Saturday, October 31, 2009

Aku Ingin Mencintai-Mu


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Aku Ingin Mencintai-Mu
Edcoustic


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali

Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU

Reff:

Aku ingin mencintaiMU setulusnya,
Sebenar-benar aku cinta
Dalam do`a
Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi

Pencipta :
Album : Muhasabah Cinta
Label : Edcoustic

(sumber : http://www.cybermq.com/nasyid/detail-lirik/64/aku-ingin-mencintai-mu)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

p/s :- Moga aku mampu menggapai cintaMU ya ALLAH! Sebelum digapai cinta manusia....

Salam Imtihan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bismillah wal hamdulillah....


Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA ini...berada di penghujung semester membawa makna bahawa mereka yang bergelar mahasiswa akan berdepan dengan ujian nilaian dunia iaitu ujian akhir semester. Musim 'study week' menjadi landasan untuk pecutan akhir buat semua untuk mengulang kaji serta meng'cover' topik2 penting serta 'hint' yang diberikan oleh lecturer yang bermurah hati. Begitu juga dengan soalan 'past year' yang menjadi rujukan serta latihan bg menyesuaikan dengan soalan2 yang bakal diahadapi..


Betapa bersedianya kita dalam nak menghadapi ujian duniawi ini. Tapi adakah kita juga sudah cukup bersedia untuk menghadapi hari akhirat sana? Allahu rabbi.. Sudah cukupkah persediaan kita? Sungguh, manusia itu sangat pelupa. Sangat mementingkan diri juga. Kadang langsung melupakan terus bekalan di 'sana' nanti.


Ayuh kita lihat rutin harian mahasiswa apabila menjelang 'final exam'. Ini berdasarkan pemerhatianku selama hampir 7 semester berada di menara gading ini. Benarlah kata Ustaz Anhar, rutin mahasiswa pada study week bermula se'awal' 11.oo pagi.. Astaghfirullahal 'Azim... Subuhnya di mana?? Dinasour kah?Kita rela untuk berjaga sehingga lewat malam untuk 'study;. tetapi turut lewat untuk mengerjakan Subuh...Bahkan ada yang terus 'burn' begitu sahaja.. Itukah keberkatan yang dicari? Di mana berkatnya ilmu yang dipelajari sehingga lewat malam jika murka ALLAH yang bertandang.


Satu perkara lagu yang menjadi kebiasaan ialah study group. Ya, benar..keberkesanannya tidak diragukan. Namun ia juga disalah gunakan.. Atas nama study group, sepasang kekasih yang berkasih kasihan menjadikan ruang ini untuk belajar bersama-sama.. walau pada hakikatnya ada yang berlainan kos. Tiada berkatnya jika menuntut ilmu dalam keadaan bahu bersebelahan, kaki berlanggaran, tangan bersentuhan, mata bertentangan penuh nafsu...Menyerapkah ilmu di dada, pengetahuan di ingatan??? Fikirkan sendiri.. Mungkin isu ini tidak perlu dibangkitkan. Kerana, kita sudah dewasa, aku punya hak untuk memilih, aku kan mahasiswa, suka hati aku la nak buat apa pun, kubur pun masing-masing. Tetapi bak kata Ustaz Azlan Zainal tempoh hari, kerana kubur asing2 tu la aku nak tlg kau. Kalau masuk kubur sama2, leh juga aku nak tolong kau?? Hehe.. Usikan lawak beliau mengisi ceramah yang penuh bermakna...

Wahai mahasiswa... Benar, anda berhak bersuara.. Tapi bersuaralah pada hal yang sepatutnya. Pada perkara yang boleh mencabar hak kita sebagai seorang mahasiswa sebagai contoh AUKU...





