Showing posts with label kisah cikgu. Show all posts
Showing posts with label kisah cikgu. Show all posts

Friday, August 23, 2019

DUNIA BLOG YANG DIRINDUI

Assalamualaikum wbt..dan selamat tengah hari..

Lamanya tak menulis di sini. Last post hampir 5 tahun yang lepas. Itupun masa aktif lagi meniaga Shaklee. Sekarang sudah tidak. Kesibukan melanda sampai bersarang blognya. Walau bagaimanapun mana mungkin meninggalkan terus blog ini. Blog yang paling disayangi. Yang wujudnya sejak berada di UPSI.. 

Cg Aini kembali menulis….


Friday, June 24, 2011

Mendidik

Assalamualaikum wbt

HAri ini ada Hari Terbuka di sekolah..hari di mana ibu bapa datang untuk mengambil keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak masing2..

HAri ni juga saya mendengar pelbagai keluh kesah ibu bapa yang prihatin.. Sedih juga.. Besar harapan pada anak, tapi anak tiada yang memahami..

Hari ini saya buat refleksi untuk diri sendiri.. Bagaimana dengan keadaan saya pula suatu hari nanti? Bagaimanakah perasaan saya nanti apabila sudah bergelar ibu nanti?

Bagaimana saya nak mencorak anak dalam kandungan ini? Saya takut dengan realiti skrg.. Saya juga sering terleka, kadang lalai terikut dengan arus dunia.. 

Apabila saya di sekolah, saya banyak memberi tumpuan pada anak orang.. Balik rumah, keletihan yang amat.. Hingga terlupa anak sendiri dalam kandungan ini.. Terasa seperti saya banyak mengabaikan hak si kecil dalam rahim ini... Sedih sangat...

Ya ALLAH, berikanlah kekuatan kepada ku.. Berikanlah kesedaran kpdku.. Juga kesabaranku... Semoga anak ini faham, ibunya sedang mendidik anak manusia di luar sana.. Dengan pelbagai tingkah dan kata

Wallahu 'alam

Thursday, May 19, 2011

Kisah Saya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, masih ada masa dan peluang utk menulis setelah sekian lama.

Gambar anak murid saya semasa praktikal di Klang

Lama saya menyepi dr menulis, bukan kerana apa, tetapi tiada rasa untuk menulis buat beberapa waktu kebelakangan ini. 

Entry terakhir saya berkenaan kisah pelajar saya. Ya, beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa agak stress dengan sikap pelajar saya. Sikap dan tingkah laku banyak yang menguji kesabaran. APatah lagi dengan keadaan saya sekarang yang mudah penat dan cepat letih.

KAdang sedih juga apabila ada pelajar yang tak mahu faham keadaan cikgu. Tapi sabarlah. MAsih baru dalam arena pendidikan ini. Umur setahun jagung pun belum genap. Saya perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi. Apatah lagi saya sekarang membawa zuriat dalam kandungan ini.

Apabila di sekolah, bila dok marah2 kat student, bila balik rumah, terfikir juga. Bimbang akan memberi kesan pada kandungan. Kesian juga pada baby. Tapi kebelakangan ini, saya cuba rasionalkan balik. Saya x mahu terlalu ikutkan perasaan marah ini. Saya x nak emosi menguasai diri.

Biarlah saya terus ikhlas mendidik mereka. Tapi dengan cara yang saya rasa sesuai dengan keadaan tingkah laku mereka. Saya perlu tegas dan ada masanya saya ingin jd ibu yang baik buat mereka.

Saya pernah dengar kata-kata ummi saya dulu, "Kita mengajar anak orang dengan harapan agar orang pun akan mengajar anak kita sebaiknya". InsyaALLAH akan ku ingat kata2 sumber inspirasiku,

Diikutkan hati, entry ni nak kisahkan tentang cerita bagaimana saya dapat tahu tentang kandungan saya. Tapi bila dah masuk bab anak murid ne, tersasar pula dari niat asal.

InsyaALLAH di lain entry, saya akan cuba kongsikan dengan pembaca semua.

Wallahu 'alam.

p/s : Baby dalam kandungan dah pun berusia 11 minggu. Bakal menjejak ke usia 3 bulan beberapa hari lagi. Doakan kami ye..


Tuesday, April 19, 2011

Mereka anak-anak saya

Assalamualaikum wbt

Lamanya x menulis..sangat tak larat. Balik sekolah, kepenatan. X sah kalau x tdo petang. Bila balik sekolah lewat petang, maknanya lepas Maghrib, dah terbaring atas katil. Solat Isya' maknanya keesokan awal paginya la.

Sejak akhir-akhir ini, saya bukan lah Cikgu Aini yang dulu. Saya sangatlah sensitif. Mungkin kerana bawaan kepenatan. Kadang-kadang kecewa dengan sikap pelajar. Bila saya terlalu baik, ambil kesempatan. Makanya terjadilah peristiwa saya mengamuk sesungguh hati dalam kelas Jumaat lepas. 

5 kali saya tegur karenah pelajar yang main lempar2 kertas dalam makmal. Akibatnya, akibat sudah x tahan dengan sikap pelajar yang x dgr kata, maka mengamuk sakanlah. Hanya mereka yang tahu apa yang saya buat. Dan saya juga x expect saya akan buat cam tu. Mungkin kerana kesabaran saya menipis kala itu. 

Air mata menitik sedikit. Kecil hati dengan mereka. Pelajar tingkatan 5 lagaknya seperti tingkatan 1 bahkan budak darjah 1. Saya langsung x memandang rendah keadaan atau keupayaan mereka, tapi sikap mereka yang sangat rendah akhlaknya. Salah siapa?

Walau apapun, mereka anak-anak saya di sekolah. Sayang itu sentiasa ada. Cuma sekarang, di sudut hati, rasa kecil hati itu masih ada. Wahai pelajar, carilah keberkatan dengan reda gurumu...

Pelajar  5 Kenanga.. (amek gambar secara senyap dari FB mereka)
Semoga mereka sedar, hidup tidak hanya indah di dunia, tiada gunanya jika di akhirat merana

I love my students! 

Saturday, March 5, 2011

ENTRY KE-330

Assalamualaikum wbt..

Sudah dua minggu lebih tidak menulis. Kekok pula rasanya nak membina ayat. Entry ini pula hampir seminggu disimpan di 'draft', hari ini cuma untuk melengkapkan. Alhamdulillah, ada kekuatan untuk menulis entry ke-330 blog ini. 

Image from : Google

Entry ke-330, bukan jumlah yang banyak. Diakui entry dalam blog ini tidak semua hasil penulisanku, ada artikel copy n paste yang ku rasa bermanfaat untuk ku kongsi bersama. Semoga entry ke-330 ini menjadi permulaan baru untuk ku terus gigih menulis.


Sejak bergelar pendidik, banyak idea serta perkongsian yang ingin ditulis. Tetapi kerana kepenatan, mood menulis hilang begitu saja. Mendidik, bukanlah senang. Kadang mengundang kepenatan, kadang begitu menguja. Sebagai pendidik, pelbagai perkara diuji.


Kisah Rajukku
Kali ini, ingin kukongsi kisah rajukanku. Kisah seorang guru muda, yang masih baru di alam mendidik. Itulah aku. Buat kali pertama, aku kalah pada desakan emosi. Kisahnya ialah aku merajuk dengan pelajar kelasku. Kelas yang aku sebagai guru kelas mereka. Sebelum kes itu berlaku, aku sudah banyak menerima komen dan omelan guru-guru lain tentang kebisingan kelas itu. Ramai guru yang mengajar kelas tersebut mengadu yang kelas itu sangat bising dan banyak cakap.

Aduan guru aku terima pada awalnya dengan hati yang lapang. Setiap kali masuk ke kelas, tidak lupa untuk ku berpesan agar jangan bising, jaga tingkah laku. Bagiku, aku masih boleh menerima keadaan mereka. Tetapi tidak pada hari Selasa yang lepas. Mungkin kerana aku keletihan waktu itu. Aku masuk seperti biasa, memberi nota dan mengajar. Mereka ini masih ada yang bising. Pada awalnya, aku sudah melarang supaya jangan bising. Namun, sepertinya mereka langsung tidak mengambil peduli arahanku. Okey, masih lagi dimaafkan. Tetapi, apabila aku sedang mengajar, ada yang bercakap dan membuat bising, kesabaran aku akhirnya berakhir. Ada kata-kata yang kuluahkan, mengejutkan mereka. Kelas senyap semuanya. Lalu, aku terus ke meja guru, mengambil segala barangan ku, terus keluar dari kelas tanpa menghiraukan mereka.

Ada beberapa orang yang mengikutku dari belakang sehingga ke makmal, datang memohon maaf. Bagiku pada masa itu, hati aku menolak untuk memaafkan. Rasa sangat berkecil hati. Aku menyuruh mereka kembali ke kelas memandangkan aku ada kelas lain pada masa itu. Alasan yang baik.

Setelah habis kelas lain di makmal, setibanya di bilik guru, ada beberapa sosok pelajarku setia menunggu. Menanti ingin memohon maaf. Kami berbual di hadapan bilik guru. Ada yang menangis, aku juga hampir menitiskan air mata. Kisahnya berakhir begitu pada hari tersebut....

Apabila difikirkan kembali, ada silap aku di situ. Salah tindakan aku meluru keluar begitu. Aku terlalu mengikut hati dan emosi. Pengajaran bagiku. Aku merujuk kepada seorang guru kanan di sekolah ku. Beliau menyatakan tindakan aku itu salah. Tapi beliau akui, bagi guru baru sepertiku, itu perkara biasa. Katanya, banyak perkara lagi yang perlu aku belajar.

Bagiku, aku akui kesilapan itu. Namun, pada masa yang sama, tindakan aku itu seperti dapat memberi pengajaran kepada mereka tentang sesuatu. Semoga mereka mampu berubah...InsyaALLAH

Wednesday, February 9, 2011

Science Teacher

Assalamualaikum...

Hari ini sudah 9hb Februari. Sedar tak sedar sudah masuk bulan kedua saya bergelar pendidik. Mungkin kerana itu blog ini kadang bagaikan tiada serinya, kosong dari sebarang catitan.

Alhamdulillah, saya sangat bahagia bergelar seorang guru. Boleh dikatakan saya masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan belajar. Ia, belajar untuk mendidik.

Sepanjang sebulan lebih ini, pelbagai karenah pelajar yang saya sudah temui. Sungguh, banyak pengalaman diraih walaupun tempoh pengenalan masih awal. 

Mengajar Sains, jadual saya yang asalnya hanya lah 20 waktu. Tetapi sekarang, saya perlu mengambil alih tugas guru yang cuti bersalin, menjadikan saya sekarang mengajar 25 waktu. Mungkin masih lagi sedikit berbanding kawan-kawan yang lain.



Alhamdulillah, saya bersyukur kerana subjek yang diajar masih lagi dalam bidang saya, walaupun bukanlah opsyen atau major saya iaitu Kimia. Saya menerima hakikat itu. Bahkan saya sangat 'enjoy' mengajar subjek ini. Ia, subjek Sains, subjek yang mendalami kajian tentang segala ciptaan Tuhan.

Dan sekarang, saya mengajar Sains untuk Ting. 1, 3 4 dan 5 dengan 25 waktu per minggu.

kredit gambar : Google

Ya ALLAH, permudahkan urusan hambaMU ini...

p/s : Alhamdulillah

Wednesday, January 12, 2011

Berpada-padalah

Assalamualaikum wbt

KAdang2 bila mood dan kerajinan menulis datang, timbul pula masalah kekeringan idea. Bukan tiada isu atau perkara ingin dikongsi, tetapi kadang bukan senang untuk menerjemahkan ke dalam bentuk perkataan.

Di sekolah, banyak perkara berlaku. Setiap hari, bukan babak yang sama berputar. Hari ini, saya 'mengamuk'. Atau dalam erti kata lain saya meninggikan suara serta berleter dalam kelas. Diakui, saya bukanlah guru yang garang. Saya lebih selesa aktiviti P&P berjalan dalam keadaan santai dan tidak tertekan. Tetapi, apabila sampai satu tahap, bilamana ada pelajar yang bising, sehinggakan mengganggu pelajar lain, seterusnya menggangu mood mengajar saya, maka bom jangka saya bisa meletup.


Makanya tadi, berlakulah ketegasan dan kemarahan. Walau apapun, marah perlulah berpada-pada. Niat marah, bukan kerana benci, tetapi sekadar ingin menegur, agar mereka dapat berubah. Sebagai guru, pandai-pandailah memilih masa dan waktu yang sesuai untuk bertindak tegas. Setelah kita membebel, atau marah2, tak perlu sampai habis waktu berterusan. CUkuplah seketika sahaja. Kerana kita perlu ingat, ada sebahagian lagi insan yang menanti untuk belajar. Bagi pelajar yang dimarahi tadi, kita cubalah untuk slow talk smula dengan mereka. Tak perlu menunjukkan kebencian kepada mereka. CUkuplah merasionalkan mereka kembali kenapa kita memarahi mereka.

Saya bukanlah insan yang sesuai untuk berkata tentang ini. Saya masih baru dalam arena pendidikan ini. Apa yang saya tulis, mungkin hanya sesuai pada masa-masa tertentu sahaja. Perlu juga dilihat keadaan serta sikap pelajar itu sendiri. Kesedaran mereka sendiri samada mahu berubah atau tidak. Juga samada mereka ini sedar bahawa mereka melakukan kesilapan.

Setiap hari, saya belajar perkara dan pengalaman yang baru. Setiap hari, saya meneliti sikap dan sifat pelajar saya yang pelbagai. Kerana saya perlu mengenali mereka sedalamnya. Kerana mereka adalah permata hati saya di sekolah...

p/s : Kawan-kawan di luar sana, bagaimana?

Tuesday, January 11, 2011

MENGIKUT RENTAK

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, diberi ilham untuk menulis di ruang maya ini. Tiada apa yang menarik ingin dikongsi, sekadar berkisar tentang tajuk entry di atas.


MENGIKUT RENTAK
Rentak apa? Tiada kaitan ye dengan AJL yang heboh diperkatakan. Apa yang saya maksudkan ialah saya semakin hampir berjaya mengikut rentak dalam rutin harian sehari-hari apabila sudah bekerjaya ini. Sudah masuk minggu kedua hari persekolahan. Alhamdulillah, saya mampu untuk turun seawal jam 6.45 pagi, untuk ke sekolah.

Walaupun hakikatnya jarak tidaklah jauh, tetapi saya perlu bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Dengan waktu bertolak tersebut, saya mampu tiba jam 7.10 pagi. Kadang-kadang terbabas juga hampir 7.20 pagi. Niat di hati, ingin juga untuk bertolak lebih awal, tetapi saya tidak mahu terlepas untuk menyediakan sarapan buat suami tercinta.

Setiap pagi, saya akan pastikan sekurang-kurangnya saya akan menyediakan minuman untuk suami. Tapi kebiasaannya, saya sempat untuk menggoreng nugget, karipap segera jika ada bekalan. Kadang2, jika tidak berkesempatan, suami saya memahami, sudah tersedia biskut atau roti.

Di sekolah pula, saya sudah mampu mengadaptasi dengan persekitaran sekolah. rakan sekerja serta para pelajar. Keutamaan saya adalah kepada pelajar. Alhamdulillah, pelajar saya sangat 'behave' kecuali dua tiga orang yang nakal dan ada masalah disiplin.

Waktu pulang saya tidak tetap. Paling awal jam 1.30 petang saya sudah menuju ke kereta. Apabila difikirkan, saya masih belum ada komitmen, tidak perlu saya pulang terlalu awal. Komitmen yang saya maksudkan di sini, saya tak perlu menyediakan makan tengah hari memandangkan suami saya pulang petang. Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil anak di sekolah atau di tempat asuhan kerana saya masih belum dikurniakan rezki anak. (Tolong doakan saya agar dimurahkan rezki) 

Dan kerana itu, kadang2 saya stay di sekolah, menyiapakn kerja2 tertunggak seperti RPH, kelas dll.

Hari demi hari, tangan ku tadah, menagih doa serta untaian syukur, atas nikmat kurniaanNYA ini. Semoga hari makin hari, sentiasa menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Juga agar rentak yang diikuti, sentiasa dalam keredhaanNYA. InsyaALLAH



P/S : kisah anda bagaimana?

Wednesday, January 5, 2011

Bermulanya Alam Kerjaya

Assalamualaikum wbt

Sudah lama blog ini ditinggalkan sepi. Sepi dari penulisan mahupun artikel. Segalanya mungkin diri ini masih menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Kehidupan baru di sini ialah kehidupan di alam kerjaya. 3 Januari 2011, bermulalah kisahku sebagai seorang guru. Alhamdulillah atas nikmat dan kesempatan ini. Bukan semua yang mahu serta berminat dalam kerjaya ini. 

Sudah 3 hari berlalu, setiap hari aku memandu sendiri ke sekolah. Perlu turun seawal 6.45 minit. Walaupun jarak ke sekolah tidak jauh, namun kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas, bertolak awal pagi menjadi pilihan. Apatah lagi, untuk menyenangkan ku untuk 'parking' kereta di ruang yang lebih sesuai.

Diberi taklifan mengajar Sains tingkatan 4 dan 5, alhamdulillah diri menerima dengan reda. Aku juga bersyukur, kerana pelajar-pelajar di sini bertingkah laku sangat baik. Apa yang diharapkan, agar ianya berkekalan. Agar aku selesa untuk menumpahkan ilmu untuk mereka.

Menjadi guru bukanlah senang. Semua orang mungkin boleh mengajar, tetapi tidak semua yang mampu mendidik. Mendidik sepenuh hati, seikhlas hati.


Setiap hari, dalam doaku, moga aku mampu menjadi guru terbaik untuk anak didikku. Semoga gaji yang kuperoleh, adalah halal, hasil usaha gigihku. AKu langsung tidak mahu gaji yang kuperoleh tidak setanding dengan usahaku.

Buat kawan-kawan seperjuangan, selamat bertugas sebagai seorang guru. Jadilah guru juga pendidik. Ingat, jika kita mengajar seikhlas hati, semoga kerahmatan dan keredhaaN ALLAH mampu kita raih untuk kita bergelar jutawan di akhirat kelak. 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


~Celik Insan Kerana Guru Unggul (CIKGU)~

Friday, December 17, 2010

Orientasi

Assalamualaikum wbt

ALhamdulillah, menghirup udara segar di hari Jumaat, penghulu segala hari. Sudah seminggu bermulanya orientasi sebenar, alhamdulillah banyak yang kuperoleh.

Orientasi
Sebenarnya, orientasi kepada guru baru masih baru diperkenalkan. Kerana itu, ramai guru senior agak pelik bilamana saya menyatakan perlu menjalani orientasi. Pada asalnya, KPM menetapkan tarikh orientasi kami selama 3 bulan seharusnya bermula Januari 2011. Tetapi, sekolah saya ini mahu melaksanakan agak awal iaitu pada musim cuti sekolah ini, huhu.

Sudah menjadi insan terpilih untuk bekerja pada musim cuti. Alhamdulillah, banyak perkara dan ilmu baru yang diperoleh. Kami mendapat jadual orientasi untuk mendengar segala jenis taklimat selama dua minggu bermula 13hb Disember yang lepas. Berikut adalah taklimat yang perlu saya ikuti bersama lima orang lagi guru baru yang lain.


PROGRAM ORIENTASI DAN MENTORING GURU PERMULAAN 2010

BIL
KANDUNGAN ORIENTASI
PELAKSANA
TARIKH/ MASA
TEMPAT
1
P & P Berkesan
Etika Kerja
Tonggak 12
SKPM
Penolong Kanan Kokurikulum

20 - 22/11/2010
9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Bilik Tayangan
2
Pengurusan & Pengendalian Aktiviti Kokurikulum
Penolong Kanan Akademik
13/12/2010
9.30 pagi – 11.30 pagi
Bilik Mesyuarat
3
ICT dalam Bilik Darjah
Guru Cemerlang DG48
15/12/2010
Bilik Mesyuarat
4
Pengurusan Hal Ehwal Murid
-         Dokumen murid
-         Pendaftaran & pertukaran murid
-         Pengurusan disiplin
-         Pengurusan kebajikan murid
-         3K
-         Pengurusan aktiviti PIBG & komuniti
-         SPBT
Penolong Kanan HEM

16/12/2010
10.00 pagi
Bilik Mesyuarat
5
Persediaan Mengajar
Rancangan Pelajaran Harian
Rancangan Pelajaran Tahunan
Pengurusan Buku Rekod Mengajar
GKMP Vokasional & Teknik


17/12/2010
10.00 pagi
Bilik Mesyuarat
6
Kepimpinan dalam Organisasi
Visi dan Misi Sekolah
Polisi dan Peraturan Sekolah
Pengetua

21/12/2010
Bilik Mesyuarat
7
Kemudahan Perkhidmatan
(urusan pelantika, gaji dsb)
Pengurusan & Prosedur Kewangan Sekolah
Pengurusan Organisasi Pejabat
Pembantu Tadbir Kanan dan Pembantu Tadbir

23/12/2010
11.00 pagi
Bilik Tayangan
8
Budaya Kerja Cemerlang
Guru Cemerlang JUSA C
23/12/2010
9.00 pagi
Bilik Tayangan
9
Headcount/PATS/SAP
Setiausaha Headcount/SAP
24/12/2010
9.00 pagi
Bilik Tayangan
10
Guru Sebagai Jutawan Akhirat
Penolong Kanan Petang
24/12/2010
11.00 pagi
Bilik Tayangan



InsyaALLAH saya akan kongsikan sedikit-sebanyak ilmu yang saya peroleh di lain waktu. Alhamdulillah rasa sangat bertuah ditempatkan di sini dan semakin menyukai persekitaran serta budaya kerja di sini.

Selain mendengar taklimat, kami juga menolong sedikit sebanyak menolong para Penolong Kanan menyiapkan buku pengurusan bersama guru-guru GSTT. Setiap hari pulang jam 1.00 petang.

Terasa sangat bertuah walaupun memulakan orientasi sedikit awal berbanding rakan-rakan yang lain. Sekurang-kurangnya kerja yang kami lakukan, mengeratkan ukhwah kami dengan pihak pentadbir selain pelbagai urusan pentadbiran dan pengurusan dapat kami pelajari sedikit sebanyak. Alhamdulillah...

p/s : Minggu depan banyak kerja menunggu...