Monday, April 20, 2009

Salam Imtihan.....



Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menulis dalam blogku ini. Sementara menunggu azan Zohor, ambil sekejap peluang untuk jari ni menari di atas key board 'Aswad' ku ini.

Sekarang, adalah musim peperiksaan di Universitiku ini. Esok adalah 'paper' first ku untuk semester ke-6 ku. Berikut adalah jadual exam ku :
-
align="center">
1) Reseach Method - 21 April 2009
2) Environmental Science - 23 April 2009
3) Planning & Implementation of Chemistry Curriculum - 24 April 2009
4) Introductri Physics 2 - 30 April 2009
5) Instrumental Analytical Chemistry - 30 April 2009
6) Industrial Chemistry - 4 Mei 2009

Jadual 'final exam' kukira seperti juga semester2 sebelum ni, punya 'gape' yang sederhana. Moga diberi kemudahan serta ketenangan hati untuk menjawab dengan penuh yakin nanti, insya-Allah.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menempuhi Peperiksaan kepada mereka yang sudi menjenguh ke blog ku ini. Sama-sama kita perbetulkan kembali niat kita dalam menempuh peperiksaan ini. Bukan semata-mata untuk mencapai keputusan cemerlang untuk menggapai ijazah, tetapi untuk membawa bersama kejayaan Islam kerana kita seorang Muslim. Itu lebih utama. Moga kejayaan yang bakal diterima mampu membuktikan segalanya. Aku juga ingin memohon seribu kemaafan kepada sesiapa sahaja di luar sana.


Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.


Ayuh sama-sama kita berjuang! Bittaufiq wan Najah!
Wassalam.


No comments: