Assalamualaikum wbt
Hari ne rajin pula update blog. Satu untuk bisnes satu lg tentang rumah. Alhamdulillah setelah sekian lama menanti,akhirnya tiba juga saatnya. Akhirnya dapat juga kunci rumah. Maka bermulalah pengkisahan sedikit sebanyak tentang rumah pula. Semoga Allah permudahkan urusan kami nanti.
Friday, June 7, 2013
Alhamdulillah
Labels:
baitijannati,
davina
Wednesday, May 1, 2013
Pengalaman berpantang
Assalamualaikum wbt
Memalam terasa nk update blog. Teringin nak sambung episod last pengalaman bersalin tp kena susun ayat n recall balik..hehe. So, post ne tentang pengalaman semasa berpantang selepas bersalin.
Selepas bersalinkan Umar, saya berada di Puchong selama 2 minggu sebelum pulang ke Kelantan. Ini bagi memudahkan urusan check-up post natal di Hospital An Nur.
Pada asalnya plan mahu pulang ke Kelantan lebih awal tetapi terpaksa ditunda. Nak tahu kenapa? Ini rahsia yang hanya suami yg tahu masa tu. Selepas post natal check-up, Dr Fatimah sahkan jahitan pada luka bersalin ada sedikit terbuka. (Mungkin kerana terlampau banyak bergerak dan sangat aktif).
Bila doktor sahkan begitu, baru rasa gelabah. Tapi lepas check-up tu boleh lagi singgah di Kedai Manjaku di Bangi mencari car seat untuk Umar.hehe
Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah bagaimana luka bersalin yg Dr jangkakan perlu dijahit smula(menakutkan) kembali sembuh dengan sungguh cepat. Maha Besar Kuasa Allah.
Alhamdulillah.
Saya mengamalkan set berpantang Shaklee. Itu rahsianya. Sebagai asbab.
Set berpantang Shaklee
Saya sebelum bersalin lagi sudah mula meng'survey' set berpantang apa yang ingin digunakan. Plan awalnya saya ingin menggunakan set berpantang yang dalam kategori herba, tetapi bila fikir balik saya bukanlah yang boleh commit untuk menelan ubat2 herba yang pahit n busuk itu. hehe. Maka, saya pilih Shaklee. Kebetulan pada masa itu, ada sorg kakak senior Maahad sedang rancak mempromosikan produk ini.
Maka, saya mulakan dengan membeli trial pack Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, hasilnya sungguh memuaskan hati. Luka bersalin saya sembuh dengan cepat. Tidak perlu dijahit semula. Dalam masa yang sama, saya masih ingat waktu berpantang saya tidak terlalu letih. Umar kuat menyusu. Dan alhamdulillah produktiviti susu sangatlah memuaskan. Walaupun saya terpaksa berjaga malam kerana Umar kerap bangun menyusu, tetapi saya tidak terlalu letih pada siang hari.
Dan pada saya, saya tidak membuat pilihan yang silap apabila memilih set berpantang Shaklee. Sangat berpuas hati. Dan kerana itu, saya suggestkan pada bakal ibu di luar sana untuk mencuba set ini.
Jom kita baca apa review yang terkandung dalam set ini.
Vitalea Iron Formula
Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *
B-Complex
Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang
diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang
hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik
sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan
tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*
Vitamin C
Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*
Zinc Complex
Merupakan mineral yang perlu ada dalam
setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu
bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.
Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan
rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll. *
Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah vitamin-vitamin lain seperti :
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan
penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan
kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa
kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan
tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi
melalui susu ibu. ESP juga boleh memekatkan susu si ibu, jadi anak cepat kenyang and then ibu boleh buat stok susu dengan lebih banyak. Apa bezanya soya
Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada
non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses
dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah.
Kualitinya sangat tinggi. Baca juga ESP disini.
OsteMatrix
OsteMatrixTM
membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat
membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga
mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan
manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet
yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Baca juga 10 Kebaikan Kalsium
Dan oh ya... jangan risau tentang keintiman kalau tak makan jamu....
Kerana Vitamin Shaklee juga ada produk yang boleh menghangatkan
keintiman seperti baru2 kawen tau.. huhuhu... testimoni ada, tapi agak
sensitif... apa yang pasti, ia memang terbukti 'menghangatkan'...
hehehe... dan produknya adalah.....
Antara Khasiat Daun ALFALFA :
~ Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
p/s : Dulu saya x amik ESP, sbb kononnya takut x bleh telan. Tapi skrg sy mengambil ESP. Hasilnya mmg superb.
Jadi, kepada ibu2 yang berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan harga special. Trial pack juga available. Free gift menanti anda.
Your Shaklee Independent Distributor,
Aini Syahidah @Ateh
Sms/whastapp :0134666850
syahidshuhada@gmail.com
We chat ID : UMMU UMAR
Labels:
Kehamilanku,
KiranyaAkuMenulis,
SHAKLEE
Wednesday, April 10, 2013
Air tangan suami
Salam.. Saja2 nak post malam2 buta ne.. Td abang balik lmbt.. Tp dia lum makan lagi..Oleh kerana x nak isterinya masak sbb dh tgh malam,makanya dia kata nak masak sndri.. Isteri x sampai hati p tolong potong2 sayur.. Sambil2 cuci peti ais.. Maka,inilah hasilnya.. Maggi hailam katanya.. Isteri join skaki makan sepinggan...Hahaha..romantik gitu..
