaan dan kudrat-Nya. Ia merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaa-Nya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Mohd Shauki Abd Majid
Penulis adalah Pengurus Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Sunday, July 19, 2009

ANUGERAH DINAR BLOGGER MUSLIM

1-Salin (copy) Anugerah ini dan letakkan (paste) di blog anda.

2- Berikan 5 Fakta menarik mengenai si penghantar Anugerah.
Orang yang mencipta dan seterusnya menganugerahkan 'award' ini ialah Abang Afzan. Maka, berikut adalah 5 fakta menarik tentang Abang Afzan :-

1. Insan terpenting dalam mengajar dan mendorongku dalam kehidupan berorganisasi (Menjadi pengasah IMDAN, mengajakku berprogram bersama ABIM, PKPIM dan PPIM) suatu masa dulu
2. Seorang yang sangat berpengalaman dalam organisasi
3. Sentiasa tersenyum
4. Bekas anak murid Ummiku
5. Mahir dalam bab 'design'

3-Tuliskan 10 perkara tentang diri anda sendiri

1. Suka 'surfing'. Boleh membuang masa berjam-jam lamanya apbl 'surfing'. (tabiat x elok, jgn ikut)

2. Suka berorganisasi.

3. Selalu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah org lain. Kadang2 mslh sndri x pnah selesai.

4. Sangat emosi dan mudah murah..then, cepat 'cool'

5. Punya ego tersendiri. Jangan main2 na...

6. Suka beli buku.. dan juga suka juga baca buku yang dibeli dalam tempoh yang lama untuk menghabiskannya

7. Sukakan ruang 'tersendiri' atau 'privacy' kecuali apbl bersama keluarga

8. Suka bercakap.

9. Agak mudah untuk bersangka buruk...isy2...(moga dapat berubah, sdg berusaha)

10. Ramai kawan..tapi kelemahannya, sangat sukar untuk mengingati birthday kawan2 n sahabat2...so, sowi klu x wish ek..

4- Sampaikan Anugerah ini kepada 10 orang penulis Blogger yang bervariasi Islamik.

1. Abg Afzan
2. Aminah
3. Kak Z
4. Sakinah
5. Syahril USIM
6. Hidayah Rahman
7.
8.
9.
10.


5. Jika dalam Blog penerima anugerah mempunyai Gadget Follower, jangan lupa klik butang Follow ya!! ini penting untuk "keep in touch" .... pastikan anda memaklumkan kepada penerima bahawa anda mengirimkan anugerah ini melalui medium apa skalipun ( shout box, cbox, YM, Gtalk) c

Thursday, July 16, 2009

....Semester 7...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah...Moga ku tahu syukurku adalah milikMU...

Sudah dua minggu kuliahku di semester 7 bermula. Jadual kuliah ku sangatlah me'rilex'kan. 12 jam kredit sahaja. Hanya 3 subjek yang ada kuliah beserta 3 lab. Jadual yang x menyesakkan tetapi agak menyiksakan. Kerana terlalu banyak masa renggang. Memandangkan semester ini tidak sesibuk seperti semester2 lepas, namun aku ada matlamat pada semester. Aku juga bakal sibuk. Sibuk kerana bergelar pelajar semester akhir. Sibuk dengan tesis, sibuk dengan pelbagai amanah baru, sebagai RPA (rakan penggerak ad-din) dan pelbagai lagi. Walaupun aku tidak lagi bergelar JMK, namun pengalaman semasa berada di JMK sangat berharga untuk diaplikasikan. Benarlah, manfaat itu bisa di bawa ka akhirnya, keburukan dan kelemahan menjadi panduan berharga untuk pengajaran pada hari muka. Terima kasih kawan, terima kasih lawan. Mereka juga yang mengajarku erti kehidupan, erti persahabatan...

Aku, Ja, Puan Sabiha dan Kak Ba

Untuk semester akhirku di kolej ini, rumah 3-3-11 menjadi pilihan. Kali ini rumetku adalah sahabatku yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, iaitu Puan Sabiha. Manakala salah seorang hosmetku juga adalah orang kuat surau, saudari Mas Haliza. Hehehe..Mas haliza menjadi penemanku kerana setiap hujung minggu, Puan Sab akan pulang ke rumah suaminya. Aku memahami kerana itulah tanggungjawab sbg seorang isteri. Syukran sahabat2ku..Moga mereka juga memberi warna dalam kehidupanku...insyaALLAH...warna pelangi yang indah...

Mas Haliza dan Sabiha

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 13, 2009

Detik Baginda terima wahyu pertama


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



petikan dari Utusan Online (13 Julai 2009)

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Al-HARIS bin Hisyam telah bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, bagaimana wahyu itu mendatangi kamu"? Maka berkata Rasulullah: "Kadangkala wahyu itu mendatangi saya seperti dengungan loceng, dan ia adalah yang paling berat ke atas saya, maka apabila wahyu itu putus daripada saya, dan saya telah ingat daripadanya apa yang dia katakan. Dan kadangkala malaikat hadir menyerupakan dirinya sebagai seorang lelaki, maka dia berkata-kata kepada saya, dan saya ingat apa yang dia katakan."

"Berkata Siti Aishah r.a: "Dan sesungguhnya saya telah melihat, turun ke atas Rasulullah akan wahyu, pada suatu hari yang sangat sejuk, maka ia pun putus daripadanya, dan sesungguhnya dahi baginda benar-benar mengalirkan peluh. (riwayat al-Bukhari)

Hadis-hadis di atas adalah sebagaimana yang disebutkan pada keluaran lalu bagaimana Rasulullah SAW menerima wahyu. Wahyu, perkataan bahasa Arab yang berasal daripada perkataan awha bermaksud inspirasi daripada orang lain atau arahan seseorang.

Sebagai umat Islam kita memahami dengan jelas bahawa wahyu itu merupakan ayat-ayat al-Quran yang diturunkan (Nuzul al-Quran), iaitu kata-kata perintah Allah kepada Nabi Muhammad sebagai Rasul-Nya.

Terkeliru

Tetapi kita jangan sama sekali terkeliru apabila dalam ajaran Nasrani yang kononnya hendak mengangkat martabat wahyu itu dengan hujah bahawa tidak dinamakan wahyu itu dengan Allah hanya berkata-kata atau dengan lain perkataan; that God must speaks for Himself!

Seperti yang diambil dari Laman Web; answering.islam. org. Mereka berhujah; "Kita mesti sedar bahawa Allah tidak boleh mewahyukan Dirimya hanya dengan perkataan-perkataan sahaja. Di sini Dia mewahyukan keterangan berkenaan Dirinya maka Dia mestilah mempunyai keperibadian dan kehendak. Mewahyukan Dirinya secara "terbuka" dan "pendedahan" dan ini hanya akan berlaku apabila tubuh disediakan untuk Dia".

Lantaran itu Nabi Isa kononnya dikatakan berkata; "Barang siapa telah melihat Aku, telah melihat Bapa" (Johanes 14:9) Ini menjadikan wahyu itu dikatakan sempurna kerana ia tidak sekadar kata-kata kecuali wahyu itu adalah secara terus menerus langsung daripada Tuhan.

Tidak mustahil hujah seperti ini dikatakan logik dan akan 'termakan' oleh kalangan umat Islam itu sendiri, tetapi kita perlu menyedari al-Quran bukannya seperti kitab Injil yang boleh didapati dalam versi Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru. Namun, apa yang kita miliki hari ini merupakan al-Quran yang menempuh satu perjalanan yang sangat panjang dan ajaibnya, seluruh kandungan kitab itu tetap bersih daripada sebarang penyelewengan. Tidak ada tokok tambah, jauh sekali daripada kata-kata manusia di dalamnya!

Ini terjadi kerana Rasulullah sendiri tidak membenarkan hadis itu ditulis ketika baginda masih hidup kerana khuatir terkeliru atau bercampur gaul dengan ayat-ayat al-Quran yang masih diturunkan kepada baginda.

Wahyu merupakan satu sumber daripada pelbagai sumber bagi mendapatkan ilmu dan kedudukannya sebenarnya adalah paling teratas kerana ia sangat bersifat ketuhanan (divine). Lantas bagi seorang manusia biasa seperti Nabi Muhammad menerima wahyu itu, pada asalnya adalah tidak mudah.

Malah untuk berhadapan dengan malaikat Jibrail itu sendiri dan seluruh proses penurunan wahyu pertama ini telah menyebabkan baginda menganggap dirinya gila! Ini apabila kita tidak mempunyai jiwa yang besar dan kuat, tidak akan ada sanggup memikul beban kenabian itu dengan syarat pertamanya, diaturkan pertemuan dengan 'seorang' malaikat!

Terbangun dengan ketakutan

Penulis sejarah Islam terkenal, Hussein Haekal menulis selepas Jibrail menyampaikan surah pertama, al-Alaq itu baginda Nabi Muhammad terus terbangun dengan ketakutan dan kebingungan. Baginda dikatakan benar-benar tidak dapat menafsirkan apa yang telah berlaku kepada dirinya.

"Adakah ini semua khayalan sebagaimana kebanyakan penyair yang berkhayal dan bercakap seorang diri yang sering ku sifatkan sebagai orang gila?," ujar baginda.

Sebenarnya tidak wajar untuk baginda berasa takut kerana sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Ishaq bahawa wahyu pertama itu datangnya dalam keadaan baginda berjaga dan di waktu siang.

Walau dalam banyak kisah yang kita dengar sebelum ini Rasulullah dikatakan segera keluar dari Gua Hira' dan untuk terus pulang ke rumah.

Tetapi Haekal dan Al Mubarakfuri mencatatkan sebaik sahaja baginda keluar dari Gua Hira' itu, satu sinar terang menderang memancar di hadapan baginda. Ini diikuti satu suara memanggil baginda; "Hai Muhammad! hai Muhammad! Kamulah Rasulullah dan aku adalah Jibrail!," berulang kali.

Baginda yang mendongakkan kepala ke langit iaitu arah datangnya suara itu dan baginda dapat melihat dengan jelas malaikat Jibrail dalam rupa seorang lelaki dengan kedudukan kedua-dua kakinya berada di ufuk langit.

Jika pada gambaran pada mata kasarnya bagi menunjukkan betapa 'luar biasa' malaikat Jibrail yang merupakan hamba Allah yang paling setia pernah tercipta oleh-Nya.

Namun baginda yang masih ketakutan itu memalingkan mukanya ke arah lain bagi tidak mahu berhadapan dengan Jibrail namun demikianlah hebatnya ciptaan Allah ini, Jibrail tetap kelihatan di mana-mana arah yang cuba baginda berpaling darinya itu. Ke kiri atau ke kanan, Jibrail tetap dalam keadaan berdiri di hadapan baginda.

Haekal menyebut; "tetapi rupa malaikat yang sangat indah itu tidak juga lalu dari depannya".

Lalu baginda tidak dapat berundur atau maju ke hadapan kecuali terpaksa berhadapan dengan malaikat itu malah dikatakan baginda terdiam kaku dengan agak lama di luar Gua Hira' itu.

Sehinggalah malaikat Jibrail menghilang lalu Nabi Muhammad tersedar dan menyambung semula langkah untuk segera pulang ke rumah.

Jika kita berada dalam keadaan yang seperti dilalui oleh baginda, maka jawapannya tentu sama, jantung berdegup dengan kenyang dan seluruh badan menggeletar!

Sebaik sahaja tiba di rumah, baginda disambut oleh Siti Khadijah yang sebelum ini begitu bimbang dengan keselamatan suaminya itu sehingga menyebabkan beliau menghantar orang untuk mencari di Gua Hira'.

"Wahai Abu Qasim, ke mana engkau pergi? Demi Allah aku telah menghantar orang untuk mencari engkau sehinggalah mereka mencari mu ke Mekah dan pulang ke rumah dan memberitahu tidak menemui mu di mana-mana," kata Siti Khadijah.

Tetapi baginda terus mendakap paha isterinya dan meminta supaya dirinya diselimutkan. Siti Khadijah segera menyelimutkan baginda kerana mendapati tubuh suaminya itu menggigil seperti seseorang yang sedang demam kuat.

Setelah ketakutan baginda beransur reda lalu baginda menceritakan kepada Siti Khadijah apa yang telah dialami dan dilihatnya sebentar tadi. Namun baginda lebih menyatakan kebimbangannya, semua yang berlaku di Gua Hira' itu tidak lebih terpedaya oleh hatinya sendiri atau akan tidak lebih dianggap seperti ahli nujum pada pandangan orang lain.

Sebagai isteri, Siti Khadijah tidak sedikit pun curiga dengan kata-kata suaminya itu. Lalu beliau meminta supaya baginda berehat untuk melelapkan mata dan Siti Khadijah sendiri kemudiannya bangun meninggalkan Rasulullah menuju untuk menemui seseorang.

Monday, July 6, 2009

Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum..Welcome..Selamat datang...

Assalamualaikum....

Agak terlambat juga..Namun selamat datang buat mahasiswa baru ambilan Julai 09/10. Alhamdulillah..semester ini adalah semester terakhir ku di kolej ini kerana pada sem depan akan menjalani praktikum. Dan rumah 3-3-11 menjadi rumah bertuah ku bersama Puan Sabiha dan Mas Haliza serta lima orang junior. (empat orang junior sem 1).

Ada saat manis yang berlaku pada hari ini (4 Julai 2009). Hari ini adalah pendaftaran kolej untuk pelajar lama. Hati terusik melihat suasana itu. Sangat teruja juga melihat JMK menguruskan kaunter pendaftaran. Sempat juga bertegur sapa bersama mereka. Namun, aku tidak boleh mengganggu mereka walaupun banyak perkara yang ingin dikongsi bersama. Berjumpa pula dengan mantan YDP.. Excited juga la..hehe

Dan sepetang ini juga membantu Mas Haliza mengangkut barang-barangnya. Dan petang itu, mendapat mesej dari sahabatku Anisah. Beliau mengajakku untuk mengimarahkan surau berjemaah Maghrib nanti di sana. Hatiku teruja. Terus aku mengajak kak wani dan hidayah untuk turut serta.

Selesai azan Maghrib, terus aku turun menemui dayah yang sudah setia menunggu. Lalu, kami bergegas ke surau. "Alamak dayah, ramainya muslimin, cm na nak masuk ni?Malu la" begitu kiranya kataku pada dayah. "Tak pe lah, ateh mesej anisah."..Toot Toot..Hp ku berbunyi.."Jap teh, kita tgh tunggu zai"...Seketika kemudian, anisah, zai dan kak su turun. Kami bergegas masuk ke surau, penuh bangga..Berani sket nak masuk bila ramai..Begitulah hakikatnya..Di KHAR ini, suraunya agak kecil berbanding kapasiti jumlah penghuninya. Bukan tiada usaha untuk menyediakan surau lebih besar, tetapi memandangkan hakikat bahawa bangunan KHAR ini milik pemaju, bukan lah boleh sesuka hati untuk pihak pengurusan kolej bertindak bagi memenuhi permintaan penghuni yang sangat prihatin akan hal ini. Namun, teringat juga kata-kata Syahir, mantan NYDP, "Saya x nak muslimat jadikan alasan pintu surau yang kecil(agak menyulitkan untuk jemaah muslimat masuk ke surau kerana bimbang bertembung dengan jemaah muslimin) untuk tidak turun mengimarahkan surau". Tekena batang hidung juga..hehehe..kadang2 kita mencari alasan untuk mengelak dari sesuatu...

Dan apa yang sangat aku gembira ialah apabila aku, zai, dayah, anisah dan kak su masuk ke surau, sudah dua sof jemaah muslimat. Dan yang lebih menggembirakan, mereka ini adalah pelajar semester satu. Alhamdulillah...


Selepas solat Maghrib, kami membuat halaqah dan mengadakan sedikit sesi ta'aruf. Pesanan buat adik2 ini..."Kat sini, segalanya kena cari, ia x kan datang sendiri.Teruskan mengimarahkan surau ini..Biar istiqamah". Dalam hati ini, sangat sayu..Kata-kata ini patut aku tujukan pada diriku dahulu sebenarnya. Muhasabah diriku kembali...Allahu rabbi...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


p/s :- Apa yang menarik juga, promosi untuk menjadi ahli Rakan Surau, Rakan Penggerak Ad-Din dan rakan exco JMK tidak ku lepaskan. Terlupa seketika..hehehe..berceloteh seperti masih JMK....hehehe..maklumla..mantan tak sedar diri lagi ni...hehehe...n bla2 lagi..x caya, tnya anisah n zai..hari ini bercakap x berhenti..hehehe

Ahlan Ya Rejab...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Mungkin agak terlambat sebenarnya untuk entry ini. Namun untuk peringatan bersama...Manfaatkanlah kesempatan ini...Selamat beramal!!!

Sunday, July 5, 2009

...Sekembalinya aku...


Assalamualaikum...alhamdulillah..ungkapan dari hati...baru sahaja smpai kolej ptg td..hati sedikit terkilan kerana tidak diberi kesempatan untuk ke program...tapi sudah suratan tertulis begitu..

Entry kali ini ingin ku kongsikan tentang apa yang berlaku kepada ku dalam tempoh terdekat ini.

1. Kursus Pemantapan Organisasi JMK 09/10
Dalam kursus ini aku diamanahkan sebagai timbalan pengarah. Dalam kursus ini, moga ilmu dan objektif yang disampaikan terpasak kukuh di dada dan minda para pimpinan baru JMK 09/10. Anda penentu kegemilangan kolej ini berterusan. Sesuai dengan tema program ini, "Excellent Heritage".Semoga hubungan yang terjalin ini terikat kemas antara kita. Dan buat mantan JMK 08/09, Pangkor membawa memori bermakna buat kita. Kita bermula di sini dan berpisah juga di sini. Dari Pangkor Village (Kursus Pemantapan JMK 08/09) ke Teluk Dalam Resort (Kursus Pemantapan Organisasi JMK 09/10); sungguh singkat tempoh itu. Buat semua, manfaatkan pengalaman yang ada agar menjadi mutiara berharga buat bekal di luar sana nanti.


Kita hampir ke situ....... (Pangkor Village Resort)

2. Jamuan di Rumah 1-1-15

Tentang jamuan ini, suatu kenangan indah buat mantan JMK perempuan. Seharian kami menyediakan juadah untuk majlis solat hajat pada malam nanti. Semuanya berjaya menunjukkan skill memasak masing-masing kecuali aku. Hanya menolong mana yang termampu termasuk menolong merasa serta menghabiskan makanan yang ada. Hehehe...Apa yang menariknya, segala juadah yang disediakan punya nama yang tersendiri mengikut program-program yang berjaya dilaksanakan oleh JMK 08/09.

Kami selepas jamuan itu.....

3. Penjelajahan Bakti ke Jogjakarta, Indonesia

Aku di hadapan Candi Borobodur

Alhamdulillah...Ini peluang kedua ku untuk menjejakkan kaki ke Indonesia selepas Medan (Jun 2008). Banyak suka duka yang ku harungi sepanjang program ini. Ini program terakhir kami. Program ini membawa kepada terlerainya ikatan persahabatan ku dengan seseorang. Itu hakikat yang harus aku terima. Lupakan kepahitan itu. Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah berkaitan bagaimana kami semua diuji setelah sekembalinya dari Jogjakarta. Pada malam 24 hb Jun, ramai mantan yang mengalami demam, batuk, selesema, sakit kepala dan seumpamanya yang membawa kepada tindakan pantas mantan YDP dan TYDP. Saudara Hafiez terus menghubungi pihak berkenaan memandangkan hampir kesemuanya menunjukkan simptom2 jangkitan Influenza A (H1N1). Dan kami dikuarantin...Ya ALLAH...pada masa itu betapa sedihnya hatiku..Aku terpkasa 'burn' tiket 25hb pagi ke Kelantan akibat kuarantin. Sedih tak terkata memandangkan aku punya majlis penting 26hb petang. Pagi 25hb Jun, aku terus menghubungi ummi dan buya ku. Dalam esak tangis, hanya Allah yang tahu kedukaan hati ini. Namun, aku tahu...ini semua ujian buatku. Dan juga mungkin kaffarah kepada dosa-dosa kami sepanjang di Jogjakarta. Allahu Rabbi...Besarnya rahmatMu padaku.. Mujur ada sahabat2 di sisi membisikkan kata2 semangat di tepi telinga ini maupun melalui sms...Syukran sahabat...

Kisah 24 Jun 2009 (malam)
Kami dikuarantin rumah. Dalam pada itu, penuh debaran kami menunggu tindakan susulan yang bakal dikenakan kepada kami. Pada mulanya, mendapat arahan untuk bersiap-siap ke Hospital Slim River untuk membuat ujian darah dan sebagainya. Tunggu punya tunggu..Teet..teet..Arahan seterusnya, kami tidak perlu ke mana-mana. Kerana boleh membahayakn orang lain jika kami keluar. Makanya, pihak klinik kesihatan UPSI akan tiba...Tunggu punya tunggu.. Sekumpulan manusia berpakaian plastik penuh serta bertopeng menyerbu kami...hahaha...kami diperiksa satu persatu. Lapan orang dari kami di bawa ke Hospital Slim River untuk ujian susulan.

25 Jun 2009
Lapan orang daripada kami buat kali ke-2 dibawa ke Hospital Slim River untuk ujian seterusnya. Manakala kami yang selebihnya dikuarantin rumah. Apa yang bestnya, sepanjang hari ini, kami mendapat makanan free. Tiga kali makan sehari semalam. Jimat duit...hehehe...Malamnya, kami mendapat msg, bahawasanya kami sudah bebas. Tiada seorang pun yang disahkan dijangkiti selesama babi ini. heheh...keputusan ujian dari HSR menyatakan hanya demam biasa akibat perubahan cuaca..Alhamdulillah...syukur padamu Ya ALLAH...Engkau menguji ketabahan kami....

26 Jun 2009
Explorace ku...Terima kasih buat Encik Azman dan Najib kerana jasa kalian pada pagi itu. Encik Azman menghantarku dan najib ke stesen bus Tanjong Malim seawal 7.30 pagi. Dan pada pagi tu, sepenuh tawakkal ku padaMu ya ALLAH...samada tiket ada ke x...dan alhamdulillah...tiket ke Kota Bharu jam 8pagi berjaya kubeli. Sedikit perkongsian kegembiraan bersama Najib. Thanx to Najib coz tolong angkat beg dan beli air kota dan roti pagi itu....Syukran ya sahabat..Sampai di KB kul 4.30 petang dan kul 5.00 petang majlisku...huhuhu...sempatkah???



4. Majlis pentingku...



Alhmadulillah...sempat juga..walaupun tudung terpaksa pakai yang ummi punya. Thanx to my sister, Adjeng....dan x tak terlupa buat Ira dan Kak Ngah...