Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, 16 Oktober 2010 menjadi tarikh yang bermakna dalam hidupku. Peristiwa yang menjadi simbolik kepada selesainya sudah proses menuntut ilmu di UPSI. Alhamdulillah, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) dengan Kepujian kini dalam genggaman.
Walaupaun pada awalnya, semangat ini hilang apabila mendapat berita dari kakakku, Dr Angah yang mengatakan ummi sakit dan beliau perlu mendapatkan rawatan segera pada 14 Oktober. Dan Kak Ngah memberitahu yang Ummi memang tidak boleh berjalan jauh, kerana ada lemah jantung. Keadaan ummi agak lemah. Apabila aku menghubungi ummi, air mata menitis laju mendengar suara ummi yang lemah.
Apapun, aku harus pergi juga ke konvokesyen memandangkan jubah sudahpun diambil. Terima kasih buat suami, kak long & Abang Syah yang sudi untuk bersamaku ke Tg Malim. Kami bertolak agak lewat iaitu jam 12.00 tengah hari dan di pertengahan jalan pula, trafik sesak kerana ada kemalangan. Dalam hati, sangat bimbang kerana takut terlambat. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami.
Kami tiba jam 1.20 petang. Terkekeh-kekeh aku berlari ke Auditorium, menempah gambar, memakai jubah dan seterusnya mendengar taklimat.
Terasa malas pula untuk bercerita panjang. Ayuh, kita layan gambar sahaja.
|
Kak Long tolong pakaikan jubah |
|
Semasa taklimat |
|
Perarakan masuk graduan |
|
Bersama sahabatku, Aqilah Hanis.. InsyaALLAH, ku doakanmu sahabatku..kau YB terhebat |
|
Bersama suami tersayang |
|
Bersama Kak Long & Abg Syah |
|
Bersama Anisah & Hala |
|
Semasa pemulangan jubah konvo |
|
Bersama Raihah, housemataku sms sem 1&2 |
|
JF..Maaf x dpt bersama kalian bergambar, tapi saya tetap bersam kalian, insyaALLAH |
9 comments:
tahniah sudah konvo :)
tahniah..
terima kasih fadhli & izfanora
tahniah atehh..hehe..happy je muka ateh dlm pic tu
Tahniah.
alhamduliah. Semoga mak Ateh cepat sembuh. Amin =)
tahniah buat kak ateh..
Alhamdulillah, akhirnya kita dah berjaya mmegang sekeping ijazah.. lps ni fokus pada agenda mndidik anak bangsa.. Insyaallah..
Tahniah ye ateh...
Post a Comment