Wednesday, April 10, 2013

Air tangan suami

Salam.. Saja2 nak post malam2 buta ne.. Td abang balik lmbt.. Tp dia lum makan lagi..Oleh kerana x nak isterinya masak sbb dh tgh malam,makanya dia kata nak masak sndri.. Isteri x sampai hati p tolong potong2 sayur.. Sambil2 cuci peti ais.. Maka,inilah hasilnya.. Maggi hailam katanya.. Isteri join skaki makan sepinggan...Hahaha..romantik gitu..

Sunday, March 31, 2013

bUAT SUAMIKU..

Assalamualaikum wbt
Kembali bersua di laman maya ini. Ada sesuatu yang membawa ku kembali mencoret di sini. Suatu kerinduan untuk  menulis. Detikan hati dari sang Pencipta untukku mula menekan papan keyboard laptop si suami.

Keberadaanku di kampung suami, di Kedah, menyelusuri perjalanan hidup si suami. Masih banyak yang perlu ku pelajari, ku dalami, ku kenali tentang seorang insan bernama suamiku. Menitis air mata ini mencoret kata-kata di sini. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Betapa banyak dosaku kepada seorang insan bernama suami. Namun, dia masih setia menuturkan kata-kata nasihat buat isterinya ini. Isteri yang penuh rasa cemburu, baran tak tentu hala, emosi kadang menggila. Sabarnya dirimu duhai suami.

Terima kasih kerana masih lagi sudi bertahan dengan diri ini. Dirimu terlalu mulia buatku duhai suamiku. Rasa cemburuku kerana takutnya aku pada kehilangan kasihmu pada yang lain, barannya aku kerana marahnya aku mengharapkan peduli darimu, emosinya aku bila kadang jiwa terusik mengharapkan perhatian darimu.

Namun, hakikatnya aku ini tidak bersyukur. Allah telah kurniakan suami yang terlalu sempurna buatku di depan mata. Namun, syukurku entah ke mana. Allahu rabbi...

Ya ALLAH,
Engkau saja yang MAHA MENGETAHUI..
Rasa kasih ini pada suamiku,
Rasa sayang ini pada suamiku,
Rasa cinta ini pada suamiku,
Kerna itu, ku harapkan hidayahMU untuk diri ini berubah
Berubahku biarlah keranaMU YA ALLAH,
Berubah menjadi hambaMU yang tahu erti syukur,
Untuk menghargai hadirnya lelaki itu bernama SUAMI...

Buat suamiku,
Maafkan segala dosaku selama ini
Buat suamiku,
Teruskan nasihati aku agar tidak terus begini
Buat suamiku,
Terima kasih terimaku seadanya aku dari dulu hingga saat kini
Buat suamiku,
Sayangi aku seperti mana dulu hingga kita berdua berpisah mati
Buat suamiku,
Doaku sentiasa buatmu

Abang, UHIBBUKA LILLAHI TA'ALA..

 

Saturday, September 29, 2012

Umar 10 bulan

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 26 Sept yang lepas Umar genap 10 bulan..Tapi cam biasa setiap kali nak beralih bulan mesti anak Ummi x sihat. Dah seminggu Umar cirit birit. Masih belum sembuh. Cuma yang leganya dia dah x muntah.

Semoga cepat sembuh syg...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, June 8, 2012

Umar 6 bln

Umar dh pon 6 bln..dh introduce solid food dh kt dia..alhamdulillah


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, May 31, 2012

Kembali bersiaran

Assalamualaikum.

Lamanya x update blog..citer bersalin pon lum abes..hehe..insyaAllah akan dihabiskan ceritanya x lama lg..hee


Published with Blogger-droid v2.0.4