Tuesday, May 31, 2011 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Detik itu

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah atas nikmat iman dan usia untuk hari ini. Terasa ingin menulis, tambahan pula saya kebosanan di rumah keseorangan. Cuti sekolah dua minggu sudah pon bermula. Saya hanya akan pulang ke kampung pada minggu kedua. Adoh, sangat lambat. Minggu pertama ni, saya hanya berada di rumah di Kinrara ini.

Dalam hati, nak je keluar ke Jusco, Tesco atau Giant, tapi saya teramat malas untuk memandu. Pinggang saya selalu sakit sekarang ini. (simptom). Hehe. Tambah pula, x da mood nak keluar seorang diri. Suami saya kalau weekdays, teramatlah sibuk. Sehari, ada 2 3 site yang beliau perlu attend. Kesian juga, tapi apakan daya, untuk meraih rezki yang halal, bukannya mudah. Apapun, saya sentiasa mendoakan keselamatannya. Amin

Entry kali ini, saya ingin menceritakan kembali detik saya mengetahui tentang berita kehamilan ini. Segalanya bermula apabila saya menyedari period saya lambat dari kebiasaan. Biasanya, kitaran haid saya adalah normal dan on time. Tapi bulan April lepas, 5 hari saya menunggu, x keluar2 juga. hehe. Dalam masa yamng sama, saya merasakan tidak sedap badan, tambahan pula selesema menyusul selama dua tiga hari. (Rujuk entry ini). 

Saya sangat tidak selesa dengan keadaan pada masa itu. Ada satu hari tu Di sekolah, sambil menahan selesema, saya mengira-ngira kitaran haid saya. Ada keraguan di situ. Saya dah mengesyaki sesuatu tapi saya x nak terlalu mengharap. Sahabat saya, Puan Sabiha menjadi rujukan. Beria beliau mahukan saya segera membeli pregnancy test, tapi saya menolak kerana merasakan masih terlalu awal.

Pada sebelah malamnya, saya mengadu pada suami x tahan dengan selesema yang berterusan. Sebenarnya sudah beberapa kali suami ajak ke klinik, tapi saya menolak, tapi kali ini, suami berkeras mahu bawa ke klinik. Di klinik, seperti biasa doktor bertanya itu dan ini. Kemudian doktor bertanya, puan hamil ke? Saya jawab, x tapi saya dah 5 hari lambat period. Doktor segera mencadangkan untuk melakukan ujian UPT. Saya x menolak. Saya ke tandas, memberi bekalan urin kepada nurse untuk diuji. Selang beberapa minit, doktor datang hulur tangan untuk bersalam dengan suami sambil ucap tahniah.

Saat itu, saya dan suami masih terkebil-kebil. Seakan tidak percaya. Bila doktor tunjuk ada dua garis pada UPT test tu, baru percaya. Suami saya tersenyum. Saya pula masih dalam keadaan separa terkejut. Alhamdulillah, syukur sangat2. Setelah sekian lama menanti..

Ini hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Syukur pada Mu ya ALLAH atas kurniaan ini. Doaku, moga baby dalam kandungan ini membesar dengan sihat dan sempurana, insyaALLAH..

P/S : pembaca di luar sana, doakan juga ye
Thursday, May 19, 2011 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Kisah Saya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, masih ada masa dan peluang utk menulis setelah sekian lama.

Gambar anak murid saya semasa praktikal di Klang

Lama saya menyepi dr menulis, bukan kerana apa, tetapi tiada rasa untuk menulis buat beberapa waktu kebelakangan ini. 

Entry terakhir saya berkenaan kisah pelajar saya. Ya, beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa agak stress dengan sikap pelajar saya. Sikap dan tingkah laku banyak yang menguji kesabaran. APatah lagi dengan keadaan saya sekarang yang mudah penat dan cepat letih.

KAdang sedih juga apabila ada pelajar yang tak mahu faham keadaan cikgu. Tapi sabarlah. MAsih baru dalam arena pendidikan ini. Umur setahun jagung pun belum genap. Saya perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi. Apatah lagi saya sekarang membawa zuriat dalam kandungan ini.

Apabila di sekolah, bila dok marah2 kat student, bila balik rumah, terfikir juga. Bimbang akan memberi kesan pada kandungan. Kesian juga pada baby. Tapi kebelakangan ini, saya cuba rasionalkan balik. Saya x mahu terlalu ikutkan perasaan marah ini. Saya x nak emosi menguasai diri.

Biarlah saya terus ikhlas mendidik mereka. Tapi dengan cara yang saya rasa sesuai dengan keadaan tingkah laku mereka. Saya perlu tegas dan ada masanya saya ingin jd ibu yang baik buat mereka.

Saya pernah dengar kata-kata ummi saya dulu, "Kita mengajar anak orang dengan harapan agar orang pun akan mengajar anak kita sebaiknya". InsyaALLAH akan ku ingat kata2 sumber inspirasiku,

Diikutkan hati, entry ni nak kisahkan tentang cerita bagaimana saya dapat tahu tentang kandungan saya. Tapi bila dah masuk bab anak murid ne, tersasar pula dari niat asal.

InsyaALLAH di lain entry, saya akan cuba kongsikan dengan pembaca semua.

Wallahu 'alam.

p/s : Baby dalam kandungan dah pun berusia 11 minggu. Bakal menjejak ke usia 3 bulan beberapa hari lagi. Doakan kami ye..