Sunday, August 8, 2010

Aduhai si bongsu..

Assalamualaikum wbt..

Sejak semalam lagi saya asyik teringatkan adik bongsu saya, Muhammad Fariz Shuyuti. Si bongsu yang kini sudah berumur 14 tahun dan bakal menghadapi peperiksaan PMRU tidak lama lagi. Hari Jumaat lepas Adik menelefonku agar cepat2 menghantar pulang motorku,si Syahid agar dapat dia gunakan. Kononnya nak guna untuk ke solat Jumaat, nak tolong ummi beli barang kat kedai runcit & pasar malam jika sekiranya buya tiada rumah; tapi hakikat utamanya agar senang untuk dia ke gelanggang futsal, hehe.


Adik diapit oleh dua abangnya. Gambar raya tahun 2009

Dan oleh kerana Adik adalah si bongsu, makanya ramai le kakak2 nya yang seramai 5 orang dan 2 org abangnya pasti begitu mengambil berat. Dan semalam, setelah aku msg Kak Long, Kak Ngah dan Abg Nik, mereka bertiga sangat tidak bersetuju, bahkan tidak membenarkan aku untuk mengepos si Syahid.

1. SMS dr Kak Long : X lok..Abe Nik ngan ish naik moto pun masa ting.4. X payah la....
2. SMS dr Kak Ngah : X harap jugok. x payah la. br tingkatan 2.xleh2.tkt jd mugo lain g derak jah x lekat rmh
3. SMS dr A. Nik : Xyoh wi lah. a.nik x arap lah

Tersenyum aku membaca msg2 itu. Aku jg begitu. Sangat bimbang akan si adik ne. Namun, aku tetap perlu menghantar motor itu kerana buya akan guna untuk ke masjid. 

Apa yang aku harapkan, agar Adik ku seorang ini memahami. BEtapa ramai yang menyayanginya, betapa ramai begitu mengambil berat akan dirinya. Ya, dia membesar dalam keadaan tidak mengerti permasalahan yang berlaku suatu ketika dulu. Adik hanya mampu merasa susah seketika, namun apabila kakak2 dan abangnya sudah bekerja, adik boleh dikatakan sangat dimewahkan, namun aku tahu, walaupun dia bongsu, dia tidak terlalu manja. Kakak2 dan abangnya tidak mahu adik merasai kesusahan seperti yang pernah kami alami semasa kecil. 

Aku tahu suatu masa nanti, adik akan membaca juga blog ini, hehe. Untukmu adikku, terima kasih kerana setia menjadi peneman ummi dan buya di kala semua yang lain merantau untuk mencari ilmu. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia juga untuk ummi dan ayah long. Dirimu kesayangan juga kesayangan mak saudara juga ayah saudara, kerana dulu engkau membesar bersama mereka. Ingatlah, kasih mereka, ingatlah pengorbanan mereka.

Dan juga buat adikku, kak teh menyayangimu...

Adik sebagai ketua KRS sekolah (baju x da size)

Cute,haha

With buya (zaman kurus)

With Ayah Long (makin gemuk)

Raya 2007 (with ummi n abang2)


Adik masa kecik2 dulu

p/s : Entry yang terhasil akibat kerinduan mendalam kepada adik bongsuku. Adik2 ku yang lain jangan jeles na

No comments: