Assalamualaikum wbt
Salam 13 Ramadhan. Alhamdulillah, dh 13 hari berpuasa lagi 2 hari akan menjengah separuh Ramadhan. Teringat kata-kata imam di masjid beberapa hari lepas. Beginilah orang kita, belum sampai separuh Ramadhan, dah separuh kosong saf untuk solat terawikh. Nanti dah masuk separuh kedua Ramadhan, entah berapa saf yang tinggal.
Ada salah satu pengisian solat terawikh beberapa hari lepas, ustaz ada cakap kita orang Melayu kena selidik kembali cara kita sambut Ramadhan dan sambut hari raya. Orang kita menangis bila nak raya kerana sedih dengar lagu raya, tapi sahabat2 Nabi SAW menangis bila nak raya kerana berlalunya Ramadhan. Orang kita gembira nak raya kerana dah x perlu berpuasa menahan lapar, tapi sahabat2 dahulu gembira beraya kerana meraikan hadiah ketakwaan serta tarbiyah Ramadhan untuk menghadapi 11 bulan yang berikutnya.
Mungkin ada yang berkata, kita tidak layak jika nak dibandingkan dengan golongan sahabat ini; ya itu memang benar tapi ingatlah golongan sahabat ini jugalah yang mencemburui kita sebagaimana kisah berikut :-
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu Bakar, kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata Rasulullah. Ikhwanku itu,menurut Rasulullah s.a.w, adalah mereka yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.
Wallahu 'alam
7 comments:
Harapan supaya dapat menjadi Ikhwan Rasulullullah. Insyaallah
INSYA ALLAH...sama2 kita berdoa..
hmm...kita mmg kene hari2 muhasabah diri...apa pun...gud entry.. :) semoga Ramadhan kali ni akan memberi peluang pada kita untuk melipatgandakan pahala...
betul tu cik aish..
semoga kita menjadi "ikhwan" Rasulullah.. Ameen
Aminn...
Post a Comment