Tuesday, May 12, 2009 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

..Hati makin sayu...









Assalamualaikum....

Beberapa hari lagi bakal menamatkan jawatan sebagai Setiausaha Agung, JMK KHAR 08/09. Tidak dapat menggambarkan perasaan ini. Sedih, gembira, lega, atau apa lagi? Sedih mengenangkan memori-memori lalu yang sentiasa menggamit rasa. Pasti merindukan saat2 itu. Bersusah-payah dalam menjalankan program, berhadapan dengan pelbagai karenah penghuni kolej, mengumpul pengalaman berhadapan dengan pelbagai masalah samada dari pihak atasan mahupun pihak bawahan. Semuanya itu sangat manis untuk dikenang walaupun pahit yang dirasai apabila ianya berlaku. Gembira dan lega pula untuk melepaskan amanah ini kerana jawatan ini bukanlah cukup senang untuk dipegang. Terasa bagaikan hilang suatu beban yang sangat berat di bahu ini.

Hari ini 12/05, suasana sungguh sunyi di kolej ini. Aku ingin menggamit kenangan2 dahulu. Empat semester memegang jawatan di kolej, masa cuti semesterku sering dikorbankan. Mengorbankan masa yang sepatutnya untuk aku peruntukkan untuk bersama keluargaku di kampung. Namun, aku tahu, keluargaku memahami, terutamanya buat ummi dan buya bahawa anaknya di sini ada tanggungjawab besar di sini. Waktu cuti begini dahulu banyak aku habiskan untuk menyempurnakan gerak kerja sebagai JMK bersama-sama sahabat perjuangan. Banyak pahit manis yang kami harungi bersama. Kerana itu, aku sangat menyayangi mereka. Harap mereka tahu, kasih sayang ini kerana ALLAH SWT. Walaupun aku tahu, bukan banyak usaha dakwah ku buat mereka, namun aku melihat beberapa perubahan positif pada mereka. Hari ini juga JMK2 baru bertolak ke Janda Baik untuk berkursus di sana. Selamat berjuang buat pimpinan2 baru.

Buat sahabat2 JMK ku, memori dan kenangan yang tercipta tidak akan ku lupa. Buat sahabat2 JMK2 ku :-

Di medan ini kita bersua;
Di medan ini kita berjuang;

Berdepan kawan mahupun lawan.

Di medan ini kita menangis bersama;

Di medan ini kita ketawa bersama;

Berhadapan panit manisnya perjuangan.

Apakah bisa ku lupa?

Saat kau meghulurkan bahumu untuk berkongsi kesedihan ini.

Kadang berpura turut ketawa gembira bersama susuk ini.

Walaupun hakikatnya di hatimu penuh kesayuan.

Senyumanmu merawat duka;

Tangismu menggamit jiwa.

Terima kasih buatmu;
Mengajar ku mengenal kawan mahupun lawan;

Melontarkan kesedihan, kemarahan dan kegeramanmu.

Kerana hatiku penuh emosi........
U all I love because of Allah...
Moga ukhwah kita berpanjangan.
'Semusim bersama, seabad terasa....'

1 comments:

Grup Generasi Al-Fatih said...

salam ateh... moga kesayuan itu akan lebih bermakna jika kita menghargai setiap sahabat2 yang kita temui di saat2 akan berpisah...


apa-apapun... moga-moga mengubat kesayuan... datang ziarah blog abang.. ada hadiah sikit untuk diberi dan dikongsi..datang ya!!