Thursday, December 17, 2009

Takziah buat Nurul Azrizal Osman

Assalamualaikum wbt....

Alhamdulillah, bertemu lagi di ruangan ini. Terfikir juga, kemudahan 'broadband' yang ada tidak diguna sebaiknya, memandangkan 'blog' ini kadang2 dibiar begitu sahaja. Bukan enggan menulis, kadang2 'mood' untuk menulis perlu dicari. Isu dan perkongsian yang ingin ditulis di sini perlu difikirkan samada sesuai atau tidak. Walau bagaimanapun, itu tidak menjadi masalah memandangkan blog ini kewujudan asalnya hanya untuk luahan rasa. Perkongsian di alam maya yang kadang bakal menjadi memori untuk ditatap pada masa mendatang.

Takziah...
Sesuai dengan entrynya, banyak perkara berlaku di sekitarku; kisah duka dan pedih, ujian buat insan yang sangat dekat denganku. Takziah buat Nurul Azrizal Osman atas kehilangan bondanya yang tersayang yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Disember 2009 bersamaan 24 Zulhijjah 1430H. Sungguh kematian itu sungguh mengejutkan. Kematian sangat mudah setelah demam tiga hari. Menghembuskan nafas yang terakhir di pangkuan anaknya dalam perjalanan ke hospital. Alhamdulillah, arwah sempat mengucap.

Sungguh kematian yang sangat mengejut. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Kesedihan yang ku alami sudah tentu tidak sama dengan apa yang dirasai oleh anak2 dan suaminya. Menitis air mata abah iJAN (Pak Cik Osman) tika menceritakan saat kematian isterinya apatah lagi mengenangkan anaknya yang istimewa yang sangat rapat dengan arwah. Begitu juga dengan abang long yang tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali terakhir memandangkan beliau berada di Jerman kerana menjalani 'training' di sana. Begitu juga dengan kak Zura (anak ke-2) yang pulang ke kampung untuk melahirkan anak sulungnya (due date : 14 Disember 2009), bergenang air mata setiap hari memandangkan ibunya meninggal di pangkuannya serta tidak sempat untuk menatap wajah cucunya. Dan buat Nurul, pemergian ibunya sangat terasa apatah lagi majlis pentingnya bakal berlangsung Jun 2010. (sedih wuuu~)


Arwah bersama anaknya


Kematian itu menuntutku untuk ku ke Kedah secara 'on the spot' mewakili keluargaku memandangkan ayahku kurang sihat untuk 'drive' ke Kedah untuk menziarahi keluarga Nurul. Alhamdulillah aku sempat ke kubur arwah. Seharian sahaja aku di Kedah, masa yang ada ini juga sempat untuk aku berjumpa sahabat matrikku, Aminah Suhaimi memandangkan beliau bekerja di Pokok Sena. Beliau mengambilku dari Pokok Sena untuk ke rumahnya di Pendang menikamti makan malam di sana. Syukran jazilan kathira buat Aminah kerana sanggup mengambil dan menghantar ateh pulang dengan motosikalnya walaupun jaraknya agak jauh serta sudah jauh malam. Mujur ada adiknya menemaninya. Teringat memori bila mana kami dari Kelantan membuat kunjungan 'Tour to Kedah' selepas menamatkan pengajian di Matrik Penang (KMPP) menziarahi rumah Aminah, Najwa, dan Jannah. (Pendang dan Jitra). Sungguh manis saat itu.

Buat Nurul, semoga tabah mengahadapi saat2 ini. Sungguh, ini juga suatu ujian. Ujian yang amat berat buat dirimu. Sabarlah dalam menjalani liku-liku kehidupan ini. Anda perlu kuat kerana kamu punya abah dan adik yang perlu diberi perhatian.

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam pula telah bersabda bahawa apabila seseorang yang telah mati, sama ada para nabi, para rasul atau para wali maka semua tangungjawab dan segala urusannya dengan persoalan dunia telah tamat, selesai dan terputus sehingga tiada kaitan dan hubungannya lagi dengan dunia dan para penghuninya kecuali tiga perkara sebagaimana sabda baginda:

اِذَا مَاتَ اْلاِنْسَـان اِنـْقـَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ : صَدَقَـةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمٍ يـُنـْتـَفَعُ بـِهِ ، أوْوَلـَدٍ صَالحٍ يـَدْعُـوْلَهُ

"Apabila mati anak Adam, putuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan atau anak soleh yang mendoakannya."

Buat diriku,
'cukuplah mati sebagai peringatan bagimu'

No comments: