Tuesday, January 11, 2011

MENGIKUT RENTAK

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, diberi ilham untuk menulis di ruang maya ini. Tiada apa yang menarik ingin dikongsi, sekadar berkisar tentang tajuk entry di atas.


MENGIKUT RENTAK
Rentak apa? Tiada kaitan ye dengan AJL yang heboh diperkatakan. Apa yang saya maksudkan ialah saya semakin hampir berjaya mengikut rentak dalam rutin harian sehari-hari apabila sudah bekerjaya ini. Sudah masuk minggu kedua hari persekolahan. Alhamdulillah, saya mampu untuk turun seawal jam 6.45 pagi, untuk ke sekolah.

Walaupun hakikatnya jarak tidaklah jauh, tetapi saya perlu bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Dengan waktu bertolak tersebut, saya mampu tiba jam 7.10 pagi. Kadang-kadang terbabas juga hampir 7.20 pagi. Niat di hati, ingin juga untuk bertolak lebih awal, tetapi saya tidak mahu terlepas untuk menyediakan sarapan buat suami tercinta.

Setiap pagi, saya akan pastikan sekurang-kurangnya saya akan menyediakan minuman untuk suami. Tapi kebiasaannya, saya sempat untuk menggoreng nugget, karipap segera jika ada bekalan. Kadang2, jika tidak berkesempatan, suami saya memahami, sudah tersedia biskut atau roti.

Di sekolah pula, saya sudah mampu mengadaptasi dengan persekitaran sekolah. rakan sekerja serta para pelajar. Keutamaan saya adalah kepada pelajar. Alhamdulillah, pelajar saya sangat 'behave' kecuali dua tiga orang yang nakal dan ada masalah disiplin.

Waktu pulang saya tidak tetap. Paling awal jam 1.30 petang saya sudah menuju ke kereta. Apabila difikirkan, saya masih belum ada komitmen, tidak perlu saya pulang terlalu awal. Komitmen yang saya maksudkan di sini, saya tak perlu menyediakan makan tengah hari memandangkan suami saya pulang petang. Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil anak di sekolah atau di tempat asuhan kerana saya masih belum dikurniakan rezki anak. (Tolong doakan saya agar dimurahkan rezki) 

Dan kerana itu, kadang2 saya stay di sekolah, menyiapakn kerja2 tertunggak seperti RPH, kelas dll.

Hari demi hari, tangan ku tadah, menagih doa serta untaian syukur, atas nikmat kurniaanNYA ini. Semoga hari makin hari, sentiasa menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Juga agar rentak yang diikuti, sentiasa dalam keredhaanNYA. InsyaALLAH



P/S : kisah anda bagaimana?

5 comments:

ummu insyirah_tam said...

Salam ateh..bahagianya..moga akan hadir penyeri hidup kamu berdua..ameen:)

m i a said...

huwaa..all da best ea ateh..hehe..da kerja, cmne rasenye ateh?huhu..hope ateh dpt pelajar dan mengajar dgn baek..amin..amin..

Mami Hadeef said...

ateh, nanti dah ada anak kene bangun lagi awal.. klau breastfeeding mummy mcm anim ni nak pam susu lagi, sediakan susu yg dipam tu ke nurseri, spend mase utk nyusu, tukar pampers anak..nasib tak yah mandikan anak .. pastu kite lagi nak bersiap.. alhamdulillah suami anim tak suke breakfast pagi sgt, jadi dia menolak utk sarapan di rumah =)

mungkin sbb dia tengok anim pun dh macam lipas kudung pagi2 buta.. kekeke.. same la, turun kul 6.45 pagi, sampai la dekat2 kul 7.10pagi..

ezannurhafiz said...

tak pe la ateh...sebelum ade anak ni sedikan sebanyak mungkin bekalan ( simpanan ) masa depan...kan?kan?kan?

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

tam : syukran tam..ameen..

mia : thanx mia..insyaALLAH..

aniem : betul tu aniem..ateh dok bc blog aniem, dh leh dpt agak cm na klu ada anak nt..

k ezan : btol tu kak..doakan ateh ye..