Sunday, November 28, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

GA contest

Assalamualaikum wbt

Sekali-sekala adakan entry tentang GA..Kali ini, saya di tag oleh Kak Ijey, sahabat saya sejak dari Maahad. Thanx to her..


Jom sama-sama kita join contest yang dianjurkan oleh Blooger ini, CkynWan. Untuk join, sila klik link ini. Hadiahnya masih dirahsiakan, hehe.

Yang seterusnya, sila tag kawan-kawan lain untuk join GA contest ni.

Saya nak tag :-






Selamat mencuba semua!!!
Friday, November 26, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA

Koleksi Artikel myMasjid ..


                                            


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. 

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." 

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. 
 "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar." 


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. 


Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud. 


Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:- 
 "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat". Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat  hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!" 


KEISTIMEWAANNYA 

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:- 

 "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan  dimakan api neraka selain bekas sujud" 

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Thursday, November 25, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Alhamdulillah, sudah melapor diri

Assalamualaikum wbt

Hari ini baru ada keinginan mahu menulis tentang posting. Alhamdulillah, 22 hn November yang lepas, selamat melapor diri di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam. Saya dan suami bertolak dari rumah agak lewat memandangkan kami bangun agak terlambat akibat keletihan. Kami baru sahaja sampai dari Kelantan jam 4.00 pagi tersebut.

Dengan keadaan hujan & trafik yang sesak, sampai di dewan tersebut jam 8.15 pagi. Agak lewat sedikit, terus melapor diri & menikmati sarapan pagi yang disediakan. Suami pula meletakkan kenderaan seterusnya terlelap dalam kereta akibat keletihan. Kesian juga pada abang, tidak dapat menikmati rehat secukupnya lagi. Pengorbanan suamiku amat aku hargai...

Di dalam dewan, alhamdulillah bertemu rakan seangkatan seperti Adibah, Kak SIkim, Kak Faizah dan Kak Ira serta Kak Nurul. Kami duduk berdekatan iaitu di barisan akhir. Menikmati beberapa taklimat seterusnya masing-masing menanti dalam debaran untuk mengetahui sekolah mana yang akan ditempatkan.

Mana tidak berdebar, kami masing-masing sudah tentu mahu berada dekat dengan suami, agar tidak jauh dari rumah. Dan Alhamdulillah, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Pada asalnya, saya merasakan sekolah itu agak jauh, namun setelah melapor diri di sekolah pada petang tersebut, pengawal serta guru senior di situ memberitahu akan kewujudan jalan baru. Alhamdulillah, melalui jalan itu, hanya 15 minit sahaja jarak rumah sewaku dengan sekolah. Bahkan tidak perlu melalui tol.

Alhamdulillah, syukur atas rezki yang dikurniakan. Terima kasih buat suami yang setia menemani sepanjang sesi lapor diri, terima kasih juga buat semua yang mendoakan. Bermula saat ini, saya dengan rasminya bergelar guru.

Walaupun sudah musim sekolah, saya tetap perlu ke sekolah. Menyelesaikan urusan gaji selain mendapat tugasan dari pihak pentadbiran.

Buat semua rakan seperjuangan di luar sana, tahniah kerana sudah pun bergelar guru serta kakitangan awam. Berkhidmatlah dengan ikhlas. InsyaALLAH




P/S : sedang berkira-kira mahu membeli kereta 2nd hand. Viva atau kancil. X berani la nak bawa encik City itu ke sekolah. Huhu.. Tapi suami soh cuba bawa juga. 
Wednesday, November 24, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

~SI BISU~

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan 
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan. 
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, 
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000. 
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. 
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya 
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi 
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan 
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan 
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."
Monday, November 22, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Alhamdulillah, selamat semuanya

Assalamualaikum wbt..

Terasa kekok menulis, setelah beberapa hari tanpa entry baru. Hari ini selamat sampai di Puchong jam 4 pagi tadi dari Kelantan. 

Hujung minggu lepas adalah agak sibuk bagi diriku dan suami. Bermula seawal 4 pagi hari Khamis, kami bertolak ke Teluk Intan kerana ingin mendaftarkan nombor plat kereta. Alhamdulillah, berjaya dapat nombor plat seperti yang dirancang.  Malamnya pula.  kami ke rumah Pak Cik di UKM dan bermalam di sana. Jumaat pagi bergegas pulang ke Puchong memandangkan petang itu perlu mengambil kereta di Petaling Jaya. Alhmdulillah, akhirnya dapat juga kereta itu.

Pagi Sabtu 20 November, jam 5.00 pagi, saya dan suami bertolak pulang ke Kelantan kerana pada malam nanti, akan berlangsungnya majlis akad nikah kak longku. Alhamdulillah, selamat sampai pada jam 1 petang di rumahku di Kota Bharu. Malamnya pula, majlis akad nikah berjalan lancar walaupun pada awalnya agak kalut kerana hujan serta ketibaan tok imam yang lambat kerana terperangkap akibat hujan.

Selepas Akad nikah

Ahad 21 November, majlis kenduri pula berlangsung. Agak sibuk menguruskan tetapi sangat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Jam 6.00 petang, saya dan suami bergegas mahu bertolak semula ke Puchong kerana saya perlu melapor diri pada 22 November 2010 jam 8.00 pagi. Alhamdulillah, selamat sampai jam 4.00 pagi tadi. Agak keletihan tetapi segalanya hilang bilamana dapat melapor diri dan secara rasmi telah bergelar sebagai penjawat awam.

Kak Long & Abg Syah

Kak Long & Abg Syah bersama Ummi & Buya

Saya & suami...hehe (Pengantin x berapa baru)

Sewaktu mahu bertolak pulang ke Puchong..
Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya ALLAH atas nikmat masa dan kesempatan yang diberikan...

p/s : Alhamdulillah, bertambah lagi orang baru dalam keluarga kami..
Tuesday, November 16, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

ERTI PENGORBANAN

Assalamualaikum wbt..& Salam 9 Zulhijjah

ALHAMDULILLAH, esok kita semua di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji @ HAri Raya Qurban. Bertuah bagi sesiapa yang terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah suci Mekah. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Dan kita di sini juga, hendaklah sentiasa mendoakan, agar terpilih untuk ke sana nanti, insyaALLAH.

Raya haji kali ini sudah tentu berlainan kerana ini raya haji pertama bersama suami, juga kali pertama beraya di Puchong ini kerana tidak pulang ke kampung halaman. Ini kali kedua saya tidak pulang pada raya haji. Kali pertama ialah ketika belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dahulu.

Sedih memang sedih, tetapi mungkin inilah pengorbananku kali ini. Saya perlu memahami keadaan saumi yang hanya bercuti sehari sempena raya ini. Kami perlu korbankan pulang ke kampung halaman memandangkan Jumaat ini baru kami dapat pulang ke Kelantan. Itupun kerana kakak sulungku bakal mendirikan rumah tangga & Alhamdulillah suamiku dapat memohon cuti.

Kononnya mahu berada lama di kampung namun tidak kesampaian juga kerana pada 22hb November nanti saya perlu melapor diri di JPN Selangor.

Inilah erti pengorbananku kali ini. Mungkin sangat kecil, namun bukan mudah mahu berlapang dada. Terfikir juga, alangkah besarnya pengorbanan Siti Hajar dahulu bilamana beliau sanggup ditinggalkan di padang pasir yang tandus bersama anak kecil, Nabi Ismail A.S. demi mematuhi perintah sang suami, Nabi Ibrahim AS.

Ayuh, sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar.


~Kullu 'Am wa Antum Bilkhoir... Minna wa Minkum Taqabbal Ya KAreem..

Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamd...

Salam 'Idul Adha dari Ateh & Suami,
Bandar Kinrara,
Puchong,
Selangor
Monday, November 15, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Pelik Ya, Memang Pelik

Pelik ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir
tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu
tp tak pernah puas dengar
lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga
kaset berkali-kali.

Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dlm tv,
rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel
lain.

Pelik ya,
pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,
tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.




Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman,
tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert,
tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet,
tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email,
tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita..?
Tepuk dada tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah..

Alhamdulillah..saya dapat posting di Selangor

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas nikmat ini.. Syukur kepada ALLAH atas keputusan penempatan ini. Tidak lupa juga buat semua yang mendoakan..Alhamdulillah.


p/s : Saya akan kembali punya mood untuk berblog..

Friday, November 12, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Rukun Berkasih

Assalamualaikum wbt

Salam Sayyidul Ayyam..Salam Jumat, penghulu segala hari. Alhamdulillah, cuaca hari ini sedikit redup. Saya sangat suka hari Jumaat, kerana pada hari ini, banyak pengisian yang boleh saya dapat melalui TV. Alangkah bagusnya kalau setiap hari seperti ini.

