Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Cerita Konvokesyen

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, 16 Oktober 2010 menjadi tarikh yang bermakna dalam hidupku. Peristiwa yang menjadi simbolik kepada selesainya sudah proses menuntut ilmu di UPSI. Alhamdulillah, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kimia) dengan Kepujian kini dalam genggaman. 

Walaupaun pada awalnya, semangat ini hilang apabila mendapat berita dari kakakku, Dr Angah yang mengatakan ummi sakit dan beliau perlu mendapatkan rawatan segera pada 14 Oktober. Dan Kak Ngah memberitahu yang Ummi memang tidak boleh berjalan jauh, kerana ada lemah jantung. Keadaan ummi agak lemah. Apabila aku menghubungi ummi, air mata menitis laju mendengar suara ummi yang lemah.

Apapun, aku harus pergi juga ke konvokesyen memandangkan jubah sudahpun diambil. Terima kasih buat suami, kak long & Abang Syah yang sudi untuk bersamaku ke Tg Malim. Kami bertolak agak lewat iaitu jam 12.00 tengah hari dan di pertengahan jalan pula, trafik sesak kerana ada kemalangan. Dalam hati, sangat bimbang kerana takut terlambat. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami.

Kami tiba jam 1.20 petang. Terkekeh-kekeh aku berlari ke Auditorium, menempah gambar, memakai jubah dan seterusnya mendengar taklimat. 

Terasa malas pula untuk bercerita panjang. Ayuh, kita layan gambar sahaja.

Kak Long tolong pakaikan jubah

Semasa taklimat

Perarakan masuk graduan

Bersama sahabatku, Aqilah Hanis.. InsyaALLAH, ku doakanmu sahabatku..kau YB terhebat

Bersama suami tersayang

Bersama Kak Long & Abg Syah

Bersama Anisah & Hala

Semasa pemulangan jubah konvo

Bersama Raihah, housemataku sms sem 1&2

JF..Maaf x dpt bersama kalian bergambar, tapi saya tetap bersam kalian, insyaALLAH

Monday, March 29, 2010

Sukan Sekolah

Assalamualaikum wbt...

Amat lama tidak menulis. Alasannya kerana laptop. Laptop yang skrinnya meragam. Sekarang, alhamdulillah, dh dibaiki. Terima kasih buat yang setia membantu di kala memerlukan, sahabat2 juga teman. Terutama kepada Puan Sabiha yang sudi meminjamkan laptopnya selama hanpir sebulan.

Sungguh, 'mood' untuk menulis hampir tiada. Lebih selesa untuk melayari 'facebook' jika 'online' selain membaca blog sahabat2 yang aktif menulis. Apatah lagi, aku kembali ingin membaca, agar tidak sia2 aku berhabisan untuk membeli buku2. Namun, ingin aku kongsi sedikit tentang dunia praktikumku.

Kejohanan Sukan dan Balapan Sekolah kali ke-29

Seminggu sebelum acara penuh berlangsung, seminggu itu juga aku di padang Stadium Sultan Sulaiman. Menjadi hakim penamat, pencatat masa juga sebagai 'person-in-charge' untuk rumah Putra. Dan kerana itu, kulitku bertukar warna akibat berjemur di bawah panas terik mentari. Kesempatan yang ada ini digunakan untuk mengurangkan sedikit tekanan mengajar apatah lagi 'homesick'.

Tidak banyak yang ingin aku tulis. Cukup untuk aku nyatakan bahawa aku sangat bangga dengan pelajar2ku. Walau mereka banyak main-main dalam bidang akademik, namun aku dapat menyaksikan kesungguhan mereka dalam acara sukan mahupun perbarisan. Apatah lagi pelajar 4 Damar dan 4 Beringin yang hampir keseluruhan melibatkan diri dalam acara sukan, perbarisan mahupun persembahan. Syabas dan tahniah untuk mereka!!!

Let the pictures do the talking. Watch out!!!

Latihan dulu...


Acara lontar peluru. Qimi dapat emas tu.


Berlatih di bawah penat mentari. Tak sia-sia kerana berjaya mendapat naib johan perbarisan.


Gambar atas dan bawah : Sedang membuat 'warming-up' untuk acara tarik tali


p/s : Tahniah untuk rumah Putra. Walau sekadar naib johan. ('',)

Wednesday, October 28, 2009

Test Drive..


Buya sdg test drive kereta menantunya (Mitsubishi LANCER)...


Entry saja2...tiba2 rasa cm nk test drive keta ni..Abang Alim nak bg kah? hehehe...klu bg pon, x leh jg..rasa cm kaki x smpai nk tekan pedal minyak....hehehe

Pemilik sbnr kereta ini...My brother in law...Dr Azizul Alim (muka Dr Angah x nampak,hehe..jgn mare)


Abg Alim dan Kak Ngah..



Raya 2009

Tuesday, October 20, 2009

Ijtima' Aidilfitri Kelab Rakan Surau Ar-Rashidin, KHAR



Ahli Muslimin..

Ahli Semester 7


Ahli Muslimat

~Teruskan perjuangan adik2ku ~




Friday, May 1, 2009

Cuba-cuba...


Gambar yang dihasilkan akibat dari ke'relax'an melampau selepas dua 'killer' paper semalam. Instrumentation Analytical Chemistry & Introductiry Physics 2 semalam...Ada lagi satu paper. Industrial Chemistry this coming Monday...Moga dipermudahkan..InsyaALLAH

Penghuni 3-1-2


Assalamualaikum...

Mengisi masa lapang dengan meng 'edit' gambar. Me'release' tension seketika. Perkenalkan semua hosmet saya yang comel lote...hehehhe...Semusim bersama, seabad terasa...

Monday, April 27, 2009

Cuba-Jaya



Salam..testing...hahaha...bakal mengalahkan exco media KHAR...hahaha..gurau saja...rajin nak mengedit gmbar sendiri..inilah hasilnya...mesti lepas ni akan ada ramai permintaan. Boleh, kna bayar seposen..hehe