Saturday, February 28, 2009

...Mid Term Physic's Test......



28th February 2009.....

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan dan ruang oleh Allah SWT utk jari-jariku ini menari di atas keyboard 'Aswad' ku ini; untuk berkongsi cebisan rasa di blog ini.

Baru sekejap tadi, baru sahaja selesai untuk menyelesaikan salah satu tuntutan dalam bergelar seorang mahasiswa universiti. 'Test' dan 'assignment' adalah suatu kebiasaan. Mid term untuk test fizik baru sahaja berlalu sebentar tadi. Alhamdulillah, aku mampu menjawab dengan penuh yakin.


Penuh Yakin...
Kali ini, aku merasakan inilah 'test' yang aku benar-benar bersedia untuk semester ini. Kerana aku benar-benar fokus untuk mengulang kaji. Punya masa yang begitu berkualiti, tiada kesibukan untuk membahagikan masa kepada program dan mesyuarat.



Komitmen....
Usah mengungkit komitmen yang kita berikan serta membandingkan dengan orang lain. Kita dan dia berbeza. Kerana masing-masing akan dipersoalkan dengan amanah yang dipertanggungjawabkan. Apa gunanya sentiasa mengungkit, sedangkan apa yang kita dapat hanyalah kepenatan. Tiada pahalanya di situ. Cukuplah Allah sahaja yang membalas segalanya kepada kita kerana keikhlasan kita, tidak perlu mengungkit pengorbanan kita berbanding yang lain, kerana mereka punya alasan tersendiri.
Hormat....
Punyalah rasa hormat dengan orang yang berada di atas kita. Untuk orang hormat kepada kita, kita terlebih dahulu perlu menghormati orang lain.


....Erm.....
Sedikit luahan rasa, untuk 'mereka' supaya mengerti...
Semalam, aku berjaga hingga jam 2 pagi untuk mengulangkaji. Alhamdulillah mampu untuk sedar lebih awal, kerana dentuman bunyi dari 2 hp ku itu. Dan selepas itu, ada pula seorang sahabat yang membuat 'missed call' dan mengucapkan 'good luck' untuk test ku pagi ni. Terima kasih buat beliau ('',)
Terkadang terfikir, menjadi kebiasaan terutama kepada mahasiswa universiti untuk berjaga hingga lewat malam untuk 'study' dan juga membuat 'assignment'. Bagi yang Muslim, ini bakal menjadi permasalahan, kerana mereka akan cenderung untuk lewat bangun keesokan paginya untuk menunaikan solat Subuh. Aku tidak menudiang jari kepada orang lain, kerana aku juga pernah alami perkara yang sama. Muhasabah diri tentang perkara ini sangatlah dituntut. Sampai bila harus begitu? Tiada halangan untuk tidur lewat, tapi perlu ada keyakinan n nekad untuk mampu bangkit awal pagi...

Sedikit peringatan buat diri ini....

No comments: