Monday, January 25, 2010

KEMBALI MENULIS

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, ruangan ini kembali dimanfaatkan. Terasa agak lama membiarkan blog ini tanpa 'entry' yang baru. Sudah hampir 2 minggu berada di bumi Klang ini. Dan juga sudah hampir 2 minggu diri ini menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) yang akan disusuli pula oleh praktikum di sekolah yang sama selama 14 minggu. Huhu... Sungguh mencabar berada di sekolah yang 'istimewa' dan 'terpilih' ini. Terasa detik demi detik lambat berlalu, kerana tidak sabar untuk menamatkan pengalaman 'manis' yang sedang dilalui ini.


DUNIA PRAKTIKUM

Setelah 7 semester menanam teori, 16 minggu pula masa yang diperuntukkan untuk menilai serba sedikit praktikalnya. Latihan mengajar atau lebih popular disebut praktikum begitu mencabar. Sangat2 mencabar. Ianya bukan soal set induksi, lesson plan, atau ABM, namun realiti dalam berhadapan pelbagai karenah pelajar sekolah menengah yang seribu macam. Suasana baru, sudah pasti, sedikit masa diperlukan untuk diri ini mengadaptasi agar mampu berhadapan dengan segala cabaran ini. Setelah semangat bagai hilang seketika akibat suatu pemergian, namun digagahkan juga, berkat doa dan sokongan keluarga dan sahabat-sahabat seperjuangan.


Masih terlalu awal sebenarnya untuk merungut segala apa yang dihadapi di sekolah, namun hati dan jiwa ini perlu ditabur sepenuhnya rasa 'sabar' itu. Usah terlalu difikirkan tekanan di sekolah, ini baru praktikum, belum sebenarnya 'posting'. Realiti tugas guru sekarang, bukan sekadar mengajar, bahkan mendidik. Kamu yang memilih jalan ini, so hadapinya, ateh!!! Heheh. Sekarang belum ada 'mood' untuk berkongsi cerita di sekolah, next time..Huhu

Road To Tg Malim

Sempat untuk aku ke Tg Malim hujung minggu yang lepas. Selesai sahaja sekolah ganti, terus menuju ke stesen komuter Klang untuk bergerak ke Tg Malim. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Terubat sedikit kerinduan pada bumi muallim itu. Mengambil peluang yang singkat itu untuk membantu sedikit sebanyak yang termampu dalam kempen Pilihanraya Kampus (PRK) yang sedang rancak berlangsung sekarang. Terubat kerinduan bertemu sahabat, adik2 dan teman2 seperjuangan yang lain. Huhu...

Buat semua mahasiswa pendidik samada yang berada di Tg Malim mahupun yang sedang berpraktikal, silalah prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling anda. PRK sedang berlangsung. Bagi mereka yang layak mengundi, tunaikan hak anda. Inilah masanya untuk memilih pemimpin yang dirasakan benar-benar layak untuk mewakili anda semua, yang bisah membawa suara mahasiswa agar kebajikan sentiasa terjaga. Buat teman2 seperjuangan yang sdg berpraktikal, walau kita tidak layak mengundi, namun silalah ambil tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku di UPSI. Jadilah mahasiswa pendidik yang benar2 prihatin!!!

p/s :- Berada di Tg Malim membawa kepada imbauan kenangan lama. Bergerak kerja selama 3 kali sesi PRK membawa kepada memori yang terpahat indah bersama seribu satu pengalaman dan ceritera...

Banner Kak Nurul tika PRK sesi 07/08

Rapat umum sesi PRK 08/09

Benar-benar menggamit kenangan lalu. Betul la kata-kata sahabatku Aqilah, adik2 di UPSI perlu menghargai saat bergelar mahasiwa ketika di alam kampus, kerana bila sudah berada di luar kampus, saat-saat dan pengalaman2 lalu begitu berharga serta akan sentiasa dirindui...

Jadilah mahasiswa pendidik yang berprinsip, biar keberadaan kita di kampus dirasai kewujudannya, bukan sebagi picisan sahaja, yang hanya tahu ke kuliah dan berada di bilik tanpa bermanfaat kepada yang lain..

No comments: