Saturday, February 18, 2012

Detik Bersalin part 4

Assalamualaikum..

Lamanya x update blog..citer bersalin pon tergantung cm tu je.ok ari ne kita sambung citer..

Alhamdulillah, sepanjang berada dalam wad, suamiku setia menemani. Jam demi jam rasa kontraksi semakin kerap dan lebih sakit. Seingatku, bermula selepas Asar sakit kontraksi semakin kuat. Mengadu pada suami, dia setia di sisi mengingatkanku supaya beristighfar n baca ayat2 al-Quran. Dia jg x henti membacakan doa untukku sambil menyapu minyak selusuh. Aku pula bertahan dengan gigih menelan buah kurma, sebagai bekal untuk mendapatkan tenaga untuk meneran nt, hehe.

Detik demi detik, rasa sakit seperti dh x tertanggung. Mengadu kat suami, suami soh bersabar je. Menitis air mata juga menahan sakitnya. Nurse pon ada dtg sekali sekala tanya keadaan. Then yg plg last diorg dtg utk wat CTG coz tgk keadaanku yg dh tak tertahan sakitnya. Ingat lg, aku solat Asar dlm keadaan duduk sambil menahan sakit. Lepas solat Asar, suami ingatkan soh bc doa akhir tahun.

Solat Asar

Sedang menahan kesakitan


Dalam masa yang sama, ummi dan lain-lain smpai di Hospital lbh krg jam 6ptg. Aku nangis sambil peluk ummi  bila mengadu sakit yang ditanggung. Ummi juga tlg sapu2 minyak sambil bc ayat2 Quran utkku.

Lepas wat CTG, nurse dtg ckp dh nak wat masuk labour room.

Bacaan CTG last sebelum dibawa ke labour room
To be continued..lg..haha