Showing posts with label Tentang aku... Show all posts
Showing posts with label Tentang aku... Show all posts

Sunday, November 13, 2011

9 bulan...

Assalamualaikum wbt...

Dua bulan sudah berlalu setelah post yang terdahulu. Skrg usia kandungan dh mencecah ke minggu-36 atau 9 bulan. Semakin menghampiri saat untuk melahirkan.


SUMBER IMAGE : DI SINI

Sekarang saya sudah pun refer utk check up di Hospital Pakar An-Nur, Bangi dan insyaALLAH akan bersalin di sana nanti. Dan insyaALLAH baby yang akan dilahirkan ini akan disambut oleh Dr Khamsiah Muda. Saya sangat selesa apabila berjumpa beliau sepanjang antenatal check up di An Nur. Semoga dipermudahkan urusan bersalin saya nanti, insyaALLAH.

Untuk update 9 bulan ini, alhamdulillah sudah 90% barangan keperluan bayi saya sudah lengkap. Dan beg untuk dibawa ke hospital juga sudah pun berada di dalam kereta. Perlu bersedia pada bila-bila masa skrg. Cumanya ada beberapa barang lagi yang masih belum dibeli. Dan akan disempurnakan dalam waktu terdekat ini.

Rasanya setakat itu sahaja dulu update tentang 9 bulan kandungan ini. Ingin saja saya kongsikan entry ini bersama barang2 keperluan bayi, tapi gambar masih belum ditransfer ke laptop ini.

Buat pembaca di luar sana, doakan kemudahan saya untuk menghadapi saat-saat bersalin nanti. insyaALLAH.

Wassalam

p/s : Keadaan saya skrg boleh dikatakan agak sarat. Sakit2 hampir setiap hari. Berada lama di dalam kereta juga sudah tidak mampu =)

Sunday, April 10, 2011

Doktor kata

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, atas nikmat iman dan usia. Seperti yg semua tau, saya x berapa sihat sejak akhir2 ini. Sudah dua klinik saya ziarah untuk minggu ini sahaja.

Semalam saya ada sekolah ganti, tetapi saya dapat MC.

Banyak yang doktor pesan kpd saya. Jangan buat kerja berat, jangan lasak dll lg.

Saya kena ikut apa yang doktor cakap.

Apapun, doakan kesejahteraan dan kesihatan saya... ('',)

Monday, April 4, 2011

Selesema

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kali ni ALLAH bg ujian kesakitan ku, tp x da la berat sgt. Selesema sahaja. Saya ni bukan jenis senang demam, tu yang bila sekali kena selesema atau demam, badan jd sangat lemah. Sebab susah nak adapt, hehe.

BErmula semalam, selesema makin menjadi-jadi pula. Dan hari ni semakin teruk pula. Bila kat sekolah, hidung ne melagukan irama yang berselang-seli dengan bersin. Mujur ada tisu. Nasib baik hari ne x banyak kelas, kalau x memang mengganggu proses Cikgu ne nak ngajor. Huhu


Harapnya esok semakin ok la. SUami dok pesan soh makan Panadol Soluble, saya menolak. Jenis degil kan. Hehe. X pa la, saya x nak dibiasakan dengan makan panadol ne, x nak terlalu bergantung dengan paracetamol tu.

Apapun, doakan semoga saya kembali segar bugar ye, InsyaALLAH. aPapun, saya redha je dengan apa yang ALLAH nak bagi. Bukan kah sakit itu penghapus dosa?



Aisyah r.a. berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: 

"Tidak ada suatu apa pun yang menimpa seorang mukmin, walau duri sekalipun kecuali Allah menuliskannya sebagai kebaikan atau dihapusnya kesalahan."(HR. Bukhari dan Muslim) 


Dari Abi Said dan Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi SAW bersabda: 
"Tidak menimpa seorang muslim dari capai, tidak pula suatu sakit, tidak pula gelisah, tidak pula sedih, tidak pula suatu penyakit, tidak pula susah, sampai pada duri yang menusuknya, kecuali Allah menghapuskan karenanya kesalahan-kesalahannya."(HR Bukhari) 


Abu Hurairah r.a. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka ia akan diberi ujian."(HR. Bukhari) 



Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. bahwa Rasulullah SAW bersabda: 
"Tidaklah dari seorang muslim yang tertimpa penyakit, sakit, atau yang semisalnya, kecuali Allah SWT merontokkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana rontoknya pohon akan daun-daunnya."(HR. Bukhari) 


p/s : Ya ALLAH, aku redha segala apa yang KAU kurniakan kepada ku..

Tuesday, January 11, 2011

MENGIKUT RENTAK

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, diberi ilham untuk menulis di ruang maya ini. Tiada apa yang menarik ingin dikongsi, sekadar berkisar tentang tajuk entry di atas.


MENGIKUT RENTAK
Rentak apa? Tiada kaitan ye dengan AJL yang heboh diperkatakan. Apa yang saya maksudkan ialah saya semakin hampir berjaya mengikut rentak dalam rutin harian sehari-hari apabila sudah bekerjaya ini. Sudah masuk minggu kedua hari persekolahan. Alhamdulillah, saya mampu untuk turun seawal jam 6.45 pagi, untuk ke sekolah.

Walaupun hakikatnya jarak tidaklah jauh, tetapi saya perlu bertolak awal untuk mengelakkan kesesakan lalu-lintas. Dengan waktu bertolak tersebut, saya mampu tiba jam 7.10 pagi. Kadang-kadang terbabas juga hampir 7.20 pagi. Niat di hati, ingin juga untuk bertolak lebih awal, tetapi saya tidak mahu terlepas untuk menyediakan sarapan buat suami tercinta.

Setiap pagi, saya akan pastikan sekurang-kurangnya saya akan menyediakan minuman untuk suami. Tapi kebiasaannya, saya sempat untuk menggoreng nugget, karipap segera jika ada bekalan. Kadang2, jika tidak berkesempatan, suami saya memahami, sudah tersedia biskut atau roti.

Di sekolah pula, saya sudah mampu mengadaptasi dengan persekitaran sekolah. rakan sekerja serta para pelajar. Keutamaan saya adalah kepada pelajar. Alhamdulillah, pelajar saya sangat 'behave' kecuali dua tiga orang yang nakal dan ada masalah disiplin.

Waktu pulang saya tidak tetap. Paling awal jam 1.30 petang saya sudah menuju ke kereta. Apabila difikirkan, saya masih belum ada komitmen, tidak perlu saya pulang terlalu awal. Komitmen yang saya maksudkan di sini, saya tak perlu menyediakan makan tengah hari memandangkan suami saya pulang petang. Tidak perlu tergesa-gesa untuk mengambil anak di sekolah atau di tempat asuhan kerana saya masih belum dikurniakan rezki anak. (Tolong doakan saya agar dimurahkan rezki) 

Dan kerana itu, kadang2 saya stay di sekolah, menyiapakn kerja2 tertunggak seperti RPH, kelas dll.

Hari demi hari, tangan ku tadah, menagih doa serta untaian syukur, atas nikmat kurniaanNYA ini. Semoga hari makin hari, sentiasa menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Juga agar rentak yang diikuti, sentiasa dalam keredhaanNYA. InsyaALLAH



P/S : kisah anda bagaimana?

Sunday, January 9, 2011

Selesai tugasan pada hari minggu

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah berkesempatan juga menulis sebelum tidur. Ada juga masa untuk berkongsi cerita di sini. Cerita hujung mingguku. 

Kalau diikutkan, seharusnya aku harus ke Gombak, tetapi memandangkan suamiku lebih memerlukan aku pada hujung minggu ini, makanya kisah hujung mingguku berkisar bersama suami. Suamiku sangat sibuk untuk menyiapkan proposalnya yang perlu dibentangkan Rabu ini. Ya, proposal untuk tesis master beliau.

Tugas sebagai isteri, perlulah aku untuk bersama beliau membantu mana yang termampu termasuk mengganggu beliau,hehe.

Pada masa yang sama, alhamdulillah, berjaya juga menyiapkan lesson plan, menggosok baju kurung sebanyak 5 helai (cukup untuk seminggu), menyelesaikan kerja2 sekolah yang lain, mengemas rumah, dll lg. Sempat juga keluar menemani suami.

Aku di hujung minggu, hehe

(Kredit gambar : Google)
Itu saja kisah hujung minggu saya. Tidak semua perlu aku kisahkan di sini. Cukuplah sekadar catatan maya untuk tatapan semua. Wallahu 'alam.

p/s : Tempat isteri di sisi suami...

Wednesday, January 5, 2011

Bermulanya Alam Kerjaya

Assalamualaikum wbt

Sudah lama blog ini ditinggalkan sepi. Sepi dari penulisan mahupun artikel. Segalanya mungkin diri ini masih menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.

Kehidupan baru di sini ialah kehidupan di alam kerjaya. 3 Januari 2011, bermulalah kisahku sebagai seorang guru. Alhamdulillah atas nikmat dan kesempatan ini. Bukan semua yang mahu serta berminat dalam kerjaya ini. 

Sudah 3 hari berlalu, setiap hari aku memandu sendiri ke sekolah. Perlu turun seawal 6.45 minit. Walaupun jarak ke sekolah tidak jauh, namun kerana ingin mengelak kesesakan lalu lintas, bertolak awal pagi menjadi pilihan. Apatah lagi, untuk menyenangkan ku untuk 'parking' kereta di ruang yang lebih sesuai.

Diberi taklifan mengajar Sains tingkatan 4 dan 5, alhamdulillah diri menerima dengan reda. Aku juga bersyukur, kerana pelajar-pelajar di sini bertingkah laku sangat baik. Apa yang diharapkan, agar ianya berkekalan. Agar aku selesa untuk menumpahkan ilmu untuk mereka.

Menjadi guru bukanlah senang. Semua orang mungkin boleh mengajar, tetapi tidak semua yang mampu mendidik. Mendidik sepenuh hati, seikhlas hati.


Setiap hari, dalam doaku, moga aku mampu menjadi guru terbaik untuk anak didikku. Semoga gaji yang kuperoleh, adalah halal, hasil usaha gigihku. AKu langsung tidak mahu gaji yang kuperoleh tidak setanding dengan usahaku.

Buat kawan-kawan seperjuangan, selamat bertugas sebagai seorang guru. Jadilah guru juga pendidik. Ingat, jika kita mengajar seikhlas hati, semoga kerahmatan dan keredhaaN ALLAH mampu kita raih untuk kita bergelar jutawan di akhirat kelak. 

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).


~Celik Insan Kerana Guru Unggul (CIKGU)~

Wednesday, December 22, 2010

Gaji

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah...gaji pertama saya akan masuk hujung bulan ini. Terima kasih buat Encik Kerani sekolah yang sangat pantas menguruskan urusan gaji saya dan kawan2 yang lain.

Tidak perlu untuk kami menunggu tiga bulan.hehe

Sukanya, tidak sabar juga. Banyak perkara yang ingin dilangsaikan dengan gaji itu nanti.

Antara yang penting :-
Infak
Simpanan
Bagi kat ummi & Buya
Belanja Suami
Belanja Adik



Dan after langsaikan semua tu, barulah leh fikir untuk pay for myself.. Maksudnya samada nk shopping apa2..hehe

InsyaALLAH..semoga perancangan saya selari dengan pelaksanaannya nt...

p/s : Semoga saya tidak terleka dengan nikmat dunia..

Tuesday, December 14, 2010

Result

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah terasa terpanggil untuk menulis.Apabila dah bermula orientasi ni, makanya sedikit sebanyak rutin harian berubah. Dulu, masa belum bekerja, laptop ne sentiasa 'on' 24jam. Kerana itu, ramai yang cakap saya ni dok ngadap laptop je, fb on je. Hehe. Memang saya lebih suka mengadap laptop berbanding menonton tv. Tapi sebelum tu, saya akan pastikan semua kerja rumah dah selesai. Kadang, ada juga yang bertangguh tapi lama-lama mesti siapkan juga. Dah jadi isteri, kena berubah kan, hehe.

Musim orientasi di sekolah, juga merupakan orientasi di rumah. Permulaan serta pengenalan kepada saya untuk sesuaikan diri dengan alam pekerjaan. Untuk diselenggarakan bersama hal-hal rumah tangga. Makna kata, masa inilah untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Saya perlu pandai mengatur langkah, agar tanggungjawab sebagai isteri tidak diabaikan. InsyaALLAH

Sebenarnya nak tulis tentang tajuk di atas. Tentang result, result apa ya? Sebenanrnya ada idea bilamana melihat status FB adik2 di UPSI. Sudah mula resah gelisah menanti result exam semester masing-masing. Saya pernah lalui semua tu sepanjang 8 semester di UPSI. Rasanya masa yang paling saya excited untuk tahu result semasa saya berada di sem 1 dan sem 8. Semester selebihnya rasa cam tiada perasaan. Kerana result exam turun dan naik.

Sepanjang menjadi JMK, ujian bagi saya. Result saya turun dan naik. Tapi saya tak pernah menyesal. Langsung tidak. Kerana saya juga mampu bergraduat, saya berjaya mendapat pekerjaan. Apa yang saya pegang, setelah kita berusaha kita bertawakkal.  Yakinlah pada janji ALLAH.

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) dengan Kepujian

Kuasa Tawakkal


Tawakkal hadir setelah kita berusaha. Percayalah akan hikmah itu. Saya pernah merasai kemanisan itu. Saya percaya pada janji ALLAH. Yang seawalnya perlulah usaha, diakhiri dengan tawakkal. Kita redha dengan segala apa yang ALLAH nak bagi kat kita nanti. Kita kata kita beriman, kerana itu yakinlah pada DIA. Tapi jangan dilupa untuk berusaha terlebih dahulu.

Jatuh bangun yang dihadapi sepanjang di UPSI, menjadi kenangan berharga. Pengalaman yang x mampu dibeli dengan emas dan wang juta. Air mata dan keringat menjadi saksi sedih pilu, ketawa dan senyum menjadi tanda detik manis yang dikongsi.

Result exam nilaian dunia, kita terlalu risau memikirkannya. Bagaimana pula dengan result kita di akhirat sana?

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
“Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan.” (Surah al Jatsiyah ayat 28)

Pernahkah kita risaukan hingga esak tangis air mata bermuhasabah mengenainya? Tepuk dada, tanya iman.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya.”

p/s : Muhasabah buat diri...

Thursday, November 25, 2010

Alhamdulillah, sudah melapor diri

Assalamualaikum wbt

Hari ini baru ada keinginan mahu menulis tentang posting. Alhamdulillah, 22 hn November yang lepas, selamat melapor diri di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam. Saya dan suami bertolak dari rumah agak lewat memandangkan kami bangun agak terlambat akibat keletihan. Kami baru sahaja sampai dari Kelantan jam 4.00 pagi tersebut.

Dengan keadaan hujan & trafik yang sesak, sampai di dewan tersebut jam 8.15 pagi. Agak lewat sedikit, terus melapor diri & menikmati sarapan pagi yang disediakan. Suami pula meletakkan kenderaan seterusnya terlelap dalam kereta akibat keletihan. Kesian juga pada abang, tidak dapat menikmati rehat secukupnya lagi. Pengorbanan suamiku amat aku hargai...

Di dalam dewan, alhamdulillah bertemu rakan seangkatan seperti Adibah, Kak SIkim, Kak Faizah dan Kak Ira serta Kak Nurul. Kami duduk berdekatan iaitu di barisan akhir. Menikmati beberapa taklimat seterusnya masing-masing menanti dalam debaran untuk mengetahui sekolah mana yang akan ditempatkan.

Mana tidak berdebar, kami masing-masing sudah tentu mahu berada dekat dengan suami, agar tidak jauh dari rumah. Dan Alhamdulillah, saya ditempatkan di sebuah sekolah di Petaling Jaya. Pada asalnya, saya merasakan sekolah itu agak jauh, namun setelah melapor diri di sekolah pada petang tersebut, pengawal serta guru senior di situ memberitahu akan kewujudan jalan baru. Alhamdulillah, melalui jalan itu, hanya 15 minit sahaja jarak rumah sewaku dengan sekolah. Bahkan tidak perlu melalui tol.

Alhamdulillah, syukur atas rezki yang dikurniakan. Terima kasih buat suami yang setia menemani sepanjang sesi lapor diri, terima kasih juga buat semua yang mendoakan. Bermula saat ini, saya dengan rasminya bergelar guru.

Walaupun sudah musim sekolah, saya tetap perlu ke sekolah. Menyelesaikan urusan gaji selain mendapat tugasan dari pihak pentadbiran.

Buat semua rakan seperjuangan di luar sana, tahniah kerana sudah pun bergelar guru serta kakitangan awam. Berkhidmatlah dengan ikhlas. InsyaALLAH




P/S : sedang berkira-kira mahu membeli kereta 2nd hand. Viva atau kancil. X berani la nak bawa encik City itu ke sekolah. Huhu.. Tapi suami soh cuba bawa juga. 

Monday, November 15, 2010

Alhamdulillah..saya dapat posting di Selangor

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas nikmat ini.. Syukur kepada ALLAH atas keputusan penempatan ini. Tidak lupa juga buat semua yang mendoakan..Alhamdulillah.


p/s : Saya akan kembali punya mood untuk berblog..

Thursday, October 21, 2010

Bersiaran dari KB

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, mencuri sedikit masa untuk menulis. Saya sekarang berasa di Kota Bharu, Kelantan. Beberapa hari yang lepas, saya dan kak long tergesa-gesa pulang ke KB memandangkan ummi dalam keadaan sakit teruk.

Hari Selasa 19 Oktober, pagi itu saya ke sekolah untuk menyelesaikan urusan saya. Setelah berbincang dengan suami, saya telah membuat keputusan untuk berhenti secara serta merta dari menjadi guru ganti. Dalam kata lain, saya tidak dapat menghabiskan 29 hari sbg guru ganti dan kerana itu jg, saya tidak akan dibayar gaji. Saya tidak kisah tentang itu memandangkan saya lebih risaukan tentang ummi.

Tentang ummi, alhamdulillah semakin beransur pulih. InsyaALLAH saya akan berada di Kelantan selama beberapa hari untuk menjaga ummi. Terima kasih buat suami yang membenarkan saya untuk berada berjauhan seketika dengan beliau. I love U suamiku..

Monday, October 18, 2010

Cerita Konvokesyen

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, 16 Oktober 2010 menjadi tarikh yang bermakna dalam hidupku. Peristiwa yang menjadi simbolik kepada selesainya sudah proses menuntut ilmu di UPSI. Alhamdulillah, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) dengan Kepujian kini dalam genggaman. 

Walaupaun pada awalnya, semangat ini hilang apabila mendapat berita dari kakakku, Dr Angah yang mengatakan ummi sakit dan beliau perlu mendapatkan rawatan segera pada 14 Oktober. Dan Kak Ngah memberitahu yang Ummi memang tidak boleh berjalan jauh, kerana ada lemah jantung. Keadaan ummi agak lemah. Apabila aku menghubungi ummi, air mata menitis laju mendengar suara ummi yang lemah.

Apapun, aku harus pergi juga ke konvokesyen memandangkan jubah sudahpun diambil. Terima kasih buat suami, kak long & Abang Syah yang sudi untuk bersamaku ke Tg Malim. Kami bertolak agak lewat iaitu jam 12.00 tengah hari dan di pertengahan jalan pula, trafik sesak kerana ada kemalangan. Dalam hati, sangat bimbang kerana takut terlambat. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami.

Kami tiba jam 1.20 petang. Terkekeh-kekeh aku berlari ke Auditorium, menempah gambar, memakai jubah dan seterusnya mendengar taklimat. 

Terasa malas pula untuk bercerita panjang. Ayuh, kita layan gambar sahaja.

Kak Long tolong pakaikan jubah

Semasa taklimat

Perarakan masuk graduan

Bersama sahabatku, Aqilah Hanis.. InsyaALLAH, ku doakanmu sahabatku..kau YB terhebat

Bersama suami tersayang

Bersama Kak Long & Abg Syah

Bersama Anisah & Hala

Semasa pemulangan jubah konvo

Bersama Raihah, housemataku sms sem 1&2

JF..Maaf x dpt bersama kalian bergambar, tapi saya tetap bersam kalian, insyaALLAH

Saturday, October 9, 2010

BM oh Cikgu BM

Assalamualaikum wbt

Bersiaran di hari minggu. Alhamdulillah, mengambil sedikit masa setelah selesai melakukan tugas-tugas rumah tangga. Berblog tidak ditinggalkan jika ada kelapangan. Disedari, sepanjang minggu ini, saya kurang menulis di blog. Saya akui, sejak bertugas sebagai guru ganti, masa saya agak suntuk. Apabila pulang dari sekolah, hanya sempat membuka laman sosial FB dan review beberapa blog insan lain. Kadang-kadang, agak kepenatan setelah pulang dari sekolah.

Dan saya juga sedari, saya tidak lagi berkongsi tentang kisah di sekolah. Hari ini, mood kerajinan yang ada digunakan sebaiknya. Saya hanya ingin menceritakan serba sedikit apa yang berlaku sepanjang persekolah minggu ini. 



Cikgu BM
Sebagai guru ganti kepada subjek itu, maka saya harus mengajar subjek ini. Seperti yang diketahui, saya hanya perlu mengajar pelajar tingkatan 4 memandangkan pelajar ting..5 sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM. Dua kelas yang perlu saya ajar. Saya klasifikasikan kelas pertama sebagai kelas yang agak pandai kerana mereka adalah pelajar 'pure science'. Oh, saya sepertinya tidak perlu mengajar kelas ini memandangkan mereka merasakan mereka sangat pandai dalam subjek ini. Buat tugasan atau latihan setelah saya mengugut serta memaksa. Dan itupun hanya segelintir yang menghantar. Makanya, saya membuat keputusan untuk mengajar mereka yang berminat sahaja. Kata mereka, "Don' worry cikgu, kitorg dah cover semua subjek BM ni kat tusyen". Oh, never mind. Mereka kan tersangat pandai. Masa BM digunakan untuk menjawab soalan Kimia, Fizik, Biologi mahupun Add Math. Tidak mengapa, at least I've done what I should do.

Untuk kelas kedua pula, mereka adalah kelas sains perakaunan, yang juga mengambil subjek sains tulen kecuali biologi. Kelas ini tidaklah sepandai kelas yang pertama, tetapi sangat terkenal di kalangan guru akibat kebisingan serta kenakalan pelajarnya. Dan kelas ini, saya bertindak sebagai guru kelas sementara. Pernah sekali saya mahu mengajar peribahasa, mereka berkata, " Cikgu, baik kita main teka-teki". Aduh, seingat saya, mahu mengajar kelas ini serta ingin menyuruh diam, kata ugutan perlu diberikan. " Saya akan tulis nama awak dalam buku kawalan ni," selain "Saya tambah markah penalti baru tahu" atau "Saya tarik markah bonus untuk mata kokurikulum awak nanti". Dan alhamdulillah saya berjaya menyuruh mereka membuat karangan di dalam kelas walaupun hanya beberapa kerat yang hantar.

Apabila berbincang dengan ketua panitia BM, berasa lega di hati saya. Beliau yang mejanya di sebelah meja saya juga berasal dari Kelantan. Apabila meluahkan masalah kepada beliau tentang itu, beliau mengatakan, awak ajar serta bagi sahaja latihan. Mereka nak dengar atau mahu buat bukan urusan kita lagi. Kerana kita sudah cuba yang terbaik. Saya bukan tidak mengajar langsung, dan saya rasa saya bahagia untuk mengajar mereka yang betul-betul mahu belajar.

Dan minggu depan, saya hanya ada dua hari lagi untuk mengajar pelajar tingakatan empat memandangakan mereka akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Saya tahu, lepas ini mereka akan sibuk mahu bertanya saya tips peperiksaan. Hahaha.

Habis tingkatan 4, berhadapan pula dengan pelajar tingkatan 5 yang bakal tamat peperiksaan percubaan SPM minggu depan. Kita tengok pula bagaimana nanti.

p/s : Saya hanya ada lagi 15hari lagi sebagai guru ganti. Alhamdulillah, hari demi hari ada saja pengalaman baru. 

Wednesday, October 6, 2010

Tg Malim, bumi yang dirindui

Kolej Harun Aminurrashid

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ni diberi kekuatan untuk menulis. Semalam ruangan ini tak sempat dikemaskini. Tiada post baru yang menjelma. Sekarang ni pun memaksa diri untuk menulis.

Semalam saya ke Tg Malim, merempit menaiki motor bersama suami. Pada asalnya saya menolak untuk menaiki motor, tetapi memandangkan suami ku memujuk, ikutkan juga kehendaknya. Lagipun, selepas ini, dh ada kereta nanti, pasti merindui saat-saat ini. Apatah lagi saat masih berdua ini.

Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam setengah memandangkan cuaca agak buruk. Hujan membasahi kami yang tegar untuk meredah dalam kebasahan. Kami bertolak ke Tg Malim setelah saya pulang dari sekolah. Kerana itu, agak tergesa-gesa.

Kami selamat tiba di Tg Malim agak lewat. Berkejar ke Pusat ICT untuk tujuan utama iaitu mengambil jubah konvo. Alhamdulillah berjaya dapat S. Kemudian, terus bergerak ke KHAR, kolej tercinta, yang terciptanya seribu satu kenangan. Solat di sana. Menemui beberapa sosok yang dikenali, melepaskan segala kerinduan yang ada.

Apapun, terima kasih buat Muni yang sudi menumpangkanku untuk solat, Epul kerana kuih raya yang sangat sedap. AK, wawa, syuk, adik RPA, zahidah, aidil, Aini, Ina dan ramai lagi. Ramai juga yang tidak ditemui. Walau bagaimanapun, sedikit sebanyak mengubat kerinduan yang telah lama bersarang di hati.

Dan sebelum bertolak pulang, saya dan suami menikmati makan petang di Restoran Green C. Alhamdulillah. Kami sampai di Puchong jam 8 malam.

p/s : Terima kasih buat suami tersayang

Sunday, October 3, 2010

Dapat Award


Assalamualaikum wbt

Hari ni nak kongsi tentang 'award' yang berjaya saya dapat. Beberapa hari lepas saya dianugerahkan oleh seorang junior di UPSI iaitu Adik Izzati, dan boleh terus ke laman blog beliau, untuk lebih mengenali beliau.


Tentang award ini, rasanya seperti tidak layak untuk menerika title berinformasi kerana entri dalam blog ini bercampur-baur. Walau bagaimanapun, saya mencuba sedaya upaya untuk berkongsi apa yang bermanfaat. Kerana itu banyak juga artikel yang saya 'copy & paste'.

Apapun, terima kasih buat adik Izzati. Terima kasih daun keladi untuk award ini. Teruskan menulis juga untuk adik izzati.

Saturday, October 2, 2010

Keputusan temu duga

Assalamualaikum wbt.

Hari Khamis yang lepas, saya punya berita gembira berganda. Selain mendapat BE, alhamdulillah, saya mendapat keputusan bagi temuduga Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) yang telah saya jalani tempoh hari.



Syukur tak terkira buat yang MAHA PENCIPTA, ALLAH SWT atas nikmat kurniaan ini. InsyaALLAH ini adalah sebagai permulaan yang sebenar bagi saya untuk memulakan tugas sebagai seorang pendidik. Walaupun tarikh sah yang pada asalnya 31 Disember 2010 dilanjutkan kepada 31 Mac 2011, saya mengharapkan panggilan posting seawalnya. Jika lambat, tidak mengapa. InsyaALLAH saya tahu ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

Sungguh, pada awalnya saya tidak yakin kerana saya seperti diuji semasa temuduga tempoh hari. Sila rujuk link ini dan ini. Tapi berkat doa suami, ibu bapa dan sahabat2, alhamdulillah, saya berjaya.

Alhamdulillah...

Monday, September 27, 2010

Guru oh guru

Assalamualaikum wbt

Hari ni tak tahu nk tulis tajuk entry ini. Sudah tentu entry masih berkisar tentang kisah saya sebagai guru ganti. Blog ini adalah ruang untuk saya mencoret tentang pengalaman hidup saya agar bisa saya baca dan tatap di kemudian hari.

