Wednesday, August 18, 2010

Tudung oh tudung

Assalamualaikum wbt.

Sementara menemani suami study untuk testnya hujung minggu ini, saya cuba untuk menulis sesuatu. Sangat tertarik dengan gambar yang saya dapat di FB ini, iaitu tentang tudung wanita.


Gambar inilah yang saya maksudkan. Benarlah hadith Nabi SAW. Membenarkan peristiwa akhir zaman ini. Hadith yang memang ditujukan buat kaum wanita.

Saya tidak mahu mengulas panjang, kerana saya bukanlah orang yang layak tetapi cukuplah kalau kita berpegang kepada dalil-dalil yang jelas termaktub dalam Al-Quran dan Hadith. 

1. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”


2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
3. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
4. Hadith Nabi SAW juga ;Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wallahu 'alam. Renungkanlah buat wanita di luar sana. Islam sudah memberi garis panduan yang cukup lengkap. Samada mahu atau tidak sahaja. Yang hak tetap hak, yang batik tetap batil. Dosa tetap dosa. Ingatlah bertudung kerana Allah, kerana mahu menutup aurat, bukan sekadar berfesyen. Islam tidak melarang wanita untuk berfesyen, tetapi ada batas-batasnya. Matlamat tidak menghalalkan cara. Janganlah tudung itu menjadi bonggol unta pula.


p/s : Ini baru sal tudung, belum lihat lagi tentang pakaian serta berhias..huhu..

3 comments:

Anonymous said...

pernah terbaca pasal ni. Pastu kalau sanggul semulajadi tu xpe, tp ke bawah bkn meninggi ke atas. Sebab lelaki boleh agak rambut kite panjang ke x berdasarkan sanggul tu. Kalau biasa ikat sanggul biar ke bawah bkn tinggi ke atas. Wallahualam

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

yup..btol tu mus..mcm sengaja plak nk tinggikan sanggul tu..huhu..cantik ke berbonggol cm tu..huhu

Anonymous said...

kite tgk mcm pelik je..huhu