Wednesday, December 10, 2008

Siri I : Medan, the journey of experience..


Dalam kesibukan menjalani persiapan majlis kesyukuran sempena perkahwinan kak ngah esok, Dr Nur Aini Syakirah, tiba-tiba berlegar-legar di fikiran kenangan ketika di Medan. Baru ku teringat, aku belum berkongsi di dalam blog ini tentang lawatan ku ke Medan, sempena progarm 'Penjelajahan Bakti ke Medan, Indonesia.' Bukan mudah untuk pihak kami, JMK 07/08 untuk melaksanakan program ini memandangkan ianya melibatkan program ke luar dari Malaysia, yang memerlukan banyak prosedur yang agak kompleks seperti kebenaran dari pihak KPT, pelepasan nama-nama ahli lawatan oleh Wisma Putera dan sebagainya. Tidak termasuk kesusahan dalam mencari tajaan untuk menampung perbelanjaan bagi lawatan ini. Kami juga terpaksa menjalani ROS 1 dan ROS 2 seminggu lebih awal dari pelajar-pelajar yang lain. Bukan sesuatu yang mudah...

Dan Kerana Itu...
Dan kerana itu, aku sangat menghargai peluang keemasan ini, untuk bertapak di bumi orang, luar dari negara ini, dalam menimba pengalaman, merantau, melihat kebesaran ciptaan Allah di bumi Medan ini. Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman, syukur kurniaan Tuhan.. Alhamdulillah..

22 hingga 26 Jun 2008 : PENJELAJAHAN BAKTI KE MEDAN,INDONESIA


Bergambar di hadapan Istana Maimun.

Kami menunggu bas di kolej seawal jam satu pagi untuk bergerak ke LCCT. Di LCCT, kami menikmati sarapan yang teramat pagi iaitu seawal jam 5 pagi di restoran makanan segera, McDonalds. Begitu ramai umat manusia berada di sana, turut sama menunggu saat berlepas pesawat masing-masing. Kami juga menunaikan solat Subuh di sini sebelum berlepas jam 6.30 pagi. Cuak juga saat melangkah ke gerbang kapal terbang memadangkan sudah lama tidak menaiki kenderaan terbang ini. Ini kali kedua aku menaiki kapal terbang sejak aku berumur tujuh tahun (kalau x silap). Berada di antara Aqilah dan Mas memberikan ketenangan kepadaku. ('',)

Alhamdulillah, kami tiba di Lapangan Terbang Medan tepat jam 8.45 pagi waktu tempatan. Hanya sekejap masa perjalanan memandangkan Medan hanya dipisahkan oleh Laut China Selatan dari Semenanjung Malaysia. Tiba di sana, kami disambut oleh Kak Sitinur dan juga Pak Sehala sebagai pemandu pelancong kami sepanjang berada di sini.

To Be Continue...











No comments: