Assalamualaikum wbt
Lamanya x menulis..sangat tak larat. Balik sekolah, kepenatan. X sah kalau x tdo petang. Bila balik sekolah lewat petang, maknanya lepas Maghrib, dah terbaring atas katil. Solat Isya' maknanya keesokan awal paginya la.
Sejak akhir-akhir ini, saya bukan lah Cikgu Aini yang dulu. Saya sangatlah sensitif. Mungkin kerana bawaan kepenatan. Kadang-kadang kecewa dengan sikap pelajar. Bila saya terlalu baik, ambil kesempatan. Makanya terjadilah peristiwa saya mengamuk sesungguh hati dalam kelas Jumaat lepas.
5 kali saya tegur karenah pelajar yang main lempar2 kertas dalam makmal. Akibatnya, akibat sudah x tahan dengan sikap pelajar yang x dgr kata, maka mengamuk sakanlah. Hanya mereka yang tahu apa yang saya buat. Dan saya juga x expect saya akan buat cam tu. Mungkin kerana kesabaran saya menipis kala itu.
Air mata menitik sedikit. Kecil hati dengan mereka. Pelajar tingkatan 5 lagaknya seperti tingkatan 1 bahkan budak darjah 1. Saya langsung x memandang rendah keadaan atau keupayaan mereka, tapi sikap mereka yang sangat rendah akhlaknya. Salah siapa?
Walau apapun, mereka anak-anak saya di sekolah. Sayang itu sentiasa ada. Cuma sekarang, di sudut hati, rasa kecil hati itu masih ada. Wahai pelajar, carilah keberkatan dengan reda gurumu...
Pelajar 5 Kenanga.. (amek gambar secara senyap dari FB mereka) Semoga mereka sedar, hidup tidak hanya indah di dunia, tiada gunanya jika di akhirat merana |
I love my students!
1 comment:
besarnya pengorbanan yang perlu ditanggung..bersabarlah..itu sahaja jalan yang baik buat masa ini...
p/s:suka dengar cikgu bercerita tentang karenah murid.
Post a Comment