Kini..Aku Kembali Pada TUHAN, kemudian aku kembali lupa TUHAN

Pada saat genting ini, alhamdulillah, semakin ramai yang turun berjemaah di surau. Apatah lagi kalau solat hajat diadakan.. Suasana yang sangat menggembirakan, apabila syiar Islam itu sangat jelas. Namun, kenapa hanya pada waktu2 begini baru ada yang cenderung untuk solat berjemaah, membaca Quran dan lain2 lagi.. Bukan niatku untuk mempersoalkan tentang perkara2 kebaikan ini, namun apa yang ingin disampaikan, kenapa hanya pada waktu begini baru kita mencari Tuhan?? Bagaimana dengan hari2 sebelum ini? Bilamana kita sibuk dengan pelbagai aktiviti, assignment, tutorial dan kuiz, tuntutan agama diletak ke tepi...

Ayuh sahabat2..kita muhasabah kembali diri kita.. Masih belum terlambat untuk meraih redha Tuhan... Allah itu Maha Pemurah, taubat kita sentiasa ditungguNYA untuk diampunkan. Ayuh, kita cari redha ALLAH, raih restu ibu ayah...Moga tenang untuk kita berhadapan dengan ujian duniawi yang tidak sedikit nilaiannya...




Ujian Akhir Semester Terakhir

InsyaALLAH, 'final exam' kali ini adalah yang terkahir sebelum aku keluar menjejak dunia praktikum pada semester hadapan. Sayu kadang2 mengenangkan detik perpisahan yang semakin hampir.. Namun, perjuangan perlu diteruskan. Saat itu tetap tiba jua....

Berikut jadual 'exam' ku pada semester ini..


2/11/09 - Organic Synthesis

4/11/09 - Coordination Chemistry

9/11/09 - Kinetic Chemistry


Jadual exam sederhana perjalanannya... Ya ALLAH, Engkau berilah ketenangan kepada ku dalam menghadapi saat itu... Semoga keberkatan sentiasa bersamaku...

Buat sahabat2 dan adik2 di luar sana, ayuh kita buat yang terbaik, jika tak mampu buat kerana diri, ingat ayah bonda yang setia menanti kejayaan kita. Namun, apa yang paling utama, segalanya hanya untuk ISLAM.... ALLAHU AKBAR!!! Doakan kejayaan bersama...

p/s : Apa yang aku buat untuk ISLAM hari ini?

Wednesday, October 28, 2009

Dakwah tugas setiap Muslim

Oleh Mohd Shahrizal Nasir
rencana@hmetro.com.my



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ISLAM adalah agama Samawi terakhir yang diturunkan Allah menjadi pedoman hidup umat manusia. Kedatangan Islam memansuhkan syariat yang diturunkan kepada nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya hanya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam" (Surah al-Ali 'Imraan, ayat 19).


Jelas, Allah tidak menerima agama lain selain Islam. Perkara ini dijelaskan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari kalangan orang yang rugi." (Surah Ali 'Imraan, ayat 85)

Tugas menyebarkan dakwah perlu digalas setiap umat Islam. Ia kesinambungan kepada tugas Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun.

Dakwah tidak hanya tertumpu kepada bukan Islam menerima Islam, bahkan ia adalah proses menyeru umat Islam yang lalai kembali kepada ketetapan yang digariskan Islam.

Firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi pembantu bagi setengah yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan." (Surah at-Taubah, ayat 71).

Prinsip ini yang sentiasa menjadi ingatan setiap individu Muslim agar umat Islam terus menjadi yang terbaik. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)." (Surah Ali 'Imraan, ayat 110).

Islam tidak pernah membebani umatnya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk ditunaikan.

Rasulullah S.A.W bersabda : "Barang siapa di antara kamu melihat berlakunya kemungkaran, maka hendaklah diubah dengan tangannya (kuasanya) dan sekiranya ia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya dan sekiranya dia tidak mampu, hendaklah diubah dengan hatinya (benci dengan hati) dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim).

Pendekatan "dakwah bi al-hal" atau dakwah dengan penampilan diri adalah antara cara paling mudah bagi menyeru manusia menerima Islam.

Sifat terpuji seperti bercakap benar, sabar, kasih sayang, hormat menghormati dan merendah diri harus sentiasa sebati dalam diri setiap individu Muslim.

Dakwah melalui penampilan diri sebenarnya lebih mudah jika setiap Muslim sedar peranan mereka menyebarkan dakwah.

Sebaliknya, jika kita tidak berusaha menjauhkan diri daripada melakukan sifat tercela seperti sombong, hasad dengki, tamak, bangga diri, rasuah dan khianat, ia memberi gambaran buruk kepada Islam.

Firman Allah S.W.T bermaksud: "Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) fitnah (dosa yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya." (Surah al-Anfaal, ayat 25).

Sesungguhnya pahala yang besar menanti mereka yang sentiasa berjuang menegakkan agama Islam serta menyebarkan kepada umat manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Barang siapa menyeru kepada petunjuk (Islam) maka ia akan mendapat pahala seperti pahala yang diperoleh oleh orang-orang yang mengikutinya, tidak berkurang sedikit pun." (Hadis riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah tidak menyerahkan amanah yang mulia ini kepada manusia jika tidak mampu memikulnya. Firman-Nya yang bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya." (Surah al-Baqarah, ayat 286).

Test Drive..


Buya sdg test drive kereta menantunya (Mitsubishi LANCER)...


Entry saja2...tiba2 rasa cm nk test drive keta ni..Abang Alim nak bg kah? hehehe...klu bg pon, x leh jg..rasa cm kaki x smpai nk tekan pedal minyak....hehehe

Pemilik sbnr kereta ini...My brother in law...Dr Azizul Alim (muka Dr Angah x nampak,hehe..jgn mare)


Abg Alim dan Kak Ngah..



Raya 2009

Tuesday, October 20, 2009

Ijtima' Aidilfitri Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR



Ahli Muslimin..

Ahli Semester 7


Ahli Muslimat

~Teruskan perjuangan adik2ku ~




Minum arak petanda tragedi ummah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



(sumber :- Bicara Agama, Utusan Malaysia 20/10/09)

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Kisah 1

SEORANG rakan wartawan, N menceritakan pengalaman benarnya ketika bertugas di luar negara apabila di hadapan mata kepalanya sendiri, dua pemuda Melayu sepuas-puas hati meneguk arak seperti kehausan yang amat sangat di padang pasir!

Menerima arahan bertugas keluar negara biasanya memang mengujakan kerana pelbagai pengalaman baru bakal dirasai dan tempuhi. Walaupun saya selalu juga menghabiskan masa bercuti di luar negara namun bertugas atas nama wartawan akan ada cabaran yang tersendiri.

Pada Ogos lalu, saya dihantar ke Bangkok, Thailand untuk satu liputan pelancaran kamera terbaru oleh sebuah syarikat pengeluar produk pengimejan yang terkenal.

Lazimnya untuk tugasan seperti ini, saya akan bersama dengan rakan-rakan setugas yang bukan berbangsa Melayu atau Islam dan saya juga akan membawa bekalan makanan sendiri kerana sukar untuk mendapatkan makanan yang halal.

Tetapi dalam tugasan kali ini saya rupa-rupanya turut ditemani dengan dua lagi rakan media iaitu dua pemuda Melayu.

Ini menyebabkan saya rasa sungguh lega kerana pihak penganjur pastinya akan cuba menyediakan makanan yang halal berikutan ramainya petugas yang beragama Islam. Atau sekurang-kurangnya berasaskan vegetarian.

Tetapi apa yang berlaku lebih memeranjatkan. Iaitu sejurus tiba di Bangkok, tanpa membuang masa saya terus berkenalan dengan dua pemuda Shamsul dan Shah (bukan nama sebenar) dan terus berborak banyak perkara kerana kami tidak pernah bertemu sebelum ini sehinggalah di Bangkok ini pertama kali bertemu.

Semasa acara perasmian yang diadakan di sebuah hotel bertaraf lima bintang di tengah-tengah kota Bangkok itu, kami kemudiannya diajak untuk menikmati hidangan dalam satu jamuan.

Menyedari mengenai status halal haram pelbagai juadah yang dihidangkan saya hanya mampu meneguk segelas minuman ringan berjenama yang dihulurkan kepada saya. Satu-satunya minuman yang halal walaupun saya kurang menggemari minuman berais dan bergas ini.

Minuman yang sama dihulurkan kepada Shamsul dan Shah, "Anda boleh minum ini," katanya.

Tetapi tanpa saya sangka, Shamsul dan Shah dengan tanpa rasa bersalah atau lebih tepat muka yang selamba mereka terus mencapai gelas kaca berkaki tinggi yang telah diisi arak ke dalamnya.

Tanpa segan silu mereka terus meneguk arak yang dituang separuh gelas itu sehingga habis.

Sambil mengesat mulut dengan tangan mereka kemudiannya seperti berpuas hati. Seolah-olah mereka telah menunggu lama untuk menikmati arak itu. Akhirnya apabila peluang tersebut tiba, tanpa perlu menunggu lama dari satu gelas ke satu gelas yang lain mereka berpesta arak pada malam itu.

Dalam keadaan terkejut itu saya merenung tajam perbuatan mereka sambil mengerling mata, namun Shamsul dan Shah tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk mereka terus menikmati 'air kencing syaitan' itu.

Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu, kecewa dan sedih melihatkan perlakuan aib dan mungkar yang dilakukan oleh anak Melayu yang beragama Islam itu.

Dalam usia lewat 20-an tidak mungkin mereka jahil soal haram halal minuman yang diharamkan oleh Islam itu.

Lainlah kalau mereka mungkin pernah belajar di luar negara sebelum ini menyebabkan ada tabiat buruk yang mereka hendak dikekalkan.

Tabiat buruk mereka semakin menjadi-jadi apabila makanan yang pastinya tidak halal turut dijamah mereka dengan begitu berselera, sambil diselang seli dengan arak yang dikatakan antara terbaik pernah mereka minum.

Semua ini menjadikan tekak saya semakin mual melihat tabiat buruk pemuda-pemuda Islam ini. Di masa-masa lain, Shamsul dan Shah juga tidak melepaskan peluang untuk memesan bir. Bir-bir gelas besar dengan buih-buih yang memenuhi permukaan gelas itu dinikmati oleh mereka dengan tanpa sedikit pun rasa bersalah!

Saya tidak nafikan mereka mempunyai kemahiran meminum arak! Apa jenis arak dan bir sekalipun mampu mereka minum dalam jumlah yang besar dan tidak mabuk! Ini bermakna mereka telah lama terjebak dalam aktiviti terkutuk ini.

Tinggal lagi kini segala-galanya terhidang dengan percuma, pelbagai jenis iaitu sama ada wain putih atau merah dan berjenama antarabangsa, ini menjadikan misi sebenar Shamsul dan Shah ke Bangkok ini benar-benar untuk menikmati arak.

Di hari akhir tugasan di satu majlis penutup yang diadakan di sebuah restoran kapal terapung, Shamsul dan Shah seperti tidak sanggup berpisah dengan minuman dan makanan yang haram.

Lalu merekalah yang paling kenyang dan sendawa dengan bau busuk arak pada malam itu!

Baru-baru ini kami bertemu semula dalam satu majlis berbuka puasa di sebuah hotel di tengah-tengah Kuala Lumpur, Shamsul seolah-olah cuba menyindir saya: "Akak, halalkah ke kita makan di sini?," katanya. Mereka benar-benar kurang ajar!

Kisah 2

Seorang lagi rakan M pula turut mengalami pengalaman pedih sindrom orang Islam yang lupa daratan baru-baru ini. Iaitu di sebuah hotel lima bintang di sebuah pulau yang terkenal sebagai syurga pelancongan di utara Semenanjung.

M ketika itu menerima jemputan tugasan sebuah syarikat elektronik terkenal yang hendak melancarkan sebuah produk terbaru mereka.

Yang turut bersama dengan M ramainya kalangan bukan Islam dan beberapa jemputan lain yang berbangsa Melayu.

Sehinggalah ketika berada di lobi hotel untuk berehat selepas penat menghabiskan masa untuk membeli belah di Pekan K, tiba-tiba muncul Azman (bukan nama sebenar) yang juga salah seorang jemputan untuk ke majlis itu.

Sambil mengesat peluh di dahi kerana kepenatan, Azman berkata dengan nada suara bangga, "Tak sangka, murah gila!," katanya berulang kali.

M yang tidak tahu menahu apa-apa, lantas bertanya apa yang dimaksudkan oleh Azman itu.

Wajah Azman yang asalnya tadi begitu ceria terus berubah dan tidak semena-mena beliau terus meminta maaf dari M sebelum memberitahu perkara sebenar.

"Kau jangan marah tau, saya minta maaf. Saya baru sahaja membeli arak ini, tak sangka pula harganya murah di sini," katanya sambil menunjukkan beberapa tin bir daripada sebuah beg plastik.

"Arak?," jerit M dengan terkejut.

"Arak Jepun, tak sangka di sini harganya murah sangat, saya apa lagi tak lepaslah dari membelinya," kata Azman lagi.

M terkedu dengan kata-kata Azman itu yang terus berlalu sambil meneguk arak tersebut.

Di majlis lain, Maria juga dapat melihat seorang wanita Melayu yang di hadapan mejanya terdapat beberapa gelas minuman keras.

Maria tidak mahu menyangka buruk kerana tidak melihat wanita itu seperti gaya kaki minum.

Tetapi M kemudiannya difahamkan wanita Melayu itu juga gemar menghabiskan masa dengan meneguk arak.

Apakah hikmah di sebalik isu Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang minta hukuman rotan atas kesalahan beliau meminum arak tetap dilaksanakan terhadapnya?

Kes beliau ini sebenarnya telah membuka mata banyak pihak dan mengakui pada hari ini bukan sahaja Kartika tetapi telah terdapat ramai di kalangan umat Islam di negara ini menderhaka terhadap hukum dengan meminum arak dengan sengaja!

Sedangkan hukum haram minum arak telah mereka ketahui dengan jelas dan mereka tahu bahawa ayat berikut tidak pernah berubah sehingga kiamat.

Firman Allah SWT yang maksud-Nya: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (al-Maidah: 90)

Mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Kamaruddin Zakaria berkata, ayat tersebut tidak akan mengalami sebarang penafsiran baru untuk apa tujuan sekalipun.

Sehingga kiamat arak tetap dihukumkan haram dan sesiapa yang meminumnya dengan sengaja dikategorikan melakukan dosa-dosa besar.

"Lebih malang lagi, 40 hari amalannya selepas meminum arak itu tidak akan diterima oleh Allah hatta sekalipun dia melakukan pelbagai ibadat yang khusus, melakukan amal kebajikan terhadap orang lain, menasihatkan orang lain dan sebagainya semua itu sudah tidak ada maknanya lagi," katanya.

Beliau cukup kecewa pada hari ini apabila semakin ramai umat Islam yang minum arak tanpa segan silu lagi terhadap Allah dan pandangan mata umat Islam yang lain.

"Malah menunjuk-nunjuk dan menganggap mereka yang tidak minum arak sebagai kolot dan ketinggalan zaman sedangkan arak sangat membabitkan satu perundangan dan hukum yang sangat jelas.

"Arak adalah ibu kepada segala kejahatan, manusia menjadi tidak waras, tidak tenang hati, kosong jiwanya malah lebih teruk lagi penyaksiannya tidak boleh dipakai sekalipun pada masa itu si polan tersebut tidak meminum arak," tegasnya.

Menurut Kamaruddin, jika seawal usia 17 tahun, remaja Islam sudah pandai meminum arak, semua ini tidak bezanya andai si awal usia itu mereka menagih rokok, dadah, judi dan sebagainya, maka gelaplah masa depan mereka.

Namun sesetengah peminum arak ini tadi merujukkan perbuatan kalangan berbangsa Arab beragama Islam yang dikatakan kuat meminum arak, ini menjadikan alasan kepada umat Islam hari ini untuk menjadi kaki botol.

"Dalam soal ini perbuatan yang buruk tentunya tidak boleh dijadikan contoh. Orang Arab ini tahu mengenai soal pengharaman arak tetapi mereka pandai berdalih.

"Sedangkan Saidina Omar al Khattab ketika mula-mula memeluk Islam, terus membuang isi kandungan dan botol-botol arak yang selama ini turut menjadi kegemaran beliau. Dihempas botol-botol itu sehingga berkecai," katanya.

Menurut Zakaria, sudah tiba masanya negara tidak sahaja kini memerlukan pusat pemulihan dadah tetapi pemulihan terhadap minum dan ketagihan arak.

"Pusat seperti ini sangat perlu dan ia juga bukan sahaja untuk umat Islam tetapi semua kaum dan agama yang mahukan kegemaran dan ketagihan arak ini perlu dihentikan.

"Kita sayangkan semua orang, kita sayangkan masyarakat majmuk kita agar semuanya sihat dan waras agar negara yang kita diami bersama bertambah makmur maka pusat seperti ini perlu ditubuhkan segera," katanya.

Tambah beliau penubuhan ini tidak bertujuan menafikan hukuman rotan dan denda terhadap peminum arak di kalangan umat Islam.

"Aspek penguatkuasaan itu memang penting tetapi sebelum hukuman itu dijalankan si pesalah perlu dipulihkan dahulu.

"Andai jika mereka masih degil dan masih mahu meminum arak, maka hukuman yang berat perlu dijalankan terhadapnya," jelasnya.

Kamaruddin meminta umat Islam yang terjebak supaya segera berhenti sebelum arak teruk merosakkan diri mereka.

"Hijab hidayah dari Allah akan tersingkap, nur atau cahaya Islam tidak akan masuk dan mereka tidak akan mencapai kemenangan walaupun mempunyai perjuangan yang suci dan murni dalam hidup," katanya.

Justeru beliau berharap agar perbuatan minum arak ini mesti dicegah oleh semua pihak.

"Untuk pencegahan yang berkesan memerlukan usaha yang bijak dan penuh berhikmah. Di samping perlu tabah dan berterusan," katanya.

Beliau menegaskan umat Islam yang minum arak adalah satu tragedi ummah yang membawa petanda kelemahan dan boleh dijajah oleh kejahatan dan akhirnya Islam mampu tinggal hanya pada nama!

Dalam salah satu kisah diceritakan, bahawa Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah mendera orang-orang yang minum arak dan yang ikut menyaksikan perjumpaan yang terhidang arak di dalamnya.

Sekalipun orang yang menyaksikan itu tidak turut minum bersama mereka.

Dan diriwayatkan pula, bahawa pernah ada suatu kaum yang mengadu kepadanya mengenai ada kalangan ahli kaumnya yang minum arak.

Umar kemudiannya memerintahkan agar semuanya didera.

Lantas ada orang yang berkata: "Bahawa di antara mereka itu ada yang berpuasa wahai Umar".

Maka jawab Umar: "Dera dulu dia (yang berpuasa ini)!"

Apakah kamu tidak mendengarkan firman Allah yang mengatakan: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepadamu dalam al-Quran, bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah ditentangnya dan diejeknya. Oleh kerana itu jangan kamu duduk bersama mereka, sehingga mereka itu tenggelam dalam omongan lain, sebab sesungguhnya kamu kalau demikian keadaannya adalah sama dengan mereka. (an-Nisa': 140)," kata Umar dengan tegas.

(p/s :- Antara tanda kiamat adalah arak diminum secara berleluasa...Renung2kanlah...dunia semakin menuju kiamat, adakah kita juga kaum yang dilaknat? Na'uzubillah..)

Friday, October 16, 2009

Dia...

Dia bakal diterbangkan ke Sabah..
Membawa misi tarbiah ummah...
Melalui medan sekolah...

Dia bakal bergelar guru..
Membawa risalah Islam untuk diseru...
Dalam mengejar redha Allah yang satu...


Kak Adah dan Kak Ba (Kak Ba dapat posting N9)

Dia adalah naqibahku dahulu. Insan bergelar Syuhadah Zawawi atau lebih mesra dengan panggilan ’Kak Adah’... Telah ditentukan untuk kak adah dan sahabat-sahabatnya (Kak Mimi, Kak Rosnah, Kak Ijah, Kak Su) untuk bertapak di Sabah terlebih dahulu dalam memulakan kerjaya sebagai seorang guru...insyaALLAH sebagai murabbi...

