Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Bismillah wal hamdulillah....
Alhamdulillah...masih diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA ini...berada di penghujung semester membawa makna bahawa mereka yang bergelar mahasiswa akan berdepan dengan ujian nilaian dunia iaitu ujian akhir semester. Musim 'study week' menjadi landasan untuk pecutan akhir buat semua untuk mengulang kaji serta meng'cover' topik2 penting serta 'hint' yang diberikan oleh lecturer yang bermurah hati. Begitu juga dengan soalan 'past year' yang menjadi rujukan serta latihan bg menyesuaikan dengan soalan2 yang bakal diahadapi..
Betapa bersedianya kita dalam nak menghadapi ujian duniawi ini. Tapi adakah kita juga sudah cukup bersedia untuk menghadapi hari akhirat sana? Allahu rabbi.. Sudah cukupkah persediaan kita? Sungguh, manusia itu sangat pelupa. Sangat mementingkan diri juga. Kadang langsung melupakan terus bekalan di 'sana' nanti.
Ayuh kita lihat rutin harian mahasiswa apabila menjelang 'final exam'. Ini berdasarkan pemerhatianku selama hampir 7 semester berada di menara gading ini. Benarlah kata Ustaz Anhar, rutin mahasiswa pada study week bermula se'awal' 11.oo pagi.. Astaghfirullahal 'Azim... Subuhnya di mana?? Dinasour kah?Kita rela untuk berjaga sehingga lewat malam untuk 'study;. tetapi turut lewat untuk mengerjakan Subuh...Bahkan ada yang terus 'burn' begitu sahaja.. Itukah keberkatan yang dicari? Di mana berkatnya ilmu yang dipelajari sehingga lewat malam jika murka ALLAH yang bertandang.
Satu perkara lagu yang menjadi kebiasaan ialah study group. Ya, benar..keberkesanannya tidak diragukan. Namun ia juga disalah gunakan.. Atas nama study group, sepasang kekasih yang berkasih kasihan menjadikan ruang ini untuk belajar bersama-sama.. walau pada hakikatnya ada yang berlainan kos. Tiada berkatnya jika menuntut ilmu dalam keadaan bahu bersebelahan, kaki berlanggaran, tangan bersentuhan, mata bertentangan penuh nafsu...Menyerapkah ilmu di dada, pengetahuan di ingatan??? Fikirkan sendiri.. Mungkin isu ini tidak perlu dibangkitkan. Kerana, kita sudah dewasa, aku punya hak untuk memilih, aku kan mahasiswa, suka hati aku la nak buat apa pun, kubur pun masing-masing. Tetapi bak kata Ustaz Azlan Zainal tempoh hari, kerana kubur asing2 tu la aku nak tlg kau. Kalau masuk kubur sama2, leh juga aku nak tolong kau?? Hehe.. Usikan lawak beliau mengisi ceramah yang penuh bermakna...
Wahai mahasiswa... Benar, anda berhak bersuara.. Tapi bersuaralah pada hal yang sepatutnya. Pada perkara yang boleh mencabar hak kita sebagai seorang mahasiswa sebagai contoh AUKU...
Kini..Aku Kembali Pada TUHAN, kemudian aku kembali lupa TUHANPada saat genting ini, alhamdulillah, semakin ramai yang turun berjemaah di surau. Apatah lagi kalau solat hajat diadakan.. Suasana yang sangat menggembirakan, apabila syiar Islam itu sangat jelas. Namun, kenapa hanya pada waktu2 begini baru ada yang cenderung untuk solat berjemaah, membaca Quran dan lain2 lagi.. Bukan niatku untuk mempersoalkan tentang perkara2 kebaikan ini, namun apa yang ingin disampaikan, kenapa hanya pada waktu begini baru kita mencari Tuhan?? Bagaimana dengan hari2 sebelum ini? Bilamana kita sibuk dengan pelbagai aktiviti, assignment, tutorial dan kuiz, tuntutan agama diletak ke tepi...
Ayuh sahabat2..kita muhasabah kembali diri kita.. Masih belum terlambat untuk meraih redha Tuhan... Allah itu Maha Pemurah, taubat kita sentiasa ditungguNYA untuk diampunkan. Ayuh, kita cari redha ALLAH, raih restu ibu ayah...Moga tenang untuk kita berhadapan dengan ujian duniawi yang tidak sedikit nilaiannya...
Ujian Akhir Semester Terakhir
InsyaALLAH, 'final exam' kali ini adalah yang terkahir sebelum aku keluar menjejak dunia praktikum pada semester hadapan. Sayu kadang2 mengenangkan detik perpisahan yang semakin hampir.. Namun, perjuangan perlu diteruskan. Saat itu tetap tiba jua....
Berikut jadual 'exam' ku pada semester ini..
2/11/09 - Organic Synthesis
4/11/09 - Coordination Chemistry
9/11/09 - Kinetic Chemistry
Jadual exam sederhana perjalanannya... Ya ALLAH, Engkau berilah ketenangan kepada ku dalam menghadapi saat itu... Semoga keberkatan sentiasa bersamaku...
Buat sahabat2 dan adik2 di luar sana, ayuh kita buat yang terbaik, jika tak mampu buat kerana diri, ingat ayah bonda yang setia menanti kejayaan kita. Namun, apa yang paling utama, segalanya hanya untuk ISLAM.... ALLAHU AKBAR!!! Doakan kejayaan bersama...
p/s : Apa yang aku buat untuk ISLAM hari ini?
1 comment:
Salam imtihan. Moga dipermudahkan segala urusan. Harap dapat keputusan yang cemerlang. Dan...selamat berpraktikum. Teruskan berjuang...
~Mencari Erti Cinta Hakiki~
pemuda@gama
pemudaagama.blogspot.com
Post a Comment