Showing posts with label Tentang kami. Show all posts
Showing posts with label Tentang kami. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

bUAT SUAMIKU..

Assalamualaikum wbt
Kembali bersua di laman maya ini. Ada sesuatu yang membawa ku kembali mencoret di sini. Suatu kerinduan untuk  menulis. Detikan hati dari sang Pencipta untukku mula menekan papan keyboard laptop si suami.

Keberadaanku di kampung suami, di Kedah, menyelusuri perjalanan hidup si suami. Masih banyak yang perlu ku pelajari, ku dalami, ku kenali tentang seorang insan bernama suamiku. Menitis air mata ini mencoret kata-kata di sini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Betapa banyak dosaku kepada seorang insan bernama suami. Namun, dia masih setia menuturkan kata-kata nasihat buat isterinya ini. Isteri yang penuh rasa cemburu, baran tak tentu hala, emosi kadang menggila. Sabarnya dirimu duhai suami.

Terima kasih kerana masih lagi sudi bertahan dengan diri ini. Dirimu terlalu mulia buatku duhai suamiku. Rasa cemburuku kerana takutnya aku pada kehilangan kasihmu pada yang lain, barannya aku kerana marahnya aku mengharapkan peduli darimu, emosinya aku bila kadang jiwa terusik mengharapkan perhatian darimu.

Namun, hakikatnya aku ini tidak bersyukur. Allah telah kurniakan suami yang terlalu sempurna buatku di depan mata. Namun, syukurku entah ke mana. Allahu rabbi...

Ya ALLAH,
Engkau saja yang MAHA MENGETAHUI..
Rasa kasih ini pada suamiku,
Rasa sayang ini pada suamiku,
Rasa cinta ini pada suamiku,
Kerna itu, ku harapkan hidayahMU untuk diri ini berubah
Berubahku biarlah keranaMU YA ALLAH,
Berubah menjadi hambaMU yang tahu erti syukur,
Untuk menghargai hadirnya lelaki itu bernama SUAMI...

Buat suamiku,
Maafkan segala dosaku selama ini
Buat suamiku,
Teruskan nasihati aku agar tidak terus begini
Buat suamiku,
Terima kasih terimaku seadanya aku dari dulu hingga saat kini
Buat suamiku,
Sayangi aku seperti mana dulu hingga kita berdua berpisah mati
Buat suamiku,
Doaku sentiasa buatmu

Abang, UHIBBUKA LILLAHI TA'ALA..

 

Tuesday, February 1, 2011

Bersiaran dari Penang

Assalamualaikum wbt

Hari ni sudah menjengah 1 Februari. Sekejap sahaja masa berlalu. Sudah masuk bulan kedua dalam tahun Masihi ini. Bagi yang bertuah, tarikh ini sudah tentu ada yang bercuti, apatah lagi disambung dengan cuti Tahun Baru Cina. Alhamdulillah, begitu juga saya. Sekolah saya ambil cuti berganti untuk digenapkan menjadi seminggu. 

Maka, peluang yang ada, saya dan suami merancang untuk ke Penang. Beliau perlu ambil cuti. Dan sekarang saya dan suami berada di Hydro Hotel, Batu Feringgi, Penang. Kami bertolak seawal jam 2 pagi semalam, kononnya untuk mengelak dari kesesakan lalu lintas.

Berhenti di Juru untuk solat Subuh dan tiba di Batu Feringgi jam 8.30 pagi tadi. Hanya pada jam 12 tgh hari tadi baru dapat check-in. Kami bersarapan di Bayan Lepas tadi.

Sekadar itu sahaja mahu berkongsi. Boleh dikatakan ini honey moon yang pertama. Sebelum ini, tiada peluang seperti ini walaupun sudah hampir 8 bulan berkahwin. Alhamdulillah, ALLAH bagi rezki untuk menghabiskan cuti ini bersama. 

Semoga cuti ini memberi momentum kepada saya untuk kembali bergerak kerja. InsyaALLAH. Juga diharapkan cuti ini dapatlah saya dan suami merehatkan minda dan fizikal dari segala bebanan kerja.

Sumber image : Google

Bilik kami di tingkat 4..


Buat kawan-kawan di luar sana, selamat bercuti!

Monday, January 31, 2011

Kembali bersua.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, ada sedikit detikan untuk menulis. Detik dari hati. Hampir 2 minggu lebih blog ini sunyi dari sebarang tulisan. Sebenarnya, tiada kekangan untuk menulis, cuma sedikit keterbatasan masa serta idea. Kadang-kadang, ada saja perkara ingin dikongsi, namun tersekat begitu saja.

Sedar tak sedar, sudah hampir sebulan saya bergelar pendidik. Dalam tempoh itu, pelbagai perkara dan pengalaman sudah saya tempoh. Banyak yang ingin saya kongsikan, tetapi bukan sekarang.

Alhamdulillah, dapat cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Kesempatan yang ada, saya dan suami akan bercuti ke Penang nanti. Percutian selama 3 hari 2 malam. Hotel sudah ditempah. Percutian yang pada asalnya ke Pulau Tioman, namun terpaksa diubah kerana suami mahu menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah rendahnya. Jadi, plan bercuti ditukar ke Utara. 

Semoga percutian ini dapat dimanfaatkan untuk suami dan saya merehatkan minda dan bersantai setelah kepenatan bekerja. Juga untuk mencari momentum baru dalam kerjaya masing-masing. Apatah lagi, ini adalah percutian rasmi kami yang pertama. Yang pertama pergi berdua. Boleh dikatakan sebagai bulan madu juga.

Setakat itu sahaja dulu. Doakan perjalanan kami selamat. Selamat bercuti dan wassalam.

p/s : Sama2 doakan sahabat2 kita serta saudara2 di Mesir. Semoga segalanya seperti sedia kala. Ingatlah, rakyat adalah raja yang sebenarnya. Suara mereka penentu jatuh bangun sesebuah negara

Thursday, December 30, 2010

Cuti-cuti Malaysia : Melaka

Asslamualaikum wbt

Merujuk kepada entry saya yang ini, ingin saya kongsi bersama cuti-cuti saya di Melaka. Alhamdulillah berpeluang berada di sana selama 3 hari dua malam. Pergi bersama suami dan keluarga Mak Long ( Mak sedara suami).

Antara tempat dan aktiviti yang sempat dilawati :-
Dataran Pahlawan
Banda Hilir
River Cruise
Makan cendol
Menara Taming Sari
Rumah Hantu
Kampung Morten
Muar
Mi Bandung Muar
Jeti Tg Emas
Perkampungan Portugis

Biarlah gambar yang berbicara, hehe.

Konon mahu menaiki River Cruise waktu malam, tp terlepas

Depan Kapal

Di kota A Famosa

Di depan Homestay

Selepas menaiki River Cruise

Di belakang itu, Sg Muar

DI Kampung Morten
p/s : Jumpa lagi..hehe

Friday, December 24, 2010

Jalan-jalan

Assalamualaikum wbt

InsyaALLAH petang ini saya akn bergerak ke Melaka. Pergi berjalan-jalan makan angin hujung minggu. Nak cuti lama-lama x boleh coz kena g sekolah. Isnin ne dh meeting guru. 

Percutian 3 hari dua malam. Akan menginap di Homestay nt..

Apapun, doakan saya dan suami selamat pergi dan selamat kembali, insyaALLAH.

Andai pula bagaimana? Apa destinasi percutian anda?

Kredit gambar : Google.

p/s : Dah nak abes cuti sekolah bru dapat jalan2..huhu

Saturday, December 18, 2010

Hari Sabtu : Selamat berhujung Minggu!!!

Assalamualaikum wbt

Selamat hari Sabtu. Ada apa dengan hari Sabtu? Bagi saya, hari Sabtu untuk saya menyelesaikan urusan rumah tangga yang tertunda. Pagi tadi, saya dan suami ber 'jogging' di taman rekreasi yang terdapat di kawasan perumahan rumah sewa kami ini. Huhu, secara 'paksa rela' mengikut suami sambil mendengar ceramah kesihatan oleh beliau, hehe.

Sejam juga ber'jogging'. Sangat mengagumi beberapa orang golongan veteren bersenam di pagi hari yang majoritinya dari kaum Cina. Ada juga segelintir kaum Melayu tapi boleh dikira dengan jari, huhu.

Terfikir juga, hari Sabtu bagi warga kota bermula jam 12.00 tengah hari. Kenapa? Kerana hari Sabtu adalah waktu untuk mereka meng'qhada' tidur, hehe. 

Ini kali pertama saya keluar bersenam bersama suami. Atas cadangan saya juga sebenarnya tetapi atas kesungguhan suami, ia jadi kenyataan. Dan saya harap rutin aktivti ini berjalan setiap hujung minggu, insyaALLAH. 

Ini salah satu cara kami menghabiskan masa bersama. Ya, suami saya sangat sibuk dengan kerja, tapi saya faham segalanya untuk kesenangan famili saya juga. Tadi pulang sahaja dari ber'jogging' beliau sempat berkebun. Tapi, bila dah mendapat panggilan telefon, beliau harus ke 'site'. Maknanya saya keseorangan sekarang...Wuuu

Memang niat di hati ingin keluar bersiar-siar, tapi tidak mengapa. Terasa malas pula mahu keluar ke mana-mana. Lebih baik saya habiskan masa di rumah, menyelesaikan segala tunggakan kerja yang ada.

Selamat berhujung minggu!!!



p/s : Rindunya nak kembali aktif... InsyaALLAH, Januari bakal memulakan segalanya kembali...Doakan saya sahabat-sahabat semua...

Saturday, December 11, 2010

Sedar tak sedar

Assalamualaikum wbt..

Sekadar entry ringkas sebelum tidur.. Alhamdulillah, sedar tak sedar, sudah 6 bulan saya bergelar isteri kepada suami tersayang. Dah setengah tahun melayari bahtera rumah tangga ini. Alhamdulillah, walaupun masih baru usia perkahwinan ini, namun sudah banyak perkara yang kami lalui; pahit mahupun manis.

Pengalaman pahit mahupun manis mendewasakan diriku ini. Bergelar isteri pada usia 23 tahun, terlalu awal bagi sesetengah pihak juga pada diriku. Namun, itu bukan penghalang bagiku. Saya sangat bersyukur kerana berkahwin pada usia seawal 23 tahun. Sungguh, ia mematangkan diriku.

Terima kasih buat suami tersayang sudi menerima diri ini seadanya, juga kerna setia bersamaku susah dan senang; serta sentiasa sabar menghadapi sikap dan karenah ku ini.

Doaku, agar tahun baru yang menjelma, memberi lebih sinar bahagia buat baitul muslim kami ini. InsyaALLAH.


Di bawah ini saya kongsikan serba sedikit majlis bertandang iaitu majlis kenduri sebelah suami saya di Pokok Sena, Kedah pada 12 Jun 2010.





p/s : Masa ni teruk sgt muka sbb mekap cair. Cuaca di Kedah sgt panas masa tu. Tambah pula tiada mak andam cam kenduri kat Kelate..huhu

Wednesday, December 8, 2010

Selamat Tahun Baru 1432H

Assalamualaikum wbt

Saya ingin mengucapkan selamat tahun Baru ISLAM, 1432H. Alhamdulillah, tahun demi tahun bersilih ganti. Allah masih memberi peluang untuk kita hidup di bumi-NYA. Menyambut ketibaan tahun baru Islam kali ini. 
Semoga dengan tibanya tahun baru ini memberi semangat dan azam baru kepada diri ini & sahabat2 sekalian, untuk kita lebih menghayati Islam sebaiknya.


Bercakap tentang tahun baru, pastinya ada azam baru yang terpasak dalam diri ini. Pada saya, azam baru saya kali ini sangat banyak. Mungkin tidak perlu saya ceritakan semuanya di sini, cukuplah sekadar dalam hati & minda saya, seiringan dengan doa & usaha saya ke arah mencapai matlamat yang diimpikan.

Harapan saya semoga segala azam yang ditanam mampu tertunai dengan izinNYA, insyaALLAH.

Akhir sekali, Salam MAAL HIJRAH..Semoga kita semua mampu berhijrah ke arah yang lebih baik untuk agama yang tercinta, InsyaALLAH.


p/s : Antara azam utama saya ialah untuk mengubah sikap saya yang suka bertangguh, huhu.

p/s 2 : Petang akhir tahun baru, hari Isnin yang lepas, suami saya bawa saya bersiar-siar di Kuala Kedah. Menikmati makanan laut yang sedap. Alhamdulillah

Monday, November 22, 2010

Alhamdulillah, selamat semuanya

Assalamualaikum wbt..

Terasa kekok menulis, setelah beberapa hari tanpa entry baru. Hari ini selamat sampai di Puchong jam 4 pagi tadi dari Kelantan. 

Hujung minggu lepas adalah agak sibuk bagi diriku dan suami. Bermula seawal 4 pagi hari Khamis, kami bertolak ke Teluk Intan kerana ingin mendaftarkan nombor plat kereta. Alhamdulillah, berjaya dapat nombor plat seperti yang dirancang.  Malamnya pula.  kami ke rumah Pak Cik di UKM dan bermalam di sana. Jumaat pagi bergegas pulang ke Puchong memandangkan petang itu perlu mengambil kereta di Petaling Jaya. Alhmdulillah, akhirnya dapat juga kereta itu.

Pagi Sabtu 20 November, jam 5.00 pagi, saya dan suami bertolak pulang ke Kelantan kerana pada malam nanti, akan berlangsungnya majlis akad nikah kak longku. Alhamdulillah, selamat sampai pada jam 1 petang di rumahku di Kota Bharu. Malamnya pula, majlis akad nikah berjalan lancar walaupun pada awalnya agak kalut kerana hujan serta ketibaan tok imam yang lambat kerana terperangkap akibat hujan.

Selepas Akad nikah

Ahad 21 November, majlis kenduri pula berlangsung. Agak sibuk menguruskan tetapi sangat bersyukur kerana segalanya berjalan lancar. Jam 6.00 petang, saya dan suami bergegas mahu bertolak semula ke Puchong kerana saya perlu melapor diri pada 22 November 2010 jam 8.00 pagi. Alhamdulillah, selamat sampai jam 4.00 pagi tadi. Agak keletihan tetapi segalanya hilang bilamana dapat melapor diri dan secara rasmi telah bergelar sebagai penjawat awam.

Kak Long & Abg Syah

Kak Long & Abg Syah bersama Ummi & Buya

Saya & suami...hehe (Pengantin x berapa baru)

Sewaktu mahu bertolak pulang ke Puchong..
Alhamdulillah, syukur pada Mu Ya ALLAH atas nikmat masa dan kesempatan yang diberikan...

p/s : Alhamdulillah, bertambah lagi orang baru dalam keluarga kami..

Wednesday, October 13, 2010

Malas melanda

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, datang juga mood untuk menulis. Akhir-akhir ini, saya memang malas untuk menulis. Entah mengapa. Mungkin kerana keletihan yang melanda. Kebelakangan ini, saya sangat mudah letih. Kerap letih. Mungkin kerana kerja di sekolah. Tetapi saya hanya guru ganti, tak banyak tugas yang perlu buat. Huhu.


Tadi bila saya tulis status tentang keletihan ni, ramai yang teruja. Saya tahu, mereka menantikan berita gembira daripada saya. Mungkin mereka berasakan apa yang saya alami mungkin kerana simptom kehamilan. Ya, saya akui, saya mudah letih, sentiasa terasa mual. Tapi itu hanya dua tanda yang menepati. 

Saya tidak mahu terlalu mengharap, kerana saya takut kecewa lagi. Saya tahu. Rezki terletak di tangan ALLAH. Saya redha apa sahaja yang DIA mahukan pada saya. Dalam pada masa yang sama, saya juga setia berdoa agar dimurahkan rezki. Saya tahu, ramai menantikan kemunculan mujahid kecil di rahim ini. Saya dan suami apatah lagi. Makanya, saya mengharapkan doa berterusan dari kalian. 

Saya redha terus redha. Mungkin walau rezkinya bukan sekarang, mungkin esok atau lusa. Saya dikira masih bernasib baik. Usia perkahwinan saya baru 4 bulan lebih. Jika ALLAH belum mengurniakan benih suc itu di rahim ini, mungkin DIA mahu saya lebih mengenali suami, maksud di sini, mendalami segala apa yang pada suami, sementara masih lagi berdua. InsyaALLAH, saya mahu menghargai setiap saat kami bersama.


p/s : Usah terlalu mengharap---> pesan pada diri

Thursday, October 7, 2010

Saat Lafaz Sakinah

Assalamualaikum wbt

Hari ini langsung tiada kerajinan menulis. Makanya saya mahu berkongsi tentang sebuah lagu nasyid bertajuk Saat Lafaz Sakinah, dendangan kumpulan Far East.

Nasyid ini walau saya dengarinya berulang kali, pasti air mata mengalir laju. Sangat mendalam liriknya. Tentang seorang wali yang menyerahkan amanah dan tanggungjawab kepada sang suami anak nya. Mengingatkan saya pada saat itu, saat akad nikah saya pada 4hb Jun 2010.

Saat lafaz akad nikah

Suamiku mengucup tangan buya..

Sama-samalah kita hayati video dan lirik nya


Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu.

Monday, September 20, 2010

Kereta oh kereta

Assalamualaikum wbt
Kredit gambar : Sini

Semenjak belum memiliki kereta, sepnajang 3 bulan lebih mendirikan rumah tangga, kami bergerak ke sana ke mari hanya dengan menaiki motor. Kadang saya akui, saya merungut akan kepayahan itu. Namun, hari demi hari redha juga. Saya perlu menjadi isteri yang bersyukur. Apatah lagi saya tahu x selamanya kami begini. Dan Alhamdulillah, tidak lama lagi suami saya akan membeli kereta.

Kereta apa? Biarlah rahsia. Yang pastinya, untuk masa yang terdekat ini, saya telah diberi tugasan untuk 'survey' di Internet tentang segala apa yang berkaitan kereta samada dari segi rate interest untuk loan, maintanence, dan bajet sampingan bagi kereta sedan seumpama Vios atau Honda City.

Di sini, saya ingin memohon pertolongan dari semua blogger di luar sana agar dapat berkongsi pendapat, pengetahuan serta apa-apa yang bermanfaat. Jika dapat beri link berkaitan, sudah tentu lebih baik.

Sekian, wassalam.

Friday, August 6, 2010

Kembali seperti sedia kala

Assalamualaikum wbt

Selamat datang ke LAMAN BLOGKU

Alhamdulillah bertemu lagi dengan hari jumaat. penghulu segala hari. Dan minggu ini rutin harianku kembali kepada asal. Ini kerana sebelum ini aku berada di Kelantan pada minggu lepas hampir 5 hari. Meninggalkan suami buat seketika. Kerana ada hal penting yang perlu diuruskan iaitu mengambil surat beranakku untuk digunakan pada temu duga serta membuat pengesahan sijil.

Dan abang juga pada hujung minggu lepas ke Port Dickson, menghadiri Staff Day companynya di sana. Jadi tiada isu siapa tinggalkan siapa..hehe...tp aku la yang paling lama meninggalkan abang, siap minta extend satu hari lagi nk dok Kelantan lama2 sket..hehe



Best tak tengok perkataan bergerak di atas? aku suka..hehe

Wednesday, June 30, 2010

Cerita hujung minggu lepas..

assalamualaikum wbt...

Masa yang terluang, blog sentiasa ter'update'. Hehe. Kali ni nk kongsi tentang cerita hujung minggu lepas. Minggu lepas kami ke Serdang terlebih dahulu sebeleum ke Bangi. Kedua-duanya untuk menziarahi saudara dari sebelah suami.

Setelah selesai berkunjung, abang bertanya sama ada mahu ke KUIS atau tidak. Aku mengiyakan sahaja kerana sebelum ini memang aku yang beria-ia mengajaknya untuk menyaksikan Konsert Amal Nur Kasih. Sebelum itu, kami ke Masjid yang berhadapan KPTM bAngi untuk menunaikan Solat Asar. Suami sempat bercerita itulah kolejnya semasa zaman matrikulasi dahulu, 1st batch.

Kemudian, kami bergerak ke KUIS. Perjalanan agak lama dan kami tiba hampir waktu Maghrib sudah. Sempat meronda-ronda sebelum ke masjid menunaikan Solat Maghrib. Sejuk rasa hati berada di sini. Teringat bumi Maahad, biahnya lebih kurang sama. Biah solehah, alhamdulillah. Rindu suasana di Maahad...

Masjid KUIS (sumber)

Usai bersolat, berpusu-pusu pengunjung serta pelajar KUIS sendiri bergerak ke dewan. Sebenarnya tak berniat untuk masuk menonton kerana abang perlu ke site jam 12 malam nanti. Kami hanya sempat meronda-ronda di gerai luar dewan dan sempat aku membeli sehelai baju lubah. Niatnya hanya mahu membeli buku, tapi abang cakap, habiskan dahulu buku di rumah yang masih bertimbun..hehehe

Setelah itu, kami bergerak pulang. Sempat singgah di Steak Home menikmati makan malam di situ. Jumpa bos abang, dan bila abang nak bayar bil, cashier tu cakap yang bos nya sudah membayar bil untuk kami. alhamdulillah, rezki pengantin baru masih berlum terputus setakat ini.

KLCC di waktu malam

Hari Ahad pula kami ke rumah Pok Teh untuk bertemu buya di sana. Selepas solat Asar kami ke KLCC untuk ke show room Sharp dan oleh kerana hari itu adalah hari terakhir promosi, abang akhirnya membeli TV di siru..Hehe..thanx my dear hubby..

Tiada apa yang dikongsi. Hanya kisah kami menghabiskan hari minggu. Hari minggu yang ada digunakan sebaiknya kerana bermula minggu depan, kuliyah Master abang akan bermula. huhu..

Sekian, wassalam.

Bandar Kinrara, Puchong.
2 Julai 2010