6 Zamrud, 1999 (cuba cari di mana aku) |
Assalamualaikum wbt.
Tiba-tiba hari ini mahu berkongsi tentang kawan-kawan sekolah rendah ku. Sebelum ini, agak lama tidak berhubung dengan mereka akibat 'lost contact'. Namun, sejak ku menyertai FB, kami kembali dapat berhubung dan reunion demi reunion yang diatur tetapi aku tidak pernah menyertai, huhu.
Walaubagaimanapun, pada kenduri kahwinku tempoh hari, alhamdulillah, sebahagian dari mereka menghadirkan diri. Terasa sangat gembira kerana kembali dapat bertemu mata dengan mereka. Syukur padaMu Ya ALLAH kerana memberi peluang ini untuk kembali menyambung ukhwah ini. Merekalah teman sepermainan ku di sekolah.
Bagiku, usah pilih bulu dalam berkawan. Usah lupakan kawan juga teman lamamu. Kerana daripada mereka kita mengenal erti persahabatan, manisnya ukhwah.
Dan ingatlah, Allah menjadikan hanya orang-orang beriman sesama mereka sahaja sebagai saudara.
Firman Allah,
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." [TMQ al-Hujurat (49:10]
Buat mereka, semoga ukhwah kita berkekalan. Terima kasih buat mereka yang setia menghadiri kenduri ku.
p/s : Terima kasih semua..
2 comments:
waalaikumusalam, mesti best dapat contact kawan-kawan lama kakak balik kan.. :) sy kimie, dtg jenguk dan follow blog akak ya..
okai...
Post a Comment