Thursday, August 5, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Pengalaman Temu Duga

(sumber gambar : Google)

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah semalam berjaya juga menghadapi temu duga GSTS (GURU SANDARAN TERLATIH SISWAZAH). Seawal jam 6.30 pagi kami (saya dan suami) menyelusuri dingin pagi dan renyai hujan menaiki motor ke Putrajaya. Dalam perjalanan, hujan kian lambat namun abang tidak berhenti kerana bimbang lambat sampai ke destinasi. Setibanya di SMK PP 14(1), Putrajaya, nasib baik baju tidak basah memandangkan sudah sedia memakai jaket. Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan.

Pada asalnya segalanya dijadualkan jam 8.00 pagi namun tunggu punya tunggu hampir jam 9.00 pagi baru ada pendaftaran. Alhamdulillah, saya adalah antara kelompok pertama yang dipanggil untuk mengambil ujian INSAK. Ujian INSAK di mana 135 soalan yang perlu dijawab dalam masa 30 minit. Kemudian selesai ujian INSAK, terus bergerak ke bilik temu duga. Giliranku adalah yang ke-5.

Untuk pengetahuan, sebelum itu, saya sempat berjumpa beberapa orang sahabat. Mengubat sedikit kerinduan. Ada seorang sahabat bertanya, " Enti KPM ke?". Saya menjawab, "Tidak". Lalu dia berkata, " Orang cakap tak digalakkan bertudung labuh semasa temu duga". Saya sekadar dia. Biarlah, saya tiada masalah tentang itu. Memang saya mahu bertudung labuh kerana sebelum itu saya sudah mendengar ura-ura itu. Apatah lagi suami saya juga amat suka jika saya bertudung labuh.

Dan kerana tudung labuh itu juga, saya kira saya mendapat soalan cepu emas sebagai soalan terakhir. Seperti yang pernah saya pernah nyatakan dalam entry sebelum ini, interview juga adalah medan tarbiyyah. Dan benar, saya ditarbiyyah. Sudah ditakdirkan, salah seorang daripada dua penemu duga saya semalam adalah perempuan yang tidak bertudung. Dan beliau jugalah yang bertanya soalan cepu emas itu, "Apa yang anda lakukan sekiranya di sekolah nanti terdapat pelajar anda yang tidak bertudung?"...

Agak2nya, apa jawapan saya yer??hehe

p/s : Semalam langsung tiada soalan tentang NKRA, PIPP, PIN dan segala bagai lagi fakta. Soalan adalah bersekitar tentang profil saya serta isu semasa..Wallahu'alam. Moga ALLAH permudahkan segalanya. Terima kasih buat suami yang sedia menemani..

1 comments:

Lu'Lu' QaLBie aL-HuDa.. said...

Salam..tumpang tanya..dah dapat posting ke? guru bidang apa yer?