Wednesday, September 25, 2013 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Kisah Saya dan Dia



Saya dan SHAKLEE

Assalamualaikum wbt

Saya ingin kongsikan bagaimana saya mula mengenali Shaklee. Sejarah saya dan Shaklee sudah lama. Sejak saya di sekolah rendah. Ya, kerana saya diperkenalkan Shaklee oleh Ummi saya. Ummi saya seorang guru. Beliau seorang yang mengambil berat tentang pemakanan anak-anak dia. Seingat saya, Ummi saya memang suka untuk memberi tambahan kepada kami adik-beradik. Selain suplemen, Ummi saya selalu belikan dan buatkan kami susu, teh hijau dan kismis. Dan untuk suplemen, Ummi saya bekalkan kami adik-beradik dengan minyak ikan dan lecithin Shaklee. Selain Shaklee, spirulina juga pernah ummi berikan.

Namun, lama saya tinggalkan Shaklee. Ketika sedang hamil, saya mula mencari-cari set berpantang untuk saya gunakan selepas saya melahirkan anak nanti. Pelbagai jenis produk dan set saya survey tentang kebaikan dan harga setiap satunya. Saya hamper-hampir membut keputusan untuk membeli set berpantang berasaskan herba atau jamu daripada satu jenama yang terkenal atas cadangan seorang saudara terdekat saya. Tetapi setelah saya membuat pembacaan dan study, saya nekad untuk tidak mengambil produk berasaskan jamu dan herba memandangkan saya lebih bimbangkan keadaan anak saya jika terkena jaundis nanti. Alhamdulillah Ummi saya menyokong pilihan saya. Saya membuat keputusan untuk membeli set berpantang Shaklee apabila saya membaca promosi di FB oleh seorang senior saya di MMP dulu iaitu Kak Zahirah. Saya mesej dan mula memesan pek percubaan set berpantang Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C SR, Zinc Complex, Ostemetrix dan Alfafa. Saya dibekalkan dengan konsultasi cara pemakanan dan juga tips-tips penyusuan untuk bayi.

Alhamdulillah, sepanjang saya berpantang dan mengamalkan suplemen Shaklee, saya merasakan beberapa perubahan. Antaranya, luka jahitan bersalin saya yang sedikit terbuka pada awalnya dulu mula menunjukkan penyembuhan yang cepat. Badan saya juga bertenaga dan tidak letih walaupun pada waktu malam saya terpaksa berjaga untuk menyusukan anak. Selain itu, saya merasakan penghasilan susu badan juga meningkat. Alhamdulillah

Pada Mac 2013, saya mengambil keputusan untuk menjadi ahli Shaklee. Pada awalnya sekadar untuk membeli untuk kegunaan sendiri, tetapi beberapa bulan kebelakangan ini saya mula untuk serius dalam bisnes ini.

Saya akui masih belum focus sepenuhnya pada bisnes ini seperti rakan-rakan dan mentor saya tetapi saya cuba untuk bermula dari bawah langkah demi langkah. Dan saya berbisnes tanpa sebarang tekanan. Bukan itu saja, saya mendapat tunjuk ajar sepenuhnya daripada mentor saya iaitu Kak Zahirah. 

Bagi saya, untuk saya mempromosikan sesuatu produk itu, perlulah bermula daripada diri sendiri terlebih dahulu. Dan itu yang saya lakukan. Saya berani untuk ‘get involve’ dalam bisnes Shaklee ini memandangkan saya sendiri sudah merasai keberkesanan produk ini sebagai suplemen atau makanan tambahan terbaik untuk mencapai kesihatan yang diinginankan. 

Dan sekarang, saya sangat jatuh hati pada hot selling product Shaklee iaitu ESP. Dan saya cuba untuk mengamalkannya setiap hari.

Sekian saja perkongsian pengalaman saya bersama Shaklee. Anda pula bagaimana? Anda perlu membuat keputusan. Anda pilih samada untuk sekadar melihat tanpa mencuba dulu atau anda juga ingin mengamalkannya. Jika, belum, boleh hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma serta harga yang istimewa. Jana pendapatan anda dengan Shaklee dan anda mampu meraih bonus sehingga 2 ke 6 angka sebulan. Saya sudah merasai bonus hasil daripada bisnes ini sebagai side income saya. Anda bagaimana pula?

Regards,
Aini Syahidah @ Ateh
SID: 918553
SMS/WHATS APP 0134666850

2 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. bestnya shaklee. ramai orang kata bagus produk tu :)

Puan Wawa said...

Wawa pn guna shaklee ni.. buat bisness jugak.. best tau..")