Friday, August 20, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Moreh dan terawikh

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, kita sudah menjengah 10 Ramadhan. Terasa begitu pantas masa berlalu. Fasa rahmat pada 10 hari pertama telah berlalu. Betapa kita merasai rahmat dan kasih sayang ALLAH dengan kehadiran Ramadhan ini.Dan malam ini akan masuklah fasa kedua iaitu maghfirah yakni keampunan. Seharusnya umat Islam perlu menambah gear dalam ibadahnya untuk mendapat keampunan daripada ALLAH SWT. Bayangkan betapa bertuahnya kita jika kita di antara yang terpilih untuk diampunkan segala dosa dan noda yang telah lalu.

Tetapi berbeza dengan masyarakat kita di negara ini. Awal-awal Ramadhan berbondong-bondong manusia menyerbu masjid, alhamdulillah. Namun, hari makin hari, saff solat Terawikh semakin berkurang, huhu.

Ada apa dalam ni? Cuba teka?

MOREH
Kali ini nak bercerita tentang moreh. Alhamdulillah semalam kali pertama dapat moreh. Sebelum ini memang tak sempat nak ambil memandangkan kami (aku dan suami) akan mendengar tazkirah terlebih dahulu selepas witir. Makanya memang tak pernah sempat untuk mendapat moreh. Tetapi semalam tidak sempat mendengar tazkirah memandangkan suami perlu berkejar ke site untuk menjalankan kerjanya. Jadi, sempatlah mengambil moreh

Mee goreng yang sedap

Rezki malam semalam. Apa yang nak aku katakan di sini, moreh ni hanya ada di bulan puasa kot yang disediakan tidak kira samada oleh AJK Masjid mahupun individu yang berniat untuk bersedekah. Apa yang aku tidak setuju tentang moreh ini ialah sikap segelintir dari kita yang mengambil moreh berlebihan. Kadang-kadang aku tengok tak cukup tangan nak disambarnya. Ini agak tidak adil. Moreh ini disediakan untuk orang yang berterawikh. Isunya di sini, jangan kita ambil apa yang bukan hak kita. Kadang-kadang kesian juga melihat pak cik dan mak cik yang selesai witir dan bertadarus hanya sempat meneguk air tanpa moreh yang sudah kehabisan disambar oleh mereka tertentu. Tak adil kot, kalau anak-beranak kita yang x pergi terawikh dapat makan moreh.

Tetapi isunya berbeza jika sekiranya memang moreh itu disediakan berlebihan, maka tiada masalah untuk bawa pulang seberapa banyak pun ke rumah bagi mengelakkan pembaziran. Teringat kenangan semasa di kolej, kami AJK SUrau sampaikan berkejaran dengan orang yang lalu-lalang untuk mengagihkan moreh. Dan adakalanya berlebihan, maka moreh itu jugalah sebagai santapan sahur kami..hehe

Rasanya setakat tu je dulu kot tentang moreh. Aku tidak kisah pun dapat atau tidak moreh. Kalau dapat, alhamdulillah, itu rezki kami, kalau x dapat, maknanya itu rezki insan lain. ALLAH itu maha Adil bukan.

“Barang siapa menjalankan ibadah Puasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan (berpuasa karena Allah semata), maka Allah akan mengampuni dosa-dosa (yang dilakukan) hamba-Nya  di masa lalu (Hadits). Ini janji Allah, dan Allah SWT tidak akan sesekali mengingkari janji-Nya.

Wallahu 'alam. Ayuh kita sama-sama tingkatkan serta menggandakan lagi amalan di fasa kedua bulan rahmat ini. Renungkan dan selamat beramal!

6 comments:

DaNieL HafIz said...

hehehe biasa la tuh... terutama anak muda sekarang lagi susah nak lekat kat masjid dan surau....

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

btol2..huhu..mak cik n pak cik tua je yg ramai..hehe

ShalinzZ85 said...

mesti ada bihun kan dalam tue.hehe

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

x la..mee goreng..

hafidz said...

Ya betul.
Jangan ambil yang bukan hak kita.
Tak baik.

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

yup..setuju..nt hak tu dituntut kat akhirat dr kita