Thursday, January 31, 2008 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Perginya seorang lagi ulama'..

Assalamualaikum...

Semalam, semasa saya masuk awal ke dewan kuliah, sempat juga untuk 'on-line' menggunakan komputer di dewan kuliah. Betapa terkejutnya apabila membaca berita terbaru yang terpapar di Akhbar Utusan Malaysia Online tentang kematian Dato' Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor. Umat Islam di Malaysia telah kehilangan seorang lagi tokoh agama yang amat berjasa, yang sangat berani untuk mempertahankan kesucian agama ISLAM sehinggakan jawatannya yang menjadi galang-gantinya. Masih segar di ingatan tentang fatwa yang dikeluarkan oleh allahyarham ketika menjawat jawatan sbg Mufti tentang pengharaman ratu cantik. Dan kerana itu jugalah allahyarham dipecat dari jawatan yang disandang atas alasan faktor usia. Ekoran dari tu jugalah ramai ahli agama dan mufti yang tidak berani menyuarakan kebenaran. Mereka lebih selesa berada dalam kemungkaran asalkan dapat meneruskan kenikmatan dunia. Mungkin inilah salah satu dari tanda kiamat.

Pada hemat saya, bagi umat Islam yang sedar sudah pasti tidak akan lupa dengan sejarah pemecatan Allahyarham. Akhbar-akhbar hari ini memaparkan belangkasuka tentang allahyarham dan apa yang saya boleh rumuskan keseluruhannya menceritakan tentang allahyarham yang berilmu, berani dan tawaddhuk.

Namun, apa yang sangat menyedihkan, apabila saya membaca sebuah akhbar tabloid. Begitu mengecewakan apabila berita tentang kematian Dato' Ishak Baharom hanyalah dipaparkan tidak sampai 1/4 dari satu muka surat sedangkan berita tentang kematian loloq dipaparkan sebanyak 3 muka surat dengan 2 muka surat penuh. Itu lah realitinya. Berada di sebuah negara yang dikatakan sebagai 'Negara Islam'.

Tetapi, saya tahu, nilaian ALLAH bukanlah dari perspektif itu. Semoga ALLAH mencucuri roh allahyarham dan ditempatkan bersama roh-roh mukminin yang menjadi penyambung kepada mata rantai perjuangan Rasulullah SAW. Al-Fatihah....