Sunday, July 31, 2011 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

BAnyak..

Assalamualaikum wbt...

Apa khbr pembaca semua? Semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa hendaknya...

Seperti tajuk entry di atas, BANYAK..ye, banyak yang saya ingin kongsikan di sini. Sehinggakan ada yang saya terlupa. Itulah kelemahan saya. Laman blog ini dibiarkan sepi tanpa entry sepatutnya. 

Banyak perkara yang nak dikongsi, tentang sekolah, tentang kehamilan saya, tentang kehidupan... Ya, kehidupan yang sementara di bumi ALLAH ini. Tapi apakan daya, apabila menulis berdasarkan mood, beginilah jadinya. 

Walau apapun, saya akan cuba yang terbaik untuk setia menulis. Semoga ianya mampu memberi kebaikan buat pembaca walaupun sedikit.

Ramadhan KAreem..
Beberapa detik lagi, kita semua bakal bersua dengan bulan rahmat penuh keampunan, iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Allahu rabbi...Bagaikan tidak percaya masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Pencipta Agung, ALLAH SWT untuk merasai nikmat berada dalam bulan penuh barakah ini.

Setiap insan yang menantikan bulan ini, pasti akan bersungguh untuk menghadapinya. Tetapi bersungguh dari segi apa? Dari segi ingin mempertingkatkan ibadah, atau sebagai lubuk pencarian rezki, atau sebagai alasan untuk mencuri tulang ketika bekerja. Tepuk dada, tanya iman..

Bagiku sendiri, ini Ramadhan kedua sebagai seorang isteri. Masih teringat Ramadhan yang lepas, berpuasa kali pertama bersama suami. Kali pertama segala kelengkapan untuk berpuasa dan bersahur perlu disediakan sendiri. Itulah tugas sebagai wanita yang bergelar isteri di usia yang muda. Terasa sangat kekok pada awalnya, kerana saya ini anak yang manja. Apabila bergelar isteri, banyak perkara yang dipelajari satu demi satu. Dan Alhamdulillah, suami saya yang setia memberi dorongan untuk sentiasa ke masjid berterawikh. Apabila beliau tidak bekerja malam, kami membonceng motor bersama-sama ke masjid. 

Dan tahun ini, situasi baru juga buat diriku. Berpuasa sebagai seorang ibu hamil. Alhamdulillah, janin dalam kandungan ini sudah pun berusia 5 bulan. Salah satu nikmat yang Allah ingin beri padaku. Juga mungkin sebagai tarbiah kepada ku di bulan puasa ini. Bukan senang sebenarnya berpuasa ketika hamil. Saya dengan penuh mujahadah berpuasa ganti yang berbaki lagi 2 hari pada minggu lepas. Amat terasa kepayahannya. Tetapi sekurang-kurangnya saya mampu menghabiskan puasa ganti tersebut. Dan juga sebagai latihan untuk saya berhadapan situasi berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Harapan saya agar Ramadhan kali ini, benar-benar untuk saya meraih peluang yang tersedia luas ne untuk beribadah sebaiknya. Juga mengharapkan mampu berpuasa penuh, insyaALLAH... Semoga bayi dalam rahim ini juga sentiasa dalam keadaan sihat untuk menyokong umminya agar dapat berpuasa penuh. InsyaALLAH.

Buat suami tersayang, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat abang dan keluarga kita. Buat yang terbaik untuk temu duga itu nanti. Ada rezki, pasti beroleh ganjarannya. Percayalah pada takdir ALLAH..

Buat semua, selamat berpuasa. Semoga Ramadhan ini memberi peluang kita untuk menyucikan hati dari segala dosa dan noda. Elakkan pembaziran semasa berbuka...Wallahu 'alam...

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

"Allahumma Ballighna Ramadhan.Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan "
Monday, July 11, 2011 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Madu

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari tiap-tiap macam buah -buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah memudahkan bagimu. dari perut lebah itu keluarlah madu yang bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkannya. (surah al-Nahl ayat 65-69). 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W, "Bahawa kesembuhan itu terdapat pada tiga hal, iaitu minum madu, bekam dan bakaran api (al-Khayy), Sesungguhnya aku melarang umatku melakukan al-Khayy (pembakaran dengan api)." (Sahih Bukhari)

Seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya tidak juga sembuh, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Di atas antara dalil2 yg menunjukkan fadhilat madu... Sebelum ni, suami saya dok amalkan madu tualang. Suami sy sgt konsisten amalkan madu.. TApi entah kenapa saya x leh nak ikut cara beliau..

Semalam saya dan suami ke Keramat, menjejak madu dari Yaman... Sejak beberapa hari lepas, suami sy sepertinya mengidam madu dari Yaman ni. Dan alhamdulillah dapat menjejak dua orang insan yang merupakan pelajar MAlaysia yang belajar di Yaman. Mereka sedang bercuti kerana sebelum ini keadaan di Yaman tidak aman.

Saya mengagumi usaha2 mereka untuk mencari duit lebih untuk persatuan pelajar mereka di sana. 

Saja nak tulis note ini, cuma apa yg saya boleh cakap, madu dari Yaman mmg terbaik di dunia dan rasanya sangatlah sedap n saya boleh telan. Mulai semalam bertekad untuk sentiasa mengamalkan madu ini.

Ayuh, kita amalkan pemakanan sunnah... ('',)