Assalamualaikum wbt.
Hari sudah masuk 12 Ramadhan. Bagaimana dengan Ramadhnan kita? Tadi tazkirah dekat masjid, ustaz tu cakap kita kena muhasabah bagaimana Ramadhan kita setiap hari. Jadi, ayuh kita muhasabah terutamanya dari segi masa kita. Masa di akhir zaman ni memang pantas beredar. Jadi, sementara masih sempat ni, ayuh kita tengok balik antara kesilapan ketika Ramadhan iaitu membazir masa. Artikel ini saya peroleh dari ruangan agama Berita Harian Online. (Sumber : klik sini)
KESILAPAN orang yang berpuasa antaranya tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun memadai dengan niat di awal Ramadan.
Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.
Tidak menjaga solat fardu atau melengah-lengahkannya.
Tidak menjaga lidah daripada ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah atau berdusta.
Meringan-ringankan ibadat sunat (berdoa, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).
Tidak menunaikan solat Tarawih.
Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan pada awal Ramadan, kemudian mengurangkan amal ibadat di pertengahan dan pada sepuluh malam terakhir.
Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir. (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).
Bakhil, kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.
Keluarnya wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.
Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki dan perempuan yang bukan mahram).
- Tidak memperbanyakkan takbir pada malam hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.
- Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.
- Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau.
Buku Adab Ramadan
p/s : Jadi bagaimana??
3 comments:
Bulan Ramadhan rasanya paling senang beribadat sbb dah tak ada musuh utamakan...tapi diri sendiri plak jadi halangan..alhamdulillah, Ramadhan kali ni banyak masa...harap2 dapat dimaksimumkan.. :)
Moga kita semua dijauhi daripada perkara yang melalaikan, amin.
bln pose le bnyk pahala yg senang dbuat..moga kita jauhi perkara yg x sepatutnya..
Saya Suka Cara Kamu Berfikir
Post a Comment