Tengah hari tadi, saya menonton rancangan Al-Hidayah. Dan dalam segmen Anjung Munakahat, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam.com) memberi ceramah yang bertajuk Rukun Berkasih. Tajuk tersebut sudah tentu berfokus kepada mereka yang sudah berumah tangga.


Saya tertarik dengan pengisian yang diberikan dan ingin saya kongsi serba sedikit ilmu yang saya peroleh tadi. Antara point yang menarik ialah tentang asas utama dalam rumah tangga, iaitu taqwa. 

Betapa taqwa dalam rumah tangga itu sangat penting. Asas yang membawa kepada Sakinah wa Mawaddah.

Sakinah wa Mawaddah
Apa itu sakinah wa mawaddah? Sakinah bermaksud tenang & damai. Ketenangan yang hadir sepanjang melayari bahtera rumah tangga. Rasa tenang itu penting. Ia melambangkan damai di hati apabila bersama yang tersayang, walau berada dalam kesusahan sekalipun; walau sempit manapun situasi yang dihadpi.

Mawaddah pula Ustaz menyatakan kasih sayang yang bertambah-tambah. Itu juga penting dalam rumah tangga. Itulah buah hasil dari ketaqwaan yang ditanam dalam sesebuah baitul muslim itu.


Itu sahaja yang dapat saya kongsi. Saya juga mengharapkan ketaqwaan menjadi asas dalam rumah tangga kami. InsyaALLAH moga sakinah dan mawaddah setia di sisi kami sepanjang melayari bahtera ini. Amin.

Wallahu 'alam.

p/s : SUka mendengan ceramah dari Ustaz Hasrizal. Benarlah, beliau banyak menekankan pada konsep erti hidup pada yang memberi.
Thursday, November 11, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Posting oh Posting

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ini. Kebelakangan ini, saya memang jarang menulis. Yang ada hanya artikel yang saya rasa sangat sesuai untuk dibaca oleh diri sendiri juga mereka yang sudi menjengah blog ini.

Yup, mood saya untuk menulis kebelakangan ini sangatlah sedikit. Jatuh menjunam. Semuanya gara-gara posting. Sekarang, saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain sedang menantikan keputusan penempatan guru atau 'posting' setelah berjaya dalam temu duga tempoh hari.

Isu posting semakin kencang bila mana pada minggu lepas, sudah ada rakan yang mendapat surat posting bagi mereka yang mendapat tawaran ke Sabah & Sarawak. Mereka mendapat surat lebih awal memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan sebelum menaiki belon, hehe.

Dan yang selebihnya, keputusan akan keluar pada 15hb November ini. Hari demi hari bagaikan lambat berlalu menantikan detik itu. Dan hari ini, mereka yang berada di Johor sudahpun mendapat surat penempatan dari JPN Johor. Maka, semakin gelisah la saya kerana sangat berdebar.

Apapun, saya doakan semoga saya dan rakan-rakan mendapat seperti apa yang diinginkan. Bak kata suami saya, beliau menyuruh saya untuk bersabar. USah terlalu gelisah. Jika ada rezki, adalah kan, insyaALLAH.

Rakan-rakan saya di luar sana, mohon doa dari kalian juga. Doakan kejayaan saya dan rakan-rakan yang lain. InsyaALLAH

Wassalam
Wednesday, November 10, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

SINAR CAHAYA AYAT KURSI


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal 

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. 

Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati 

suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan

keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di 

luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk

rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban

salam daripada isterinya. 

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama

dengan salam itu. 
  
  

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
  
  

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT 

mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya

hingga subuh.
  
  

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di 

akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada

dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang

yang lain.
  
  

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia 

daripada masuk syurga kecuali maut dan barang

siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah 

SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, 

rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 
  
  

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT 

menganugerahkan dia setiap hati orang

yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg

benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan

padanya rahmat.
  
  

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi

sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT 

mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka

semua memohon keampunan dan mendoakan

baginya.
  
  

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di

akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan

pengambilan rohnya dan dia adalah seperti 

orang yang berperang bersama Nabi Allah

sehingga mati syahid. 
  
  

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi

ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT

berkenan memberi pertolongan kepadanya.
  
  

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun 

satu ayat..."


Wassalam,
  
  

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk

Dunia Mu, Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk

Akhirat Mu"

Monday, November 8, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. 

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

SEKIAN,
wallahualam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

Sumbangan : ajay