Friday, June 18, 2010

Kembali menulis...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, masih menghirup udara segar di pagi Jumaat yang penuh barakah ini. Berada di bumi Puchong, serasa teramat baru. Masih dalam proses menyesuaikan diri, hidup berdua, menjadi isteri, jua suri buat suami tersayang.

Lama sungguh tidak menitipkan sesuatu di sini. Jika sebelum ini, banyak berceritakan hal-hal sepanjang menjalani praktikum, alhamdulillah segalanya sudah selesai. Keputusannya juga sudah keluar. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran buatNYA atas apa yang diterima, walau tidak mendapat A, status A- juga tidak mengecewakan. Apatah lagi dikongsi bersama keputusan Master abang yang juga cemerlang.

Tamat

Maka tamatlah sudah pengajianku selama 4 tahun di UPSI. Sekarang dalam proses untuk mengisi borang utk 'posting', sementara menunggu surat senat. Juga menunggu tarikh untuk konvokesyen. Alhamdulillah, tamatlah sudah perjuanganku dalam daerah sarjana muda, insyaALLAH bercita-cita untuk menyambung ke peringkat seterusnya. Mendapat suntikan semangat dari kesungguhan suami yang sedang menyambung ijazah Masternya walaupun sangat sibuk dengan kerja. Semoga inspirasi ini berkekalan, bukan sekadar menjadi angananku sahaja.


Walimatul 'Urus

Perkara pokok perbincanganku pada waktu sekarang adalah tentang terbinanya rumah tanggaku. Alhamdulillah, dengan lelaki pilihan restu keluarga. 4hb Jun 2010 menjadi tarikh keramat dengan lafaznya akad nikah, sebagai status sah sbg pasangan suami isteri. 5hb Jun tarikh kenduri kesyukuran di rumahku manakala 12hb Jun pula tarikh walimatul urus bagi pihak lelaki di Kedah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Semasa di Kedah, air mata deras menitis laju. Saat perpisahan dengan keluargaku. Sungguh simbolik adat kita. Majlis menyambut manantu di pihak lelaki menjadi tanda penyerahan tanggungjawab anak perempuan daripada walinya kepada suami. Ummi, buya dan adik-beradikku, juga Mok Dah serta Tok SU menitiskan air mata. Sungguh sedih saat itu. Namun, aku redha. Tanggungjawab menjagaku bukan lg di bawah keluarga, tetapi pada insan yang bernama suami tersayang.

Buat suamiku, terimalah diri ini seadanya. Ayuhlah kita berpimpin tangan, memacu rumah tangga ini kearah yang diredhaiNYA..INSYA ALLAH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

DOA PENGANTIN BARU

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada hari ini diberkati olehMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon

Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai pasangan pengantin baru ini

Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah

Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah

Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik

Isteri dan anak-anak menuju ke jalan yang Engkau redhai

Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali

Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu

Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh

Anak-anak yang menjadi amanah

Kurniakanlah kepada mereka Ya Allah

Zuriat yang soleh solehah

Dan agar berkekalan mempelai ini

Sehingga ke dalam syurga

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Teguhkan iman kami

Mantapkan aqidah kami

Mudahkan urusan kami

Murahkan rezeki kami

Halalkan makan minum kami

Berkatilah kehidupan kami

Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam

Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu

Hindarkanlah kami dari azab nerakaMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Ampunkanlah dosa kami,

Dosa kedua orang tua kami,

Dosa ahli keluarga kami

Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa

Baik yang zahir mahupun yang batin

Yang kecil mahupun yang besar

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah

Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu

Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam

Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya

Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini

Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru

Dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora

Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam menempuh segala cabaran yang mendatang

Amin Ya Rabbal Alamin.


3 comments:

Nuraini Munawar said...

Alhamdulillah. semoga kak ateh & suami berbahagia ke akhir hayat, insyaAllah, amiin...

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

Terima kasih aini..doakan akak yer..

Mami Hadeef said...

salam ateh..
tengok FB ateh, hari2 ayat bahagia..
selamat berbahagia hingga ke syurga-NYA..
selamat bercinta hingga ke syurga-NYA..
dan..
selamat menyulam cinta dalam keredhaan-NYA..

sungguh! time sambut menantu di rumah mentua memang hati betul2 pilu.. diri ditinggalkan oleh mak ayah tersayang yg selama ni tempat kite menyemai kasih sayang.. tapi,, sebab kepercayaan yg diberikan oleh ibu bapa kite terhadap suami untuk menjaga kite, itu lah yg membuatkan hati ini cekal.. huhu..

tahan je air mata.. sebab saya kalau nangis susah nak berhenti... hehe.. selamat menjadi isteri solehah ateh!