Kisah hari ini saya agak gembira. Awal pagi mengikuti perhimpunan rasmi sekolah. Agak singkat memandangkan sekarang musim peperiksaan serta tanpa kehadiran ramai guru. Ramai guru tiada hari ini makanya dapatlah saya tugasan untuk 'relief' kelas. Dapat dua kelas untuk dimasuki.

Dan hari ini juga merupakan kali pertama saya masuk untuk mengajar. Kelas pertama adalah kelas yang saya perlu jadi guru kelas sementara dan sudah tentu saya perlu jalankan tugas sebagai guru kelas yang baik, hehe. Ambil kedatangan dan mengambil senarai nama AJK kelas untuk dimasukkan sebagai markaH merit ko-kurikulum. Dan untuk pengtehuan, saya perlu menghantar markah dan mengisi buku markah ko-ku secepat mungkin. Peluang yang ada, saya sempat berbual dengan pelajar. Mereka lah yang membuatkan saya gembira hari ini kerana mereka menginngatkan saya kepada pelajar saya di Klang. Ada beberapa orang pelajar menanyakan tentang prospek kerjaya masa depan. Ada yang bercita-cita ingin menjadi seorang 
pilot' manakala seorang lagi ingin menjadi pakar patologi. Dan ada seorang pelajar yang agak nakal berkata beliau nak jadi jutawan yang tugasnya hanyalah menandatangani cek. Huhu

Masuk ke kelas satu lagi, saya berpeluang untuk mengajar subjek Komsas hari ini. Mengajar kelas hadapan tidak susah kerana mereka punya keinginan untuk belajar. Walau bagaimanapun mereka agak memandang sepi kepada subjek BM kerana mereka lebih memikirkan subjek-subjek lain yang lebih susah. Di sini, saya perlu bertegas. Tiada kerja lain yang boleh dibuat semasa waktu BM kecuali kerja BM.

 Hari demi hari banyak benda baru saya belajar. Dan saya juga banyak belajar apabila ditugaskan sebagai guru kelas. Mengisi kedatangan harian, menguruskan markah2 ko, dan banyak lagi.

p/s : Ada seorang pelajar saya cakap, "Cikgu tak rasa sekolah ni macam Palestin ke?". Saya faham maksudnya kerana sekolah ini sering bergegar dengan dentuman mercun yang amat kuat.


Sunday, September 26, 2010

Kisah Cikgu Lagi

Assalamualaikum wbt

HAri ne nk citer sal jadi cikgu lg. Semalam memang langsung x sempat update blog. Kalau sebelum ni, sekali sehari tu menjadi kewajipan, tapi bila jadi guru ganti, baru sedar masa untuk online makin berkurang.

Semalam ada sekolah ganti. Dan seperti biasa, bila dh hari Sabtu, bilangan pelajar yang hadir sgt lah sedikit. Makanya, saya langsung tidak perlu masuk ke kelas. Semalam awal-awal rasa sangat bosan berada di bilik guru namun kerana ada nya 'pot luck', dapatlah saya menikmati juadah hari raya yang dibawa oleh guru-guru lain. Sungguh, semua guru di situ tidak kerana kaum sangat2 mesra.

Setelah kekenyangan, saya kembali ke meja saya, lalu mata mula kuyu. Tiba2 pengetua panggil saya, rupanya pengetua soh tulis kedatangan sedangkan saya dh tulis, cuma beliau terlepas pandang. 

Masa yang ada saya gunakan untuk menganalisis buka RPH guru yang saya ganti. Memandangkan hari ini perlu menghantar untuk disemak oleh Pengetua. Alhamdulillah, saya berjaya mencari rentak pengajaran beliau mengikut susunan yang sangat terancang. Cikgu ini saya lihat sangat sistematik dalam pekerjaan beliau. 

Setelah siap, saya mula bosan. Jadi, saya untuk hilangkan bosan lagi, saya ambil Buku Antalogi Sastera Tingkatan 4, Harga Remaja dan alhamdulillah berjaya menghabiskan pembacaan beberapa cerpen. Bila nak masuk baca cerpen seterusnya, tiba-tiba ada guru Cina datang dan rupanya saya perlu menyelesaikan pengisian markah ko-kurikulum untuk sebuah kelas. Memandangakn guru yang saya ganti itu adalah guru kelas, makanya saya tahu banyak kerja yang perlu saya lakukan apatah lagi persekolahan sudah mahu ke penghujungnya untuk tahun ini. Guru-guru sangat sibuk untuk memasukkan markah2 penting, juga sibuk dengan ujian akhir tahun.

Apapun, saya sangat gembira bila dapat kerja. x de la saya bosan nanti. Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan perkhabaran dari salah seorang guru di situ kepada saya. Semoga ianya benar jadi kenyataan. InsyaALLAH

Semalam, saya sempat mengikuti mesyuarat agung koperasi. Koperasi sangat bagus sebenarnya. Kerana itu saya menyertai Bank Persatuan, bank koperasi kedua selepas Bank Rakyat.
P/S : mahu raih pengalaman sebanyaknya..

Friday, September 24, 2010

Cikgu BM

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari kedua sebagai guru ganti. Hari ni dh masuk kelas yang perlu diajar. Kelas form 5 hanya sekadar menjaga exam memandangkan mereka sedang menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Dan untuk form 4, saya masuk kelas dan memperkenalkan diri sahaja dan belum memulakan p&p Kebanyakan daripada mereka tidak membawa buku memandangkan mereka masih menganggap tiada guru yang mengganti. Saya pula baru hari ini dapat berjumpa ketia Panitia BM untuk bertanyakan tentang apa yang perlu dibuat.

Untuk pengetahuan pembaca, saya perlu mengajar mata pelajaran BM. Jauh sekali daripada pengkhususan saya di U dahulu. Memang sangat gundah gulana. Walau bagaimanapun, setelah berbincang dengan ketua panitia, saya sedikit lega memandangkan guru asal sudah menghabiskan silibus dan saya hanya perlu member latih-tubi untuk pelajar tingkatan 4. Dan saya hanya perlu mengajar mereka selama 10 hari kerana selepas itu mereka akan berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun.

Bagi tingkatan 5 pula, saya hanya mengajar mereka selama 15 hari kerana sekarang mereka sedang menghadapi pepreriksaan percubaan SPM. Saya juga tidak perlu menanda kertas soalan pelajar. Alhamdulillah, saya merasakan banyak urusan saya dipermudahkan oleh ALLAH.

Walaupun tidak mengajar subjek tumpuan saya, namun peluang ini akan saya gunakan untuk meraih pengalaman sebaiknya. Apabila di 'posting' kan nanti, belum tentu kita dapat mengajar subjek pilihan kita. Dan saya juga bersyukur kerana saya ada rujukan utama saya, iaitu ummi saya sendiri, Cg Aini Mohamad yang merupakan seorang guru BM dan BI di Maahad Muhammadi Lelaki.

Cabaran saya sekarang adalah rasa 'nervous' saya untuk berhadapan pelajar dan mengajar buat kali pertama. Bendai ini adalah kebiasaan yang berlaku pada saya. Dan perkara ini akan hilang selepas melepasi kali pertama itu, insyaALLAH.

p/s : Ummi saya juga dulu adalah dari bidang Ekonomi. Beliau hanya mengajar subjek tersebut di awal 'posting'. Tetapi sekarang beliau adalah ketua bidang bahasa di sekolah.

Thursday, September 23, 2010

Mula kerja sementara

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, hari ini hari pertama memulakan kerja sebagai guru ganti. Pada asalnya, tidak menjangkakan akan dapat kerja ni, tetapi pagi tadi pengetua sekolah tersebut telefon dan minta hadir hari ini juga. Mulanya berat mahu terima kerana perlu menggantikan Guru Bahasa Melayu, tetapi pengetua tu cakap,'' Awak cuba yang terbaik''. Apatah lagi saya hanya menggantikan guru tersebut selama 28 hari sahaja.

Saya akan mengajar pelajar tingkatan 4 dan 5. Saya berani menerima tawaran ini memandangkan saya hanya perlu mengajar mereka selama dua minggu kerana selepas itu mereka akan menjalani peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 4. Bagi tingkatakan 5 pula, sekarang mereka sedang menjalani peperiksaan percubaan SPM.

Bercakap tentang sekolah ini, mengingatkan saya kepada pelajar saya di sekolah saya berpraktikal dahulu. Namun, sekolah ini sangat besar dan mempunyai pelajar yang sangat ramai. Serta bilangan kaum Cina yang agak ramai. Walau bagaimanapun saya sangat bersyukur kerana pengalaman saya berpraktikal dulu boleh digunakan sedikit sebanyak untuk menjadi guru ganti di sini.

Apapun, saya memohon kekuatan dari ALLAH agar dipermudahkan segala urusan saya di sini serta mampu berhadapan dengan segala cabaran yang bakal dihadapi. Mengajar budak sekolah bandar tidak semudah itu. Saya juga berharap sahabat-sahabat sekalian sentiasa mendoakan saya juga. Semoga pengalaman yang bakal saya peroleh manjadi bekal berharga untuk di'posting' kan kelak.

Wallahu 'alam.

p/s : Pengetua sekolah tadi berbangsa Cina, sangat baik dan peramah. Beliau berpesan, apapun jangan sentuh pelajar (pukul). Beliau bercakap lagi, semua pelajar di sekolah sama sahaja. Cuma perlu kan cara untuk mendekati mereka yang nakal.

Wallahu 'alam