"Syukur adalah taat seluruh badan, baik sembunyi mahupun terang-terangan serta secara lisan dan dalam hati. Secara tak langsung, ia akan mengelak dari maksiat'' -Ibnu Abbas-
Assalamualaikum wbt...
Dah lama ingin menulis tentang 'entry' ini. Pagi ini, penulisan ini dimangkin pabila berdiskusi dengan adik usrahku, Fatimazurin. Aku mengungkap tentang perlunya faham tentang konsep syukur.
Bersyukur
Syukur, sesuatu yang mudah untuk dilafazkan. Syukur pada Allah, ucaplah 'Alhamdulillah' dan untuk manusia, kita dianjurkan untuk berterima kasih. Itulah akhlak Islami. Namun, sejauh mana zahirnya ucapan syukur dan terima kasih di bibir itu benar-benar terdasar dari hati (ikhlas)? Kadangkala, syukur itu singgah bilamana nikmat itu dtg di kala kesempitan dan dalam kadar yang sedikit, sedangkan bilamana nikmat itu melimpah ruah, kita terleka penuh alpa. Dibawa dengan kesenangan nikmat yang sekejap cuma.Kita sebagau umat Islam patut bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam di samping nikmat lain yang tidak terkira banyaknya. Marilah bersungguh-sungguh mempertahankan nikmat iman dan Islam sampai ke akhir hayat.
ALLAH berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)
Itulah peringatan dari ALLAh yang sering kita dengar namun kerap juga kita terlupa. Kita sering berkeluh kesah apabila apa yang kita ingini tak tercapai, sedangkan ALLAH mengurniakan seribu satu hikmah yang terselindung di sebalik ujian ini. Keinginan dan hajat yang tak terlaksana merupakan ujian juga buat hambaNYA. ALLAH ingin melihat sejauh mana hambaNYA ini memahami konsep syukur apabila ditimpa kesusahan.
Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)
Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (QS. al-Baqarah: 185). Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud: 'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)." (QS. Sabda': 13)
Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata, "Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada mereka tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17). Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)
Banyak benar peringatan yang ALLAH bagi pada kita, cuma nak atau x kita menerimanya. Kadangkala, nikmat yang ALLAH bagi singgah sekejap sahaja di sisi kita, kemudian ALLAH tarik kembali nikmat itu. Boleh jadi kerana nikmat itu membawa kepada kelalaian kita, perasaan riya' dan sebagainya. Benarlah, segalanya mengundang hikmah yang pelbagai. Carilah ia di pelbagai sudut.
Dalam kita diuji dengan kesempitan nikmat dan kesesakan hidup, renungkan kembali, nikmat terbesar yang telah ALLAH kurniakan kepada kita, iaitu nikmat Iman dan Islam. Allahu rabbi, tak terhitung ya ALLAH nikmatMu itu pada hambaMu yang hina ini.
Pengajaran di depan Mata
Asal kepada 'entry' ini ingin ditulis akibat dari peristiwa yang berlaku beberapa hari lepas. Ketika itu aku berada di salah sebuah kedai stationary di Kota Bharu ini, bilamana aku melihat seorang pak cik mengeluarkan beberpa not wang ringgit dari poketnya lantas mengiranya beberapa kali. Mungkin kerana bimbang duitnya itu tidak cukup untuk membayar kelengkapan alat tulis anaknya. Aku faham situasi pak cik itu melihat kepada pakaiannya. Timbul rasa hiba di dada. Allahu akbar, Astaghfirullah.. Aku masih lagi boleh dikatakan senang bahkan mewah kerana poket ini tidak pernah kering, namun apa yang kulihat di depan mata benar2 merobek keegoanku. Hati bertanya pada diri, "Adakah aku bersyukur?" Kenapa sering saja timbul rasa tidak cukup dengan apa yang aku ada...Air mata menitis sepi sambil akal ligat memikrkan kala memandu pulang usai saja melihat pak cik itu...
Realiti seorang pelajar
Baru-baru ini, aku juga sperti mahasiswa lain, berdebar menanti keputusan peperiksaan. Dan 'Alhamdulillah', 'result' yang diperoleh adalah berbaloi dengan apa yang aku usahakan. Bukan aku tak pernah kecewa dalam melihat 'result' ku jatuh merudum, bilamana kala itu aku sangat sibuk dalam memegang amanah di kolej, namun itu bukan alasannya. Akibat itu bukan kerana amanah yang dipegang, tapi kerana salah sendiri yang tidak pandai mengurus masa. Pengajaran berguna dalam hidup ini. Namun, masih ku ingat kata-kata semangat dari mantan YDP ku, Cg Helmi, bila aku meluah kekecewaan padanya. Lalu katanya, 'Tak pa ateh, yang penting berbaloi dengan apa yang telah Ateh lakukan," thanx to my ex-YDP, kredit to u..)
Buat adik2ku, Syaira dan Sakinah, juga ex-adik2 usrahku, berusahalah sehabis baik. Anda masih punya banyak masa untuk berusaha sebaiknya. Setelah berusaha, tawakkalah padanya. Apa yang kita peroleh, adalah yang terbaik untuk kita, yang mampu untuk kita bawa ke hadapan.
Hakikat sang pejuang
Buat mereka yang punya kesedaran, yang sentiasa di jalan juangNYA, bersyukurlah kerana anda terplih dari berbillion hambaNYA di muka bumi ini. Walau perjuangan itu pahit, namun syurga itu manis.. KATA-KATA di bawah menghurai segalanya (Buat diriku jua..)
Memetik kata-kata Ibnu Atha'ullah Askandari : "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."
Wallahu 'alam...
kredit to :- http://www.webspawner.com/users/rencana/
No comments:
Post a Comment