Buat Kak Adah dan akak2 yang lain, semoga terus istiqamah di jalan juang ini. Inilah medan sebenar dalam mempraktikkan teori yang dipelajari ketika di alam kampus. Proses pentarbiyahan pasti lebih mantap di luar sana seiring dengan bebanan dakwah yang makin berat yang perlu dipikul rapi...

Buat Kak Adahku sayang, doakan Ateh di sini.. Cukuplah untuk akak mendoakan agar ateh sentiasa istiqamah di jalan ini. Peringatan, teguran dan nasihat masih diperlukan daripada kak adah..Bisakah kita bertemu empat mata lagi? Insya ALLAH, jika diizinkanNYA, jika tidak di sini, mungkin di ’sana’ nanti...(sedih...)

Ana ramyun min rimayatil Islam, farmi ainama syi'ta
(aku adalah anak panah daripada panahan Islam, kemana saja aku dicampakkan, disitulah aku akan berjuang')

Wednesday, October 14, 2009

Aku dan Buku




Assalamualaikum wbt...


Alhamdulillah. kembali untuk menulis di sini. Kebelakangan ini, aku kembali kepada hobi lama ku, iaitu membaca buku. Apabila internet agak ber'masalah' di bilik ini, maka buku menjadi pilihan untuk aku menghabiskan masa. Jika ber'surfing', aku banyak membaca di laman2 web serta blog2. Bebanan tesis juga diharapkan makin berkurang walaupun sudah dihantar, tapi proses peng'edit'an terus berlaku. Bertuah juga dapat supervisor seperti Dr Abu Hasan, walaupun agak strict, tapi beliau senang untuk dibual bicara.





Kali ini aku ingin kongsi tentang buku yang berjaya aku khatam semester ini iaitu Buku Rindu Bau Pohon Tin karangan Ustaz Hasrizal atau Abu Saif. Kisah mujahadahnya dalam titian perjalanan menuntut ilmu di bumi Mu'tah. Bumi yang merakam seribu satu kisah syahidnya ramai sahabat Rasulullah SWT di situ. Kisah suka-duka, pahit-manis, dalam menuntut ilmu di bumi jauh dari bonda tercinta. Kisah yang paling membuat aku menitiskan air mata bila mana empat orang sahabat beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menziarah beliau.

Ustaz Anhar,Ustaz Hasrizal dan Ustaz Mohamad ketika KHAT '09




Susunan ayat serta perkataan yang sangat sesuai dan berjaya menggambarkan kisah-kisah lalu beliau. Aku pernah makan semeja bersama Ustaz Hasrizal bersama pengetua dan felo2 iaitu Puan Aisyah dan Encik Ghazali ketika beliau dijemput sebagai ahli panel forum perdana KHAT '09 yang bertajuk ' Berpaut di Dahan Cinta.' Apa yang boleh aku gambarkan ialah beliau seorang yang sangat menjaga dalam tutur katanya, penuh hikmah. Mungkin kerana itu juga tulisan beliau di blog saifulislam.com sentiasa ditatap oleh ribuan pengunjung. Tahniah buat Abu Saif, aku doakan semoga beliau terus berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Aku akan menjadi 'silent reader' kepada blog beliau.


Dan sekarang, aku sedang membaca Buku Detik-detik Masa dalam Kehidupan Muslim karangan Dr Yusof Al-Qardhawi. Buku yang sangat sesuai untuk org seperti aku yang 'failed' dalam mengurus masa...


Friday, October 9, 2009

Aku Kembali...

Assalamualaikum wbt...

Lama sudah tidak mencoret sesuatu di sini. Akibat desakan tesis serta aktiviti-aktiviti lain yang perlu dipenuhkan...huhu...banyak perkara yang ingin dikongsi di sini, namun masih perlu mencari ruh untuk menulis...