Saturday, December 31, 2011

Detik Bersalin part 2

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah..berpeluang nak sambung post yang lepas.. siap ada part2 lagi..kali ne kita teruskan dgn part2.

Bersambung tentang perbincangan dgn Dr untuk diinduce dan telah menetapkan tarikh 29/11/2011 utk saya datang ke hospital dan diingatkan oleh Dr dan nurse berulang kali supaya datang awal iaitu 8pagi pada hari tersebut. Sebelum itu, Dr telah membuat pemeriksaan pada saya dgn meng'stimulate' jalan. Pemeriksaannya sama sebijik untuk cek bukaan. Aduh 1st time rasa cm na wat VE (vaginal examination). Dr cakap dia dh stimulate bukaan 1 cm dan insyaALLAH berpeluang untuk bersalin normal. Saya masih ingat lagi pesan Dr, balik nanti buat solat hajat dan banyakkan berdoa agar cepat2 kuar tanda bersalin agar x perlu diinduce.

Hari itu jugalah hari di mana suami saya melakukan solat hajat dan air selusuh untuk saya. Keesokan hari (25/11/2011- Jumaat) saya bangun terus dia suruh saya minum air selusuh yang dibuatnya. Dalam masa yang sama kak long msg yang dia akan dtg ke rumah saya ptg nt memandangkan esok, Ummi,Buya dan Adik akan datang ke Puchong dr Kelantan. 

Jumaat ptg tu sy dh merasa sakit sket2 pada bahagian pinggang tapi saya abaikan saja kerana sudah biasa. Tapi sakit akibat VE masih terasa. Malam tu pula, saya ajak Kak Long dan suami ke Giant untuk membeli barang2 dapur serta beberapa peralatan lg untuk menyambut kelahiran Baby. Malam tu, saya gagahkan juga diri berjalan mengelilingi pasaraya Giant tu walaupun dalam keadaan sakit di bhgn bawah serta pinggang (hehe). Orang kata nak soh senang beranak, banyakkan berjalan.

to be continued..


Wednesday, December 21, 2011

Detik Bersalin part 1

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah berpeluang juga mengemaskini blog ini. Ambil peluang sementara baby Umar sedang enak dibuai mimpi, hehe.

Peluang yang ada ini ingin saya titipkan tentang detik bersalin saya. Semoga segala catatan yg ditulis ini menjadi kenangan dan sebagai perkongsian buat pembaca semua. Agar segala kenangan ini tidak luput dr ingatan, maka ianya perlu dicatat walaupun sekadar dalam blog biasa ini.

Segalanya bermula dari rentetan post saya yang ini, last update saya sebelum bersalin iaitu pada hari Rabu, 23/11. Keesokan harinya, Khamis 24/11 saya ke Klinik Dr Azizah, klinik yang saya pergi utk buat monthly antenatal check-up. Saya ke sana kerana perlu menjalani test BSP.

Dan keputusannya agak mengecewakan. Result yang selepas makan tengah hari agak tinggi berbanding yang lain iaitu 6.8. Seharusnya keputusan x boleh lebih dr bacaan 6, jika lebih ia adalah pada tahap yang berisiko. Huhu

Keputusan itu saya bawa ke keesokan harinya untuk weekly check-up saya di Hospital An Nur. Masuk je bilik Dr Khamsiah, sebelum dia lihat result BSP saya, dia cakap, insyaALLAH x da apa2 x perlu induce, kita leh tunggu sampai due date. Tapi apabila dilihat result BSP saya, terus dia cakap, nampaknya kita terpaksa induce. Terus saya cuak.

Dr tanya, "kita induce esok nak? Tapi sy x da krn perlu ke Singapura,". Selepas berbincang bersama dr dan suami, kami sepakat utk sy diinduce pd 29/11/11 iaitu pd hari Selasa.


to be continued.. nk g susukan baby jap

Saturday, December 3, 2011

Alhamdulillah... selamat melahirkan

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. saya sudah selamat melahirkan permata hati saya, Umar Asyamie bin Nurul Azrizal tepat jam 10.32 malam pada 26 November 2011 di Hospital Pakar An Nur, Bangi.

Banyak kisah yang ingin dikongsi, tapi tunggulah masa yang terluang. 

Perancangan ALLAH mengatasi segalanya. Due date 8/12/2011, manakala saya pula seharusnya di'induce' pada 29/11/2011 akibat bacaan BSP yang tinggi (kandungan gula dalam darah). Namun, Umar sudah tidak sabar menjengah dunia. Dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu 4 hari.

Syukur padaMU ya ALLAH atas kurniaan ini. Sangat besar amanah yang diberikan, semoga aku dan suami mampu mendidik khalifah kecil menjadi anak yang soleh, insyaALLAH..

Umar Asyamie bin Nurul Azrizal

Wednesday, November 23, 2011

Menghitung hari

Assalamualaikum wbt dan selamat tengah hari..

Nampaknya terlebih rajin untuk update blog. Hakikatnya bukan rajin tetapi kerana peluang dan ruang masa yang ada. Sudah masuk hari kelima cuti sekolah, juga masuk hari ketiga saya langsung tidak keluar dari rumah. Bagaikan berkurung dalam rumah. Apa boleh buat, hari weekdays suami saya bekerja, makanya saya hanya berkurung dalam rumah. Nak keluar rumah, saya sudah tak dibenarkan untuk memandu, apatah lagi sentiasa sakit pinggang, memang menghalang saya untuk memandu.

Hari ini diikutkan saya perlu bertugas untuk SPM sebagai guru bertugas. Tetapi pagi ini, saya langsung x larat mahu bangun, kerana semalam tersedar jam 3 pagi dan tak dapat melelapkan mata selepas itu. Apatah lagi ditambah dengan sakit pinggang serta sesak nafas. Baby pula sudah mula belajar mengeras di dalam perut. Sangat tidak selesa. Makanya, untuk bangun pagi memerlukan mujahadah yang tinggi. Terutamanya untuk bangun solat Subuh. Maka pagi tadi, terus saya menghantar SMS kpd PK memaklumkan keadaan saya yang tidak mengizinkan untuk ke sekolah. Kalau ikutkan, dari semalam lagi suami cakap tak perlu untuk ke sekolah. Tapi saya tetap berdegil, tp bila tgk situasi diri pagi ini, terpaksa membatalkan hasrat di hati.

Ada tujuan lain juga untuk sy ke sekolah. Saya masih lagi belum memohon cuti bersalin. Risau juga jika x sempat nak apply, bimbang coz lepas ne terpaksa menyusahkan suami untuk ke sekolah. Nak x nak, esok saya perlu ke sekolah untuk menyelesaikan urusan permohonan cuti. 

Esok juga saya perlu membuat ujian BSP buat kali terakhir. Ujian darah sebanyak 4 kali iaitu, sebelum dan slps breakfast, selepas lunch dan juga slps dinner. Untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Minggu lepas saya skip ujian ini, tapi apabila pergi check-up dengan Dr Khamsiah Jumaat lepas, Dr cakap saya perlu buat juga untuk kali yang terakhir. Kerana kalau kandungan gula dalam darah saya tinggi, saya tetap kena induce 2 minggu awal dr due date.

Apapun, saya tak sabar untuk check up seterusnya hari Jumaat ini. Doakan segalanya dipermudahkan...

Gambar ketika check-up Jumaat lepas. Sementara menunggu Dr Khamsiah...


Tuesday, November 22, 2011

38 weeks

Assalamualaikum wbt

Hari ini kalau ikut 'thicker' di blog, sudah 38 minggu usia kandunganku. Apabila dh masuk 38 minggu, bayi dalam kandungan ini sudah matang dan sudah bersedia untuk menjengah dunia. 

Nampaknya baby UA ni masih selesa dalam kandungan ummi ye. Belum ada tanda2 major menunjukkan baby mahu keluar, tanda2 minor sudah lama ada. Apa yang pasti, saya dan suami sentiasa sabar menanti detik kelahiran zuriat kami ini. Ya ALLAH, permudahkanlah urusan kami.

Minggu lepas sy pergi check-up, dan bermulalah seminggu sekali rutin check-up selepas ini sehinggalah saya bersalin. Bandar Kinrara dan Bangi tidaklah dekat tp setiap minggu saya menanti saat untuk bertemu Dr Khamsiah Muda, Doktor O&G di Hospital Pakar An-Nur Bangi. Saya sangat selesa untuk bertemu dan menerima rawatan serta nasihat beliau. Dan kerana itu jugalah saya merasakan salah satu sebab untuk suami saya membuat keputusan agar saya bersalin di hospital itu. 

Niat asalnya, saya ingin bersalin di Kelantan. Maknanya saya akan pulang awal ke Kelantan menjelang sahaja cuti persekolahan bermula. Tapi apabila difikirkan beberapa kali, mungkin agak susah untuk suami saya ada bersama saya pada detik kelahiran nanti jika sekiranya beliau masih di KL atas urusan kerja. Jadi, keputusan dibuat dan saya akan bersalin di Bangi nanti, insyaALLAH. 

Terima kasih dan sejuta penghargaan penuh kasih sayang juga buat ummi tersayang, yang sanggup berkorban untuk anaknya ini. Ummi sanggup untuk datang awal ke sini (insyaALLAH 29hb). Sepanjang mengandung, saya tahu ummilah antara insan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan anaknya ini. Kadang-kadang terlebih risau pula apabila aku mengadu tentang itu dan ini.


Pernah sekali, aku menelefon ummi, sambil menitis air mata, berkongsi rasa, sehinggakan ummi juga menitiskan air mata. Saat itu, aku merasakan betapa besarnya pengorbanan seorang insan bernama ibu ini. Sedang ketika aku yang menghitung hari untuk bergelar ibu, terfikir juga mampukah aku menjadi sesempurna ibuku, mendidik kami adik beradik penuh kasih sayang dengan sejuta pengorbanan yang orang lain tidak mampu hadapinya. Hanya insan yang mengetahui pasti memahami segala penat lelah ummi selama ini. (Nak menitis air mata tulis ni, huhu). 

Buat suami tersayang, beliaulah yang sentiasa setia bersabar menghadapi karenah isterinya ini. Abang sentiasa bersabar dalam mendidikku. Bagiku, biarlah orang melihat suamiku seorang yang biasa saja, tapi pada pandangan mata dan hatiku, beliaulah lelaki yang luar biasa. Kata-kata nasihatnya setia dituturi, tegurannya begitu bermakna, tarbiyahnya padaku terlalu mendalam. Beliau mendidikku dengan penuh ketegasan di sebalik kata-kata lembutnya. Mematahkan sikap amarahku, juga egoku. Terima kasih ya ALLAh menganugerahkan lelaki ini sebagai pembimbingku. Uhibbuka Lillahi Ta'ala.



38 minggu, kurang 2 minggu lagi sehingga tarikh due date (8/12/2011). Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Buat pembaca, saya mengarapkan doa kalian. Minta maaf juga atas salah dan silap saya. 

Wallahu'alam...

Wassalam

Sunday, November 13, 2011

9 bulan...

Assalamualaikum wbt...

Dua bulan sudah berlalu setelah post yang terdahulu. Skrg usia kandungan dh mencecah ke minggu-36 atau 9 bulan. Semakin menghampiri saat untuk melahirkan.


SUMBER IMAGE : DI SINI

Sekarang saya sudah pun refer utk check up di Hospital Pakar An-Nur, Bangi dan insyaALLAH akan bersalin di sana nanti. Dan insyaALLAH baby yang akan dilahirkan ini akan disambut oleh Dr Khamsiah Muda. Saya sangat selesa apabila berjumpa beliau sepanjang antenatal check up di An Nur. Semoga dipermudahkan urusan bersalin saya nanti, insyaALLAH.

Untuk update 9 bulan ini, alhamdulillah sudah 90% barangan keperluan bayi saya sudah lengkap. Dan beg untuk dibawa ke hospital juga sudah pun berada di dalam kereta. Perlu bersedia pada bila-bila masa skrg. Cumanya ada beberapa barang lagi yang masih belum dibeli. Dan akan disempurnakan dalam waktu terdekat ini.

Rasanya setakat itu sahaja dulu update tentang 9 bulan kandungan ini. Ingin saja saya kongsikan entry ini bersama barang2 keperluan bayi, tapi gambar masih belum ditransfer ke laptop ini.

Buat pembaca di luar sana, doakan kemudahan saya untuk menghadapi saat-saat bersalin nanti. insyaALLAH.

Wassalam

p/s : Keadaan saya skrg boleh dikatakan agak sarat. Sakit2 hampir setiap hari. Berada lama di dalam kereta juga sudah tidak mampu =)

Wednesday, September 21, 2011

7 bulan

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk menulis. Syukur juga buatMU YA ALLAH, zuriat ku di alam rahim sudah pun menjengah usia 7 bulan. Sedar x sedar, seakan pantas masa berlalu. Sudah 7 bulan diriku mengusung amanah Allah ini di dalam rahimku ini.

Menjengah ke usia 7 bulan kehamilan, semakin banyak diri diuji. Perkara biasa bagi ibu yang hamil. Di akhir bulan ke-6, diuji dengan kesakitan gigi yang amat. Menyambut Aidilfitri dalam keadaan sakit gigi. Rasa sedikit nikmat kesihatan ditarik. Seperti yang kebanyakan orang cakap, sakit gigi ini adalah sakit ketiga yang paling sakit selepas sakit ketika kematian dan ketika melahirkan anak.

Ia, sakit gigi yang saya alami teramatlah peritnya. Ianya merebak ke telinga dan kepala. Kadang2, sampai mengalir air mata kerana tak tertahan sakitnya. Tidur malam juga terganggu. Nikmat untuk makan juga sedikit terjejas. Apatah lagi sebelum itu, saya perlu berpantang daripada memakan benda2 manis sebagai akibat kandungan darah yang tinggi dalam darah ketika ujian minum air gula, huhu.

Setiap dua minggu sekali, saya perlu ke klinik untuk diuji kandungan gula dalam darah. Dalam sehari tu, kena ke klinik sebanyak 4 kali, iaitu sebelum dan selepas sarapan, selepas makan tengah hari dan selepas makan malam. Sungguh menguji. Hehe. 

Semalam, saya ada appoinment untuk mencabut gigi. Ya, gigi yang menyebabkan kesakitan yang amat itu. Rupanya berpunca daripada geraham bongsu yang sudah berlubang. Nak x nak, doktor gigi suggest untuk mencabutnya segera. Sebelah atas dan bawah bahagian kiri. Semalam baru cabut yang belah bawah, minggu depan pula akan cabut yang bahagian atas pula.

