Wednesday, June 30, 2010
Cerita hujung minggu lepas..
Monday, June 28, 2010
Sedikit perkongsian
Written by abdul kadir | |
Thursday, 01 November 2007 | |
Di dalam lamanweb islamonline, terdapat soalan yang bertanyakan tentang hukum wanita yang berhaid hadir menziarahi orang yang sedang nazak. Ini kerana terdapat imam masjid yang mendakwa wanita berhaid tidak boleh menziarahi orang yang sedang nazak. Soalan ini telah dijawab oleh al-Ustaz Dr. Husamuddin 'Ifanah: "Sesungguhnya haid tidak menjadi sebab terlarangnya seorang wanita dari berada di sisi orang yang nazak, dan tidak saya ketahui adanya satu dalil yang melarang, Wanita yang berhaid di sisi ulama hanya terlarang dari solat, puasa, menyentuh dan membaca al-Quran. Tidak juga saya ketahui adanya seorang ulama yang mensyaratkan suci daripada haid untuk menziarahi orang yang nazak. Bagaimana kita boleh melarang wanita dari menziarahi orang yang sedang nazak, dimana kadang-kadang orang yang sedang nazak itu merupakan salah seorang orang tuanya ataupun suaminya atau salah seorang anaknya atau salah seorang saudaranya. Perkataan ini (yang mengatakan wanita haid tidak boleh ziarah orang nazak) tidak benar."
"Tidak diharamkan ke atas orang yang junub melainkan perkara-perkara yang ma'ruf seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyentuh mashaf, membawanya dan menetap di dalam masjid, apa yang selain ini ianya halal, bukan haram, samaada ianya dari urusan dunia seperti makan, minum atau ianya dari urusan akhirat seperti berzikir, selawat ke atas nabi saw dan doa, walaupun dari sudut afdhalnya perkara-perkara ini tidak dilakukan ketika dalam keadaan junub. Dalam hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Bazzar tentang 3 kumpulan yang malaikat tidak menghampiri mereka: (iaitu) orang yang berjunub, orang yang mabuk, dan orang yang memakai wangian yang dicampur Za'faran yang dikhususkan untuk wanita. Kerana itu dimakruhkan tidur dalam keadaan junub melainkan dia bersuci terlebih dahulu walaupun hanya dengan berwudhu. Dan seperti yang diketahui, bahawasanya malaikat kadang-kala mengiringi juga sebahagian jenazah orang-orang yang soleh, dan kebersamaan malaikat itu menjadi tanda kepada rahmat dan keredhaan Allah kepadanya, dari sini dimakruhkan bagi orang yang berjunub bersama mengiringi jenazah agar malaikat bersama dalam pengiringan itu sehingga mayat tidak terhalang dari rahmat, terutamanya jika ia dari kalangan orang-orang yang salih. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya: Åä ÇáãáÇÆßÉ áÇ Ê�ÖÑ ÌäÇÒÉ ÇáßÇ�Ñ æáÇ ÇáãÊÖãÎ ÈÒÚ�ÑÇä æáÇ ÇáÌõäõÈ".
Maksudnya: "Sesungguhnya malaikat tidak menghadiri janazah orang kafir dan orang yang memakai za'faran dan orang yang berjunub." al-Imam al-Nawawi berkata: "Harus bagi orang yang berjunub dan haid memandikan mayat tanpa dimakruhkan, akan tetapi telah memakruhkannya al-Hasan dan Ibn Sirin, Malik pula memakruhkan bagi orang yang berjunub. adapun bukti kami bahawasanya mereka berdua (orang yang junub dan Haid) adalah suci sama seperti yang lainnya." wallahu a'lam.
Diperik dari laman : http://al-qayyim.net/index.php option=com_content&task=view&id=234&Itemid=69 |
Dia banyak mengajarku...
Friday, June 25, 2010
Mengasah minda...
Tuesday, June 22, 2010
Doaku..
[الفرقان :74]
Fasa Baru..
Amiin…
Friday, June 18, 2010
Kembali menulis...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
DOA PENGANTIN BARU
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan mempelai ini
Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Teguhkan iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu
Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kami,
Dosa kedua orang tua kami,
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Rabbal Alamin.