Showing posts with label HIBURAN MENDIDIK JIWA. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN MENDIDIK JIWA. Show all posts

Saturday, September 17, 2011

Apabila Isteri Menangis


Jika isteri menangis dihadapanmu
Hargai lah ia sebelum terlewat
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,

Itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
 Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu
Jika kau membiarkannya pergi, 
Dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, 
Kecuali d idepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami-suami, jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
 Tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu di saat kau terpuruk terlalu dalam...

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu
tolong jangan sia-siakan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. 
Lihatlah jauh kedalam matanya. 
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Monday, November 15, 2010

Pelik Ya, Memang Pelik

Pelik ya,
duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke kotak derma masjid,
tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya,
30 minit terasa terlalu lama utk berzikir
tp betapa pendeknya waktu utk satu cerita komedi.

Pelik ya,
betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
tp betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya,
tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat,
dah rasa jemu
tp tak pernah puas dengar
lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga
kaset berkali-kali.

Pelik ya,
dengar iklan jualan murah dlm tv,
rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah,
tp dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel
lain.

Pelik ya,
pasar mlm jauh sanggup naik kereta pergi,
tp masjid dekat rmh rasa berat kaki pulak.

Pelik ya,
susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat,
tp betapa mudahnya cari bhn bersembang dgn kawan-kawan.

Pelik ya,
betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jd kegemaran kita,
tp betapa bosannya bila imam solat Terawih bln Ramadan bacaannya lama dan panjang.




Pelik ya,
rasa susah sungguh utk habiskan al-Quran walau satu halaman,
tp majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya,
ramai org berebut paling depan utk menonton bola atau konsert,
tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya,
susahnya org mengajak menyebarkan dakwah,
tapi mudahnya org menyertai dan menyebar gossip.

Pelik ya,
kita begitu percaya pada yg dikatakan di email yg layang di internet,
tapi sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya,
kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai di email,
tapi bila mengirim yg berkaitan dgn ibadah berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita..?
Tepuk dada tanyalah hati dan iman.
Renungkanlah..

Monday, November 8, 2010

TERDIDIK KERANA SEBIJI TEMBIKAI


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. 

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. 

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

SEKIAN,
wallahualam.
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.

Sumbangan : ajay

Thursday, October 7, 2010

Saat Lafaz Sakinah

Assalamualaikum wbt

Hari ini langsung tiada kerajinan menulis. Makanya saya mahu berkongsi tentang sebuah lagu nasyid bertajuk Saat Lafaz Sakinah, dendangan kumpulan Far East.

Nasyid ini walau saya dengarinya berulang kali, pasti air mata mengalir laju. Sangat mendalam liriknya. Tentang seorang wali yang menyerahkan amanah dan tanggungjawab kepada sang suami anak nya. Mengingatkan saya pada saat itu, saat akad nikah saya pada 4hb Jun 2010.

Saat lafaz akad nikah

Suamiku mengucup tangan buya..

Sama-samalah kita hayati video dan lirik nya


Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu.

Tuesday, September 28, 2010

Cara-cara meraih cinta ALLAH

assalamualaikum wbt

Sekadar perkongsian bersama..buat semua pembaca..moga bermanfaat. 



Monday, September 6, 2010

Calon Buat Along

Calon Buat Along

Calon suami???!
Pfuh, kuhembuskan nafasku kuat-kuat.
Bosan ! Lagi-lagi pasal calon suami yang dibincangkan. Bayangkan, sudah dua bulan kebelakangan ini tidak ada topik yang lebih menarik di rumah ini, melainkan soal suami.

Semuanya sama. Papa yang selalu menyindir, sudah teringin menimang cucu. Mama yang berulang kali menasihatiku agar tidak terlalu memilih pasangan. Malah Luqman, adikku yang diharapkan dapat menenangkan suasana, turut sama menggoda. Lagi menggeramkan aku apabila si kembar Nani-Nana yang masih mentah turut sama membebel.

“Along kan dah jadi engineer, sudah sampai masanya untuk Along memikirkan masalah membina keluarga. Lagipun, Nani dan Nana sudah teringin sangat dipanggil makcik. Atikah, jiran kita tu, baru darjah lima tau tapi dah ada dua orang anak buah.”

“Iyalah Kak, zaman sekarang, perempuan mesti agresif. Ni tidak, Along asyik kerja, belajar dan buat amal kebajikan aje!” Nana menyambung kata-kata kembarnya.
                              
Aku hanya mampu terduduk dan terdiam. Dari mana si kembar ni pandai sangat menyusun kata!.
“Sudahlah, pergi belajar!” herdikku agak keras.
“Hah tu, kaaaan?!? Seru mereka berdua serentak.
Huhh, dasar kembar!

******