Sunday, February 7, 2010

Aku Cikgu : Kisah ROS

Salam 'alaik dan salam sejahtera buat pembaca blog yang setia...(ada ke??huhu)

Alhamdulillah, mood utk menulis dtg jg. Setelah beberapa entry yang lepas hanyalah 'post' yang di 'copy & paste' daripada akhbar2 dan laman2 tertentu. Bukan tiada isu untuk ditulis, namun 'mood' ini perlu dikumpul sebaiknya. Ianya sentiasa berubah-ubah setiap hari, kesan persekolahan yang dilalui saban hari. Menguji kesabaran jua..

ROS

Alhamdulillah, sudah genap seminggu menjalani praktikum di sekolah ini, setelah dua minggu menjalani ROS (Rancangan Orientasi Sekolah). Bagus juga diadakan ROS terlebih dahulu, kerana peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk mengenal budaya dan persekitaran seluruh sekolah, di samping membuat persiapan sebelum masuk ke kelas. Sepanjang ROS, banyak diberikan untuk 'relief class' memandangkang sekolah ini kekurangan 8 org guru. Sementara menunggu guru baru serta GSTT untuk melapor diri, kami berempat sering menggantikan guru ke kelas2 tertentu. Peluang masuk ke kelas2 ini, benar2 menguji. Permulaan ROS, aku serta Imah n Suzi jg Aji boleh dikatakan agak terkedu. Tidak disangka akan berada di sekolah ini. Sungguh menguji. Pada awal2nya, aku juga agak 'down', memikirkan bagaimana mahu menyampaikan pembelajaran kerana untuk mengawal pelajar amatlah susah. Kawalan kelas dirasakan amat sukar. Pelajar2nya sungguh 'istimewa'. Namun, hari ke hari, aku cuba untuk mempositifkan kembali diri ini.

Sepanjang memasuki kelas, kebanyakan kelas yang dimasuki adalah kelas2 yang sangat' istimewa' studentnya. Alhamdulillah, ALLAH memberikan kesempatan kepadaku untuk mengenal rapat pelajar2 ber'masalah' yang sangat terkenal di kalangan guru. Permulaannya memasuki kelas 3E, aku pada mulanya menggunakan pendekatan berlembut, namun hari seterusnya, buku dan pembaris digunakan untuk mengawal mereka. Aku bertukar tegas. Kerana mereka suka merayau-rayau, mengganggu pelajar yang lain. Namun, kesempatan yang ada digunakan untuk bertaaruf dengan mereka. Memasuki kelas 5F pula, kurang 10 org berada di dalam kelas. 3 insan istimewa berjaya dirapati, walau pada awalnya mereka tidak mempedulikan kehadiranku. Mereka menyanyi, ada yang tidur, bermain hp dan sebagainya. Apabila ditegur, ambil beg, terus keluar kelas. Kesabaran diuji. Sabar dan sabar.

Dan alhamdulillah, masuk pula ke kelas 4D untuk 'relief'. Ada tugasan yang ditinggalkan oleh Pengetua (beliau mengajar kelas ini) untuk waktu Sejarah tersebut. Memandangkan waktu adalah lepas rehat, sebahagian daripada gang istimewa ini, masuk ke kelas hampir jam 10.45 pg. Sedangkan waktu rehat tamat 10.15pg. Sabar2 lg. Masuk ke kelas mcm tu je, sambil menyanyi. Lantas, aku mengarahkan untuk keluar ke kelas, untuk kembali masuk ke kelas dengan mengetuk pintu dan memberi salam. Tugasan yang diberikan, macam2 alasan juga yang didengari. "Cikgu, saya x bawa buku"; "Cikgu, apa maksud tamadun?"; " Cikgu, mana ada jawapan dalam buku teks?!"; "Cikgu, saya nak nyanyi lagu Sejarah Mungkin Berulang Boleh?". Huhu...Pelbagai alasan, ragam n karenah harus dilayan untuk menghabiskan waktu Sejarah itu. Sangat bising. Geng itu juga suka mengganggu pelajar perempuan. (Keluar sahaja dari kelas, berdoa di dalam hati, harap2 x dpt la kelas ni, huhu)

Mamasuki kelas2 lain seperti 1A & 1B, 2A & 2B, 3B dll tidaklah terlalu menguji. Pelajar tingkatan 1 dan 2 kebanyakan daripada mereka membuat bising kerana suka bermain-main. Tapi apabila disuruh membuat kerja, mereka akan patuh. (ada juga yang x). Tapi, tidaklah tercabar seperti kelas2 di atas.

Sepanjang ROS ini juga, diberi kesempatan untuk berkenalan dengan guru2 di sini. Mengambil masa juga untuk mengenali semuanya. Kita orang baru, kena hormat yang lama. Walau kadang senyuman x terbalas, tapi syukur lah. Yang penting senyuman itu ikhlas. Hehe... Di sini, ada dua orang super senior Maahad ku, Ustazah Juwita dan Ustaza Aiza. Ustazah Aiza ni adalah adik kepad Teacher Aida Mohsin yang pernah mengajarku sms di Maahad dlu...Hehe...Mmg cantik, sama muka je ngan Teacher Aida, baik plak tu. Terima kasih juga buat Cikgu Hasyuni yang sudi mendengar keluhanku. Teringat lagi ayat2nya tika berbual di laman 'Facebook'; "Hanya insan terpilih sahaja yang berada di Sri IStana ini. Dan satu lagi ayatnya,"cuma ada satu kata2 manalah tahu dalam gelapnya malam, makin bersinar bintang di langit". Sungguh mendalam maknanya. Terima kasih buat semua.

Apa yang boleh disimpulkan, kebanyakan pelajar Melayu di sekolah ini, bersikap kurang beradab secara tidak sengaja sebenarnya. Kerana kebanyakannya tidak berminat untuk belajar. Kerana itu, mereka merasakan kehadiran guru ke dalam kelas itu tidak penting, walau guru ada sekalipun, ada yang ponteng, tidur dan sebagainya. Dan bagi pelajar kaum lain, ada yang begitu menghormati guru, juga ada yang bersemangat untuk belajar, namun yang plg menyedihkan, mereka sangat kurang ajar.

Besar agenda dakwah yang perlu dilakukan Setiap kali berbual dengan pelajar2 Melayu, aku akan bertanya, "Awak solat SUbuh x pg td". Namun, kebanyakan balasan jawapan mereka amat mengecewakan terutamanya pelajar lelaki. Mereka bangun lambat, lalu tidak solat kerana perlu bergesaan untuk ke kelas. "Kalau x, saya datang lambat sekolah. Nanti kena denda plak". Entah di mana silapnya. Itu hanya sekecil-kecil alasan sebenarnya. Namun, perlu diambil sebesar-besar perhatian. Itu anak didik kita. Kita bertanggung jawab kepada mereka. Mereka mad'u kita.ALLAHU RABBI! bEsarnya amanah ini...

Banyak perkara yang perlu dilakukan....

-To be continued-

p/s : Kena 'stop' dulu. Walau jari laju saja menaip, kerana jari ini juga perlu digunakan untuk menulis lesson plan..hehe

4 comments:

-Muslim Zalli said...

Salam..
Tahniah atas entry yg di utarakan kali ini.
Ana suka untuk menyatakan bahawa sistem pendidikan kita tidak menekankan adab berguru/belajar kepada para pelajar. Ini merupakan perkara pokok yg perlu dititik beratkan kepada pelajar untuk mendapat keberkatan ilmu yg sebenar dan berkekalan. Oleh itu, kini ianya bergantung kepada kemahiran/kekreatifan guru sendirilah dalam menerapkan nilai-nilai/adab-adab yg perlu diamalkan dalam menuntu ilmu.
Berikut merupakan adab belajar/menuntut ilmu/berguru menurut Imam Al-Ghazali:
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun.
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk ditempat guru.
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaan guru dan jauhkan kemurkaan guru.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

Wallahua'lam
p/s: selamat meneruskan praktikum
wafkokAllahu fin Najah..

-Muslim Zalli, UPSI

anwarjauhari said...

alhamdulillah ..
dah dapat tangkap rentak...

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

Salam..

Muslim Zalli :- Syukran ya akhi. Benar, sistem pendidikan di negara kita agak jelas sbnrnya tidak menerapkan agama sepenuhnya. Hanya mengharapkan subjek Pendidikan Islam serta ustaz ustazah sahaja. Bahkan, hanya inisiatif guru yang sedar sangat diperlukan dalam menerapkan nilai agama dalam P&P walau apa subjek sekalipun.

Anwar :- Masih tercari-cari rentak. Setiap hari menerima pengalaman yang baru, berhadapan karenah murid yang pelbagai..

Zakirah said...

salam..br baca entri ni wlwpun dah lama ateh postkan..ateh anak cikgu,sedang menjalani praktikal sbg seorg cikgu dan k.z juga anak cikgu wlwpun xpasti akan menjadi pendidik jgk ke pasni..huhu..bc cita tntg student yg tidak solat subuh,sm dgn tugas umi kz pg2 tny ank2 murid arini solat subuh ke x? jwpnnya,sm shj dgn student ateh tu..huhu..smg ateh dpt teruskan tugas sbg seorang pendidik sekaligus sebagai seorang dai'e,krn akhlak remaja skg byk terdidik bermula di sekolah..selamat menjalani alam perguruan..hehe