Saturday, February 28, 2009

...Mid Term Physic's Test......



28th February 2009.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang oleh Allah SWT utk jari-jariku ini menari di atas keyboard 'Aswad' ku ini; untuk berkongsi cebisan rasa di blog ini.

Baru sekejap tadi, baru sahaja selesai untuk menyelesaikan salah satu tuntutan dalam bergelar seorang mahasiswa universiti. 'Test' dan 'assignment' adalah suatu kebiasaan. Mid term untuk test fizik baru sahaja berlalu sebentar tadi. Alhamdulillah, aku mampu menjawab dengan penuh yakin.


Penuh Yakin...
Kali ini, aku merasakan inilah 'test' yang aku benar-benar bersedia untuk semester ini. Kerana aku benar-benar fokus untuk mengulang kaji. Punya masa yang begitu berkualiti, tiada kesibukan untuk membahagikan masa kepada program dan mesyuarat.



Komitmen....
Usah mengungkit komitmen yang kita berikan serta membandingkan dengan orang lain. Kita dan dia berbeza. Kerana masing-masing akan dipersoalkan dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. Apa gunanya sentiasa mengungkit, sedangkan apa yang kita dapat hanyalah kepenatan. Tiada pahalanya di situ. Cukuplah Allah sahaja yang membalas segalanya kepada kita kerana keikhlasan kita, tidak perlu mengungkit pengorbanan kita berbanding yang lain, kerana mereka punya alasan tersendiri.
Hormat....
Punyalah rasa hormat dengan orang yang berada di atas kita. Untuk orang hormat kepada kita, kita terlebih dahulu perlu menghormati orang lain.


....Erm.....
Sedikit luahan rasa, untuk 'mereka' supaya mengerti...
Semalam, aku berjaga hingga jam 2 pagi untuk mengulangkaji. Alhamdulillah mampu untuk sedar lebih awal, kerana dentuman bunyi dari 2 hp ku itu. Dan selepas itu, ada pula seorang sahabat yang membuat 'missed call' dan mengucapkan 'good luck' untuk test ku pagi ni. Terima kasih buat beliau ('',)
Terkadang terfikir, menjadi kebiasaan terutama kepada mahasiswa universiti untuk berjaga hingga lewat malam untuk 'study' dan juga membuat 'assignment'. Bagi yang Muslim, ini bakal menjadi permasalahan, kerana mereka akan cenderung untuk lewat bangun keesokan paginya untuk menunaikan solat Subuh. Aku tidak menudiang jari kepada orang lain, kerana aku juga pernah alami perkara yang sama. Muhasabah diri tentang perkara ini sangatlah dituntut. Sampai bila harus begitu? Tiada halangan untuk tidur lewat, tapi perlu ada keyakinan n nekad untuk mampu bangkit awal pagi...

Sedikit peringatan buat diri ini....

Tuesday, February 17, 2009

Tentang Qarin...

Assalamualaikum..

Post kali ini saya ingin bawakan sedikit perkongsian tentang 'qarin'. Ramai yang tidak mengetahui tentangnya. Moga perkongsian ini menambahkan sedikit ilmu..insya ALLAH...
Siapakah Qarin?
Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.
Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.
Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya. Caranya dengan membaca "Bismillah" sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam." (Riwayat Muslim)
Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan." (Riwayat Baihaqi)
Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi oran beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan atau kederhakaan manusia.
Wallahu 'alam

..Catatan Sebuah Kerinduan...

Adikku, Muhammad Fariz Shuyuti bin Ahmad Shuyuti, lengkap berpakaian uniform Maahad

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menaip lagi di ruangan personal ini. Melihat kepada tajuk 'post' ini, ada sedikit perkongsian tentang perasaanku pada masa ini. Aku terlalu rindu pada keluargaku, pada Ummi, pada Buya, kak long, kak ngah, abe nik, muiz, ira, adjeng dan adik. Rindu yang teramat. Hatiku punya perasan membuak-buak untuk pulang ke Kelantan. Tapi masa tidak mengizinkan. Kerana kesibukanku, sebagai seorang pelajar semester 6, seorang yang berorganisasi...Tapi hati kadang2 begitu sedih, aku langsung tak punya masa untuk diri. Sehinggakan terfikir untuk men'diamkan diri' buat seketika dari semua ini. Namun, aku bimbang tentang amanah yang bakal dipersoalkan di akhirat kelak....