Monday, August 26, 2019

SIMPANAN UNTUK ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan selamat pagi

Hari ni terasa ingin berkongsi tentang simpanan untuk anak-anak. Masa awal-awal dulu sekitar 2012, masa anak pertama, tabung pertama yang dibuka untuk letak simpanan Umar mestilah tabung haji. Dan lepas je simpan duit raya pertamanya, terus dapat daftar haji. 2 3 tahun selepas itu, suami cakap dia dah buka akaun SSPN di pejabatnya untuk Umar. Tujuan asalnya lebih kepada untuk mendapat pelepasan pentaksiran cukai.

Jadi, apabila diri sendiri dah perlu buat pentaksiran cukai, maka untuk anak Ulwan dan Uthman, Ummi pula yang bukakan akaun. Tambahan pula, SSPN I PLUS sudah diperkenalkan, yang merupakan penambah baikan kepada SSPN yang lama. Untuk Uthman, Ummi ambil pakej Intan manakala untuk Ulwan Ummi daftarkan pakej Delima.

Untuk Umar pula, Ummi cadangkan pada abinya untuk bukakan juga akaun SSPN I PLUS dengan pakej Intan. Maka bertambah lah lagi simpanan untuk Umar. Saja nak share dengan para pengunjung blog penyata simpanan di SSPN I dan SSPN I PLUS. Walaupun hanya sekadar serendah RM30, lama-lama kelamaan bertambah semakin banyak. 

Penyata akaun SSPN I PLUS Ulwan dan Uthman

Penyata SSPN I PLUS Umar

Penyata dua-dua akaun UMAR, SSPN I dan SSPN I PLUS

Tak rugi sebenarnya jika menyimpan dalam SSPN I PLUS ni. Simpanan dijamin kerajaan, dapat pelepasan cukai dan penyatanya akan sentiasa dikemaskini. Dividen yang kompetitif 4% saban tahun.
Jadi apa tunggu lg, jom menyimpan di sini. SIMPANAN UNTUK JAMINAN MASA DEPAN!



Saturday, August 24, 2019

SAYA SEORANG EPO SSPN I PLUS

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu


Teringin nak berkongsi tentang apa itu EPO dan apa kaitan dengan PTPTN. EPO adalah Ejen Pemasaran Online bagi produk PTPTN iaitu SSPN I-PLUS. Saya adalah EPO berdaftar di bawah bahagian Seksyen Digital Marketing (PCSDM)PTPTN. 

Fungsi EPO adalah untuk mempromosikan tentang SSPN I PLUS kepada warganet yang berkelayakan terutamanya bagi yang mempunyai anak sebagai salah satu pilihan untuk simpanan masa depan. 

Mula berdaftar sebagai RNA dlu kemudian di upgrade menjadi EPO selepas mengikuti kursus di cawangan PTPTN di Nilai iaitu di Avenue 9 seitar Giant Nilai pada September 2017. Dulu semasa join ni hanya sekadar isi secara online sebagai RNA kerana masa tu niat nk ambil SSPN untuk anak untuk dapatkan pelepasan cukai. 

Sebelum ni tidak begitu aktif untuk mempromosi tapi apabila baru-baru ini mendapat emel dari PTPTN yang menyatakan EPO sudah distrukturkan dan tidak lagi diuruskan oleh pengurus cawangan PTPTN tetapi berada di bwh Seksyen Digital Marketing PTPTN pula. Jadi timbul semangat pula untuk menjadi EPO yang aktif.

Jadi, jika ada geng blogger yang berminat untuk membuka akaun SSPN I PLUS untuk anak-anak boleh buka link INI dan boleh terus daftar secara dalam talian. Tak perlu lagi bersusah-susah nak ke mana-mana cawangan PTPTN. Sebarang pertanyaan boleh tanya saya terus. ^_^ 


Friday, August 23, 2019

DUNIA BLOG YANG DIRINDUI

Assalamualaikum wbt..dan selamat tengah hari..

Lamanya tak menulis di sini. Last post hampir 5 tahun yang lepas. Itupun masa aktif lagi meniaga Shaklee. Sekarang sudah tidak. Kesibukan melanda sampai bersarang blognya. Walau bagaimanapun mana mungkin meninggalkan terus blog ini. Blog yang paling disayangi. Yang wujudnya sejak berada di UPSI.. 

Cg Aini kembali menulis….


Friday, June 7, 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum wbt
Hari ne rajin pula update blog. Satu untuk bisnes satu lg tentang rumah. Alhamdulillah setelah sekian lama menanti,akhirnya tiba juga saatnya.  Akhirnya dapat juga kunci rumah. Maka bermulalah pengkisahan sedikit sebanyak tentang rumah pula. Semoga Allah permudahkan urusan kami nanti.

Wednesday, May 1, 2013

Pengalaman berpantang

Assalamualaikum wbt

Memalam terasa nk update blog. Teringin nak sambung episod last pengalaman bersalin tp kena susun ayat n recall balik..hehe. So, post ne tentang pengalaman semasa berpantang selepas bersalin.

Selepas bersalinkan Umar, saya berada di Puchong selama 2 minggu sebelum pulang ke Kelantan. Ini bagi memudahkan urusan check-up post natal di Hospital An Nur.

Pada asalnya plan mahu pulang ke Kelantan lebih awal tetapi terpaksa ditunda. Nak tahu kenapa? Ini rahsia yang hanya suami yg tahu masa tu. Selepas post natal check-up, Dr Fatimah sahkan jahitan pada luka bersalin ada sedikit terbuka. (Mungkin kerana terlampau banyak bergerak dan sangat aktif).
Bila doktor sahkan begitu, baru rasa gelabah. Tapi lepas check-up tu boleh lagi singgah di Kedai Manjaku di Bangi mencari car seat untuk Umar.hehe

Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah bagaimana luka bersalin yg Dr jangkakan perlu dijahit smula(menakutkan) kembali sembuh dengan sungguh cepat. Maha Besar Kuasa Allah.
Alhamdulillah. 

Saya mengamalkan set berpantang Shaklee. Itu rahsianya. Sebagai asbab.

Set berpantang Shaklee
Saya sebelum bersalin lagi sudah mula meng'survey' set berpantang apa yang ingin digunakan. Plan awalnya saya ingin menggunakan set berpantang yang dalam kategori herba, tetapi bila fikir balik saya bukanlah yang boleh commit untuk menelan ubat2 herba yang pahit n busuk itu. hehe. Maka, saya pilih Shaklee. Kebetulan pada masa itu, ada sorg kakak senior Maahad sedang rancak mempromosikan produk ini.

Maka, saya mulakan dengan membeli trial pack Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, hasilnya sungguh memuaskan hati. Luka bersalin saya sembuh dengan cepat. Tidak perlu dijahit semula. Dalam masa yang sama, saya masih ingat waktu berpantang saya tidak terlalu letih. Umar kuat menyusu. Dan alhamdulillah produktiviti susu sangatlah memuaskan. Walaupun saya terpaksa berjaga malam kerana Umar kerap bangun menyusu, tetapi saya tidak terlalu letih pada siang hari.

Dan pada saya, saya tidak membuat pilihan yang silap apabila memilih set berpantang Shaklee. Sangat berpuas hati. Dan kerana itu, saya suggestkan pada bakal ibu di luar sana untuk mencuba set ini. 

Jom kita baca apa review yang terkandung dalam set ini.

Vitalea Iron Formula

Mengandungi 28 jenis vitamin termasuklah Vitamin A, B, C, D, E, Calcium, Zinc, Iron dsb. *

B-Complex

Mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh anda bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang. Vitamin B penting untuk keseluruhan fungsi tubuh yang baik sama ada daripada segi kesihatan jantung, sintesis DNA, menguruskan tekanan apatah lagi dalam membina tenaga metabolisme.*
Vitamin C

Mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.*

Zinc Complex

Merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.  Zinc membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, mengurangkan rambut gugur, Memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein dll. *

Selain dari set di atas, anda juga boleh menambah vitamin-vitamin lain seperti :

Energizing Soy Protein (ESP)

Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. ESP juga boleh memekatkan susu si ibu, jadi anak cepat kenyang and then ibu boleh buat stok susu dengan lebih banyak. Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.  Baca juga ESP disini.


OsteMatrix

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.  Baca juga 10 Kebaikan Kalsium





Dan oh ya... jangan risau tentang keintiman kalau tak makan jamu.... Kerana Vitamin Shaklee juga ada produk yang boleh menghangatkan keintiman seperti baru2 kawen tau.. huhuhu... testimoni ada, tapi agak sensitif... apa yang pasti, ia memang terbukti 'menghangatkan'... hehehe... dan produknya adalah.....

Antara Khasiat Daun ALFALFA :
Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
Memberi kelegaan semasa haid.
Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
Memberi sensasi ‘rasa sejuk’






p/s : Dulu saya  x amik ESP, sbb kononnya takut x bleh telan. Tapi skrg sy mengambil ESP. Hasilnya mmg superb.

Jadi, kepada ibu2 yang berminat, sila hubungi saya untuk mendapatkan harga special. Trial pack juga available. Free gift menanti anda.

Your Shaklee Independent Distributor,
Aini Syahidah @Ateh
Sms/whastapp :0134666850
syahidshuhada@gmail.com
We chat ID : UMMU UMAR