Semoga bila dh cabut gigi nt, akan hilang segala kesakitan yang ditanggung hampir sebulan ne. MC pon dh dua kali bulan ni. Takut juga kena marah ngan pengetua. Hari ne pon MC coz bangun pg td, gusi yang kena suntik smlm sakit, tmbh ngan kaki cramp tiba2. Huhu. Bangun pg td, ingt nk ngadu kat suami, tp kesian pula kat dia. Semalam pon klaut dia terpaksa tinggalkan kerjanya untuk menemani saya ke klinik. Thanx to my dear hubby, love u!

Sekadar itu saja coretan saya kala ini. Ralat juga lama dh x menulis. Jeles juga melihat blog M2B yang lain, yang setia mencatat pengalaman2 spnjg kehamilan. Ingin juga saya menulis catatan sepanjang kehamilan, tetapi kadang2 kemalasan melanda. 

Apapun, konklusi saya dari penulisan kali ini, saya reda dengan segala kesakitan yang dialami. Semua ini pahit manis yang biasa dialami ibu mengandung. Sakit itu juga diharap menjadi penghapus dosa-dosa kecilku.



Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk ”. (QS. Al-Baqaroh : 155-157).
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".


Sekian saja dulu, wassalam...


Saturday, September 17, 2011

Apabila Isteri Menangis


Jika isteri menangis dihadapanmu
Hargai lah ia sebelum terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
 Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu
Jika kau membiarkannya pergi, 
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
Kecuali d idepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
 Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam...

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu
tolong jangan sia-siakan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Sunday, July 31, 2011

BAnyak..

Assalamualaikum wbt...

Apa khbr pembaca semua? Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya...

Seperti tajuk entry di atas, BANYAK..ye, banyak yang saya ingin kongsikan di sini. Sehinggakan ada yang saya terlupa. Itulah kelemahan saya. Laman blog ini dibiarkan sepi tanpa entry sepatutnya. 

Banyak perkara yang nak dikongsi, tentang sekolah, tentang kehamilan saya, tentang kehidupan... Ya, kehidupan yang sementara di bumi ALLAH ini. Tapi apakan daya, apabila menulis berdasarkan mood, beginilah jadinya. 

Walau apapun, saya akan cuba yang terbaik untuk setia menulis. Semoga ianya mampu memberi kebaikan buat pembaca walaupun sedikit.

Ramadhan KAreem..
Beberapa detik lagi, kita semua bakal bersua dengan bulan rahmat penuh keampunan, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Allahu rabbi...Bagaikan tidak percaya masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Pencipta Agung, ALLAH SWT untuk merasai nikmat berada dalam bulan penuh barakah ini.

Setiap insan yang menantikan bulan ini, pasti akan bersungguh untuk menghadapinya. Tetapi bersungguh dari segi apa? Dari segi ingin mempertingkatkan ibadah, atau sebagai lubuk pencarian rezki, atau sebagai alasan untuk mencuri tulang ketika bekerja. Tepuk dada, tanya iman..

Bagiku sendiri, ini Ramadhan kedua sebagai seorang isteri. Masih teringat Ramadhan yang lepas, berpuasa kali pertama bersama suami. Kali pertama segala kelengkapan untuk berpuasa dan bersahur perlu disediakan sendiri. Itulah tugas sebagai wanita yang bergelar isteri di usia yang muda. Terasa sangat kekok pada awalnya, kerana saya ini anak yang manja. Apabila bergelar isteri, banyak perkara yang dipelajari satu demi satu. Dan Alhamdulillah, suami saya yang setia memberi dorongan untuk sentiasa ke masjid berterawikh. Apabila beliau tidak bekerja malam, kami membonceng motor bersama-sama ke masjid. 

Dan tahun ini, situasi baru juga buat diriku. Berpuasa sebagai seorang ibu hamil. Alhamdulillah, janin dalam kandungan ini sudah pun berusia 5 bulan. Salah satu nikmat yang Allah ingin beri padaku. Juga mungkin sebagai tarbiah kepada ku di bulan puasa ini. Bukan senang sebenarnya berpuasa ketika hamil. Saya dengan penuh mujahadah berpuasa ganti yang berbaki lagi 2 hari pada minggu lepas. Amat terasa kepayahannya. Tetapi sekurang-kurangnya saya mampu menghabiskan puasa ganti tersebut. Dan juga sebagai latihan untuk saya berhadapan situasi berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Harapan saya agar Ramadhan kali ini, benar-benar untuk saya meraih peluang yang tersedia luas ne untuk beribadah sebaiknya. Juga mengharapkan mampu berpuasa penuh, insyaALLAH... Semoga bayi dalam rahim ini juga sentiasa dalam keadaan sihat untuk menyokong umminya agar dapat berpuasa penuh. InsyaALLAH.

Buat suami tersayang, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat abang dan keluarga kita. Buat yang terbaik untuk temu duga itu nanti. Ada rezki, pasti beroleh ganjarannya. Percayalah pada takdir ALLAH..

Buat semua, selamat berpuasa. Semoga Ramadhan ini memberi peluang kita untuk menyucikan hati dari segala dosa dan noda. Elakkan pembaziran semasa berbuka...Wallahu 'alam...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "

Monday, July 11, 2011

Madu

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah -buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. dari perut lebah itu keluarlah madu yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya. (surah al-Nahl ayat 65-69). 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Di atas antara dalil2 yg menunjukkan fadhilat madu... Sebelum ni, suami saya dok amalkan madu tualang. Suami sy sgt konsisten amalkan madu.. TApi entah kenapa saya x leh nak ikut cara beliau..

Semalam saya dan suami ke Keramat, menjejak madu dari Yaman... Sejak beberapa hari lepas, suami sy sepertinya mengidam madu dari Yaman ni. Dan alhamdulillah dapat menjejak dua orang insan yang merupakan pelajar MAlaysia yang belajar di Yaman. Mereka sedang bercuti kerana sebelum ini keadaan di Yaman tidak aman.

Saya mengagumi usaha2 mereka untuk mencari duit lebih untuk persatuan pelajar mereka di sana. 

Saja nak tulis note ini, cuma apa yg saya boleh cakap, madu dari Yaman mmg terbaik di dunia dan rasanya sangatlah sedap n saya boleh telan. Mulai semalam bertekad untuk sentiasa mengamalkan madu ini.

Ayuh, kita amalkan pemakanan sunnah... ('',)

Friday, June 24, 2011

Mendidik

Assalamualaikum wbt

HAri ini ada Hari Terbuka di sekolah..hari di mana ibu bapa datang untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak masing2..

HAri ni juga saya mendengar pelbagai keluh kesah ibu bapa yang prihatin.. Sedih juga.. Besar harapan pada anak, tapi anak tiada yang memahami..

Hari ini saya buat refleksi untuk diri sendiri.. Bagaimana dengan keadaan saya pula suatu hari nanti? Bagaimanakah perasaan saya nanti apabila sudah bergelar ibu nanti?

Bagaimana saya nak mencorak anak dalam kandungan ini? Saya takut dengan realiti skrg.. Saya juga sering terleka, kadang lalai terikut dengan arus dunia.. 

Apabila saya di sekolah, saya banyak memberi tumpuan pada anak orang.. Balik rumah, keletihan yang amat.. Hingga terlupa anak sendiri dalam kandungan ini.. Terasa seperti saya banyak mengabaikan hak si kecil dalam rahim ini... Sedih sangat...

Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada ku.. Berikanlah kesedaran kpdku.. Juga kesabaranku... Semoga anak ini faham, ibunya sedang mendidik anak manusia di luar sana.. Dengan pelbagai tingkah dan kata

Wallahu 'alam

Tuesday, May 31, 2011

Detik itu

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah atas nikmat iman dan usia untuk hari ini. Terasa ingin menulis, tambahan pula saya kebosanan di rumah keseorangan. Cuti sekolah dua minggu sudah pon bermula. Saya hanya akan pulang ke kampung pada minggu kedua. Adoh, sangat lambat. Minggu pertama ni, saya hanya berada di rumah di Kinrara ini.

Dalam hati, nak je keluar ke Jusco, Tesco atau Giant, tapi saya teramat malas untuk memandu. Pinggang saya selalu sakit sekarang ini. (simptom). Hehe. Tambah pula, x da mood nak keluar seorang diri. Suami saya kalau weekdays, teramatlah sibuk. Sehari, ada 2 3 site yang beliau perlu attend. Kesian juga, tapi apakan daya, untuk meraih rezki yang halal, bukannya mudah. Apapun, saya sentiasa mendoakan keselamatannya. Amin

Entry kali ini, saya ingin menceritakan kembali detik saya mengetahui tentang berita kehamilan ini. Segalanya bermula apabila saya menyedari period saya lambat dari kebiasaan. Biasanya, kitaran haid saya adalah normal dan on time. Tapi bulan April lepas, 5 hari saya menunggu, x keluar2 juga. hehe. Dalam masa yamng sama, saya merasakan tidak sedap badan, tambahan pula selesema menyusul selama dua tiga hari. (Rujuk entry ini). 

Saya sangat tidak selesa dengan keadaan pada masa itu. Ada satu hari tu Di sekolah, sambil menahan selesema, saya mengira-ngira kitaran haid saya. Ada keraguan di situ. Saya dah mengesyaki sesuatu tapi saya x nak terlalu mengharap. Sahabat saya, Puan Sabiha menjadi rujukan. Beria beliau mahukan saya segera membeli pregnancy test, tapi saya menolak kerana merasakan masih terlalu awal.

Pada sebelah malamnya, saya mengadu pada suami x tahan dengan selesema yang berterusan. Sebenarnya sudah beberapa kali suami ajak ke klinik, tapi saya menolak, tapi kali ini, suami berkeras mahu bawa ke klinik. Di klinik, seperti biasa doktor bertanya itu dan ini. Kemudian doktor bertanya, puan hamil ke? Saya jawab, x tapi saya dah 5 hari lambat period. Doktor segera mencadangkan untuk melakukan ujian UPT. Saya x menolak. Saya ke tandas, memberi bekalan urin kepada nurse untuk diuji. Selang beberapa minit, doktor datang hulur tangan untuk bersalam dengan suami sambil ucap tahniah.

Saat itu, saya dan suami masih terkebil-kebil. Seakan tidak percaya. Bila doktor tunjuk ada dua garis pada UPT test tu, baru percaya. Suami saya tersenyum. Saya pula masih dalam keadaan separa terkejut. Alhamdulillah, syukur sangat2. Setelah sekian lama menanti..

Ini hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Syukur pada Mu ya ALLAH atas kurniaan ini. Doaku, moga baby dalam kandungan ini membesar dengan sihat dan sempurana, insyaALLAH..

P/S : pembaca di luar sana, doakan juga ye

Thursday, May 19, 2011

Kisah Saya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, masih ada masa dan peluang utk menulis setelah sekian lama.

Gambar anak murid saya semasa praktikal di Klang

Lama saya menyepi dr menulis, bukan kerana apa, tetapi tiada rasa untuk menulis buat beberapa waktu kebelakangan ini. 

Entry terakhir saya berkenaan kisah pelajar saya. Ya, beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa agak stress dengan sikap pelajar saya. Sikap dan tingkah laku banyak yang menguji kesabaran. APatah lagi dengan keadaan saya sekarang yang mudah penat dan cepat letih.

KAdang sedih juga apabila ada pelajar yang tak mahu faham keadaan cikgu. Tapi sabarlah. MAsih baru dalam arena pendidikan ini. Umur setahun jagung pun belum genap. Saya perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi. Apatah lagi saya sekarang membawa zuriat dalam kandungan ini.

Apabila di sekolah, bila dok marah2 kat student, bila balik rumah, terfikir juga. Bimbang akan memberi kesan pada kandungan. Kesian juga pada baby. Tapi kebelakangan ini, saya cuba rasionalkan balik. Saya x mahu terlalu ikutkan perasaan marah ini. Saya x nak emosi menguasai diri.

Biarlah saya terus ikhlas mendidik mereka. Tapi dengan cara yang saya rasa sesuai dengan keadaan tingkah laku mereka. Saya perlu tegas dan ada masanya saya ingin jd ibu yang baik buat mereka.

Saya pernah dengar kata-kata ummi saya dulu, "Kita mengajar anak orang dengan harapan agar orang pun akan mengajar anak kita sebaiknya". InsyaALLAH akan ku ingat kata2 sumber inspirasiku,

Diikutkan hati, entry ni nak kisahkan tentang cerita bagaimana saya dapat tahu tentang kandungan saya. Tapi bila dah masuk bab anak murid ne, tersasar pula dari niat asal.

InsyaALLAH di lain entry, saya akan cuba kongsikan dengan pembaca semua.

Wallahu 'alam.

p/s : Baby dalam kandungan dah pun berusia 11 minggu. Bakal menjejak ke usia 3 bulan beberapa hari lagi. Doakan kami ye..


Tuesday, April 19, 2011

Mereka anak-anak saya

Assalamualaikum wbt

Lamanya x menulis..sangat tak larat. Balik sekolah, kepenatan. X sah kalau x tdo petang. Bila balik sekolah lewat petang, maknanya lepas Maghrib, dah terbaring atas katil. Solat Isya' maknanya keesokan awal paginya la.

Sejak akhir-akhir ini, saya bukan lah Cikgu Aini yang dulu. Saya sangatlah sensitif. Mungkin kerana bawaan kepenatan. Kadang-kadang kecewa dengan sikap pelajar. Bila saya terlalu baik, ambil kesempatan. Makanya terjadilah peristiwa saya mengamuk sesungguh hati dalam kelas Jumaat lepas. 

5 kali saya tegur karenah pelajar yang main lempar2 kertas dalam makmal. Akibatnya, akibat sudah x tahan dengan sikap pelajar yang x dgr kata, maka mengamuk sakanlah. Hanya mereka yang tahu apa yang saya buat. Dan saya juga x expect saya akan buat cam tu. Mungkin kerana kesabaran saya menipis kala itu. 

Air mata menitik sedikit. Kecil hati dengan mereka. Pelajar tingkatan 5 lagaknya seperti tingkatan 1 bahkan budak darjah 1. Saya langsung x memandang rendah keadaan atau keupayaan mereka, tapi sikap mereka yang sangat rendah akhlaknya. Salah siapa?