Sunday, March 31, 2013
bUAT SUAMIKU..
Assalamualaikum wbt
Kembali bersua di laman maya ini. Ada sesuatu yang membawa ku kembali mencoret di sini. Suatu kerinduan untuk menulis. Detikan hati dari sang Pencipta untukku mula menekan papan keyboard laptop si suami.
Keberadaanku di kampung suami, di Kedah, menyelusuri perjalanan hidup si suami. Masih banyak yang perlu ku pelajari, ku dalami, ku kenali tentang seorang insan bernama suamiku. Menitis air mata ini mencoret kata-kata di sini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Betapa banyak dosaku kepada seorang insan bernama suami. Namun, dia masih setia menuturkan kata-kata nasihat buat isterinya ini. Isteri yang penuh rasa cemburu, baran tak tentu hala, emosi kadang menggila. Sabarnya dirimu duhai suami.
Terima kasih kerana masih lagi sudi bertahan dengan diri ini. Dirimu terlalu mulia buatku duhai suamiku. Rasa cemburuku kerana takutnya aku pada kehilangan kasihmu pada yang lain, barannya aku kerana marahnya aku mengharapkan peduli darimu, emosinya aku bila kadang jiwa terusik mengharapkan perhatian darimu.
Namun, hakikatnya aku ini tidak bersyukur. Allah telah kurniakan suami yang terlalu sempurna buatku di depan mata. Namun, syukurku entah ke mana. Allahu rabbi...
Ya ALLAH,
Engkau saja yang MAHA MENGETAHUI..
Rasa kasih ini pada suamiku,
Rasa sayang ini pada suamiku,
Rasa cinta ini pada suamiku,
Kerna itu, ku harapkan hidayahMU untuk diri ini berubah
Berubahku biarlah keranaMU YA ALLAH,
Berubah menjadi hambaMU yang tahu erti syukur,
Untuk menghargai hadirnya lelaki itu bernama SUAMI...
Buat suamiku,
Maafkan segala dosaku selama ini
Buat suamiku,
Teruskan nasihati aku agar tidak terus begini
Buat suamiku,
Terima kasih terimaku seadanya aku dari dulu hingga saat kini
Buat suamiku,
Sayangi aku seperti mana dulu hingga kita berdua berpisah mati
Buat suamiku,
Doaku sentiasa buatmu
Abang, UHIBBUKA LILLAHI TA'ALA..
Kembali bersua di laman maya ini. Ada sesuatu yang membawa ku kembali mencoret di sini. Suatu kerinduan untuk menulis. Detikan hati dari sang Pencipta untukku mula menekan papan keyboard laptop si suami.
Keberadaanku di kampung suami, di Kedah, menyelusuri perjalanan hidup si suami. Masih banyak yang perlu ku pelajari, ku dalami, ku kenali tentang seorang insan bernama suamiku. Menitis air mata ini mencoret kata-kata di sini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Betapa banyak dosaku kepada seorang insan bernama suami. Namun, dia masih setia menuturkan kata-kata nasihat buat isterinya ini. Isteri yang penuh rasa cemburu, baran tak tentu hala, emosi kadang menggila. Sabarnya dirimu duhai suami.
Terima kasih kerana masih lagi sudi bertahan dengan diri ini. Dirimu terlalu mulia buatku duhai suamiku. Rasa cemburuku kerana takutnya aku pada kehilangan kasihmu pada yang lain, barannya aku kerana marahnya aku mengharapkan peduli darimu, emosinya aku bila kadang jiwa terusik mengharapkan perhatian darimu.
Namun, hakikatnya aku ini tidak bersyukur. Allah telah kurniakan suami yang terlalu sempurna buatku di depan mata. Namun, syukurku entah ke mana. Allahu rabbi...
Ya ALLAH,
Engkau saja yang MAHA MENGETAHUI..
Rasa kasih ini pada suamiku,
Rasa sayang ini pada suamiku,
Rasa cinta ini pada suamiku,
Kerna itu, ku harapkan hidayahMU untuk diri ini berubah
Berubahku biarlah keranaMU YA ALLAH,
Berubah menjadi hambaMU yang tahu erti syukur,
Untuk menghargai hadirnya lelaki itu bernama SUAMI...
Buat suamiku,
Maafkan segala dosaku selama ini
Buat suamiku,
Teruskan nasihati aku agar tidak terus begini
Buat suamiku,
Terima kasih terimaku seadanya aku dari dulu hingga saat kini
Buat suamiku,
Sayangi aku seperti mana dulu hingga kita berdua berpisah mati
Buat suamiku,
Doaku sentiasa buatmu
Abang, UHIBBUKA LILLAHI TA'ALA..
Labels:
BaitulMuslim,
Doa,
Tentang kami
Subscribe to:
Posts (Atom)