Thursday, May 19, 2011

Kisah Saya

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, masih ada masa dan peluang utk menulis setelah sekian lama.

Gambar anak murid saya semasa praktikal di Klang

Lama saya menyepi dr menulis, bukan kerana apa, tetapi tiada rasa untuk menulis buat beberapa waktu kebelakangan ini. 

Entry terakhir saya berkenaan kisah pelajar saya. Ya, beberapa minggu kebelakangan ini saya rasa agak stress dengan sikap pelajar saya. Sikap dan tingkah laku banyak yang menguji kesabaran. APatah lagi dengan keadaan saya sekarang yang mudah penat dan cepat letih.

KAdang sedih juga apabila ada pelajar yang tak mahu faham keadaan cikgu. Tapi sabarlah. MAsih baru dalam arena pendidikan ini. Umur setahun jagung pun belum genap. Saya perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi. Apatah lagi saya sekarang membawa zuriat dalam kandungan ini.

Apabila di sekolah, bila dok marah2 kat student, bila balik rumah, terfikir juga. Bimbang akan memberi kesan pada kandungan. Kesian juga pada baby. Tapi kebelakangan ini, saya cuba rasionalkan balik. Saya x mahu terlalu ikutkan perasaan marah ini. Saya x nak emosi menguasai diri.

Biarlah saya terus ikhlas mendidik mereka. Tapi dengan cara yang saya rasa sesuai dengan keadaan tingkah laku mereka. Saya perlu tegas dan ada masanya saya ingin jd ibu yang baik buat mereka.

Saya pernah dengar kata-kata ummi saya dulu, "Kita mengajar anak orang dengan harapan agar orang pun akan mengajar anak kita sebaiknya". InsyaALLAH akan ku ingat kata2 sumber inspirasiku,

Diikutkan hati, entry ni nak kisahkan tentang cerita bagaimana saya dapat tahu tentang kandungan saya. Tapi bila dah masuk bab anak murid ne, tersasar pula dari niat asal.

InsyaALLAH di lain entry, saya akan cuba kongsikan dengan pembaca semua.

Wallahu 'alam.

p/s : Baby dalam kandungan dah pun berusia 11 minggu. Bakal menjejak ke usia 3 bulan beberapa hari lagi. Doakan kami ye..


4 comments:

Aisyah Mawarddah said...

tahniah kak atas bakal kelahiran cahaya mata sulung~ Tak lama lg bergelar ummi.

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

syukran aisyah..insyaALLAH..amin

Hazmi Al-Wafi said...

Salam..
Firstly,Selamat Hari Guru.. :)

Membaca entri ini,buat saya terfikir, "dulu kat sekolah pernah aku buat cikgu aku marah2 sebab aku nakal?'

Entahlah,tetapi pengalaman mengajar saya untuk menghargai keberadaan guru dalam kehidupan..Guru cukup berjasa dalam hidup ini..

Moga terus tabah menjadi guru.. Dan tahniah juga untuk cahaya mata kurniaan Allah..Moga besar nanti setabah dan sekuat Umminya..

abhorsongacke said...

Sloty Casino - Mapyro
Sloty Casino in Thackerville, Oklahoma, US. Find reviews, 김해 출장샵 hours, directions, Check your location 거제 출장안마 and 의왕 출장샵 see 전라북도 출장안마 what's good. Rating: 광주광역 출장마사지 3 · ‎4 reviews