Walau apapun, mereka anak-anak saya di sekolah. Sayang itu sentiasa ada. Cuma sekarang, di sudut hati, rasa kecil hati itu masih ada. Wahai pelajar, carilah keberkatan dengan reda gurumu...

Pelajar  5 Kenanga.. (amek gambar secara senyap dari FB mereka)
Semoga mereka sedar, hidup tidak hanya indah di dunia, tiada gunanya jika di akhirat merana

I love my students! 

Tuesday, April 12, 2011

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran buatMU Ya ALLAH atas nikmat iman dan Islam. Semoga diri ini menjadi hambaMU yang sentiasa taat dan patuh.

Bayi dalam kandunganku sudah pun berusia 6 minggu. Tak terkata perasaan atas anugerah dari Ilahi ini, setelah lebih 10bulan menanti.

Ku tahu, segalanya pasti ada hikmah. Konsep sabar itu yang penting.

Buat pembaca semua, doakan agar saya dan bayi sentiasa sihat. 

Wassalam

Sunday, April 10, 2011

Doktor kata

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, atas nikmat iman dan usia. Seperti yg semua tau, saya x berapa sihat sejak akhir2 ini. Sudah dua klinik saya ziarah untuk minggu ini sahaja.

Semalam saya ada sekolah ganti, tetapi saya dapat MC.

Banyak yang doktor pesan kpd saya. Jangan buat kerja berat, jangan lasak dll lg.

Saya kena ikut apa yang doktor cakap.

Apapun, doakan kesejahteraan dan kesihatan saya... ('',)

Monday, April 4, 2011

Selesema

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kali ni ALLAH bg ujian kesakitan ku, tp x da la berat sgt. Selesema sahaja. Saya ni bukan jenis senang demam, tu yang bila sekali kena selesema atau demam, badan jd sangat lemah. Sebab susah nak adapt, hehe.

BErmula semalam, selesema makin menjadi-jadi pula. Dan hari ni semakin teruk pula. Bila kat sekolah, hidung ne melagukan irama yang berselang-seli dengan bersin. Mujur ada tisu. Nasib baik hari ne x banyak kelas, kalau x memang mengganggu proses Cikgu ne nak ngajor. Huhu


Harapnya esok semakin ok la. SUami dok pesan soh makan Panadol Soluble, saya menolak. Jenis degil kan. Hehe. X pa la, saya x nak dibiasakan dengan makan panadol ne, x nak terlalu bergantung dengan paracetamol tu.

Apapun, doakan semoga saya kembali segar bugar ye, InsyaALLAH. aPapun, saya redha je dengan apa yang ALLAH nak bagi. Bukan kah sakit itu penghapus dosa?



Aisyah r.a. berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim) 


Dari Abi Said dan Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: 
"Tidak menimpa seorang muslim dari capai, tidak pula suatu sakit, tidak pula gelisah, tidak pula sedih, tidak pula suatu penyakit, tidak pula susah, sampai pada duri yang menusuknya, kecuali Allah menghapuskan karenanya kesalahan-kesalahannya."(HR Bukhari) 


Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari) 



Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Tidaklah dari seorang muslim yang tertimpa penyakit, sakit, atau yang semisalnya, kecuali Allah SWT merontokkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana rontoknya pohon akan daun-daunnya."(HR. Bukhari) 


p/s : Ya ALLAH, aku redha segala apa yang KAU kurniakan kepada ku..

Saturday, April 2, 2011

Sibuk ke?

Assalamualaikum wbt..

Selamat hari Sabtu. Hari Sabtu kali ne x da apa2 aktiviti di sekolah. Tetapi saya tetap kena ke sekolah. Saya kena g amik data untuk dimasukkan dalam sistem SAP. iaitu masukkan markah Ujian Kemajuan I untuk di 'key-in' kerana perlu dihantar kepada PPD Isnin ne. 

Saya ni kiranya dapat kerja secara x rasmi la. Mula-mulanya PK bagitau saya ni cm dilantik sbg penolong SU Pperiksaan Dalaman. So, bila time exam, saya juga sibuk walaupun saya x wat kertas soalan untuk ujian yang baru lepas ne. Then, lepas tu, dapat plak tugas baru kena tolong SU SAP ne untuk masukkan markah pula. Huhu.

So, sesuai dengan tajuk di atas, nak tanya diri sndiri, sibuk ke? Ya, sibuk memang sibuk kerana saya masih gagal dalam perancangan masa. Kalau saya x wat list kerja, konfem saya akan cenderung untuk menangguhkannya. Tapi bila dah dapat banyak tugas ne, kena wat check list betul2 la. Saya akui saya x bleh berada dalam keadaan rileks. Saya perlu berada dalam keadaan sibuk kerana pada masa itulah saya akan mula merancang aktiviti dan masa. Hehe. Teringat kenangan masa jd JMK, pengurusan hidup kadang tunggang-langgang juga. Tapi kerana terbiasa, sikit demi sikit dapat la adapt.

Image : Google

Masa awal2 posting, saya ne kiranya leh rileks juga coz x dpt banyak sangat jawatan berbanding kawan2 yang lum kawen, tapi lama-kelamaan makin banyak pula dapat tugasnya. Saya x kisah kerana at least saya rasa ada kerja kena wat tapi kadang-kadang bila dtg kerja baru, kerja lama ada juga yang tertangguh. So, makna kata, saya perlu lebih terancang.

Itu tak termasuk ngan kerja2 kat umah lagi, hehe. Tapi dalam sibuk2 saya ne, sibuk lagi suami saya. Saya kadang kesian kat suami. Pagi hingga petang kadang lepas Maghrib, sibuk ngan kerja lagi. Malam pula, bz nak siapkan FYP untuk Masternya. Kadang2 sedih tengok keletihan dia, n kadang marah kat diri sendiri coz x memahami juga. Huhu. Yer la, kerap juga merungut bila suami balik lambat. Huhu. (Maaf ye abang)

Apapun, saya akan cuba untuk jadi yang terbaik. Yang penting terbaik untu diri sendirilah dahulu. Perlu malu pada diri sendiri dahulu bila diri sendiri pon x mampu nak urus, apatah lagi nak urus orang lain. Betul x?

Wallahu 'alam.

Monday, March 28, 2011

Al-Fatihah

Mohon maaf sebelum ajal

ANGKAT...jenazah seorang mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Syaikhah (gambar kecil) parah.
ANGKAT...jenazah seorang mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Syaikhah (gambar kecil) parah.
GUA MUSANG: “Saya tidak sangka, dia (Allahyarham Hasmah Idrus, 28) bersama adiknya, sanggup menunggu kepulangan kami dua beranak daripada melawat sepupunya yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, semata-mata untuk memohon maaf.
“Cuma ketika itu, tingkah laku dua beradik yang periang itu bertukar menjadi pendiam ketika bersalaman dan tidak sangka ia pertemuan terakhir,” kata Robiah Mat Daud, 50, ibu kepada Hasmah Idrus dan adiknya Siti Aminah, 22, yang maut dalam kemalangan jalan raya, awal pagi semalam.



Perjalanan Hasmah yang juga pegawai bank RHB Kuala Lumpur bersama adik dan sepupunya selepas selesai menghadiri majlis kenduri kahwin di rumah keluarga mereka bertukar tragedi memilukan apabila tiga daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini.

Kemalangan kira-kira jam 12.45 tengah malam itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa dinaiki empat sepupu terbabit dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda menyebabkan dua daripada sepupu itu meninggal dunia di tempat kejadian dan seorang lagi di Hospital Kuala Krai (HKK).



Hasmah dan seorang lagi sepupunya, Shaibah Che Danial, 24, meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya, Siti Aminah disahkan meninggal di HKK.




Adik Shaibah, Syaikhah, 23, yang cedera parah kemudian dihantar ke HKK untuk rawatan lanjut dan dua lagi yang turut cedera termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda bersama seorang penumpangnya berusia dalam 40-an, dirawat di hospital sama.

Kejadian itu berlaku ketika kereta dinaiki empat sepupu itu dalam perjalanan dari Kampung Pasir Era, Kuala Krai ke Kuala Lumpur sebelum bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.



Dua mangsa tercampak keluar dari kereta Perodua Kelisa yang berpusing di tengah jalan ketika kemalangan berlaku, manakala Hasmah yang juga pemandu kereta berkenaan tersepit di tempat duduk dan terpaksa mendapat bantuan anggota bomba untuk mengeluarkan mayatnya.

Robiah berkata, empat sepupu itu pulang ke kampung berkenaan enam hari lalu untuk menghadiri majlis kenduri menyambut menantu abang sulung Hasmah, Abdul Wahid, 30, pada Sabtu lalu di Kampung Pasir Era, Kuala Krai.



Katanya, semua sepupu terbabit bertolak lewat kira-kira jam 10 malam kelmarin untuk pulang ke Kuala Lumpur kerana menunggu kepulangannya daripada melawat seorang anak saudara yang sakit di HUSM, Kubang Kerian bersama Abdul Wahid.




“Sebaik kami tiba di rumah, arwah terus bersalam dengan memohon maaf untuk pulang ke Kuala Lumpur dan tidak sangka kesungguhannya bersalaman menjadi detik terakhir saya bersama dua beradik berkenaan,” katanya.

(sumber : Di sini)


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Akhirnya setelah beberapa hari koma dan dalam keadaan krtikal, Kak Syaikhah Danial kembali ke rahmatullah tengah hari ini. SUngguh, ALLAH lebih menyayanginya.

Beliau ialah bekas rakan sekelas saya di tingkatan 5 Sains 2 ketika di Maahad Muhammadi dahulu. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Benarlah mati itu peringatan yang pasti. Kita pastikan menyusul jua...