Tuesday, July 22, 2008 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Tiupan semangat dari seorang sahabat..

aminah: ateh..dlm surah almaidah ayat 54
aminah: Allah ada berfirman: Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui
aminah: kita perlu ingat setiap yg keje dpt. itu satu peluang utk kita tingkatkan iman kita
aminah: dan setiap org Allah bg peluang yg pelbagai
aminah: dan bersyukur la kita masih diberi peluang dan ruang utk kita lebih dekat dengan Allah
aminah: ateh...mcm2 ujian yg Allah berikan pd kita
aminah: Allah nak tengok sejauh mana kita ni bertaqwa paanYa
aminah: sejauh mana kita ingat padaNya bila kita lemah dan kuat


Duhai Teman Duhai Sahabatku
“Teman yang soleh, malunya mengatasi perawan,beraninya mengatasi pahlawan..cintanya bukan pada gambaran,rindunya bukan pada pertemuan, tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…

aminah: Jangan diharapkan sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….

1 comments:

nailah87 said...

Alhamdulillah Ya Allah kerana Engkau telah menganugerahiku shbt2 sejati, yang sering menyuntik semangat dikala ku lemah, menasihati dikala ku terleka, sedia berkongsi cerita suka duka,memimbing diri ini dalam mengapai redhaMu Ya Allah... Kekalkan kemesraan antara hati2 kami dalam memikul amanah da'wah ini..

sahabatmu yg sentiasa mendoakan utkmu dan untuk islam
~al-faqirah ilallah~