Assalamualaikum wbt
Sedar tak sedar tinggal lagi sehari kita akan berpuasa. Sedih rasa di hati. Mungkinkah kita kan bertemu lagi dengan Ramadhan ini? Wallahu'alam.
Alhamdulillah, semalam saya dan suami sudah selamat sampai di Pokok Sena, Kedah. Kampung halaman suami. InsyaALLAH saya akan berada di sini sehingga raya ke-3. Raya ke-4 pagi saya akan tiba di Kelantan.
Gunung Riang, Kedah (Gambar : Google) |
Memandangkan kami masih belum ada kereta, makanya bas adalah pilihan kami, hehe. (x kan nak naik flight kot). Dan InsyaALLAH, bak kata abang, ini kali terakhir menaiki bas untuk pulang beraya kerana kami akan memiliki kereta tak lama lagi. (InsyaALLAH, moga perancangan kami berjalan lancar).
Mula-mula memang saya merungut, merungut kerana ketiadaan kereta. Tapi lama-lama, saya semakin faham dan perlu faham. Saya perlu memahami perancangan dalam rumah tangga kami. Dan saya tahu, suami saya sangat bijak dalam perancangan kewangan. Moga saya mampu menjejak langkah beliau. Kerana untuk pengetahuan semua, saya sangat gagal dalam menguruskan kewangan kerana saya sangat boros berbelanja.hehe. Bak kata suami, rasalah bersusah-susah dahulu. Apabila berlaku begini, saya teringat kat ummi. Ummi alami pelbagai kesusahan sejak di awal perkahwinan. Dan segalanya Allah balas dengan kesenangan, walaupun bukan dengan kemewahan, tapi dengan kesenangan anak-anak yang berjaya. Alhamdulillah.
Apapun, saya harap saya bergembira di sini. Kedah sejahtera!!!
3 comments:
slamat beraya d kg sumai..huhu..
a ah, kdg2 mmg smua tu bt kita merungut kan, asal sabar, mst smuanya dpt dilalui dgn tenang.. ;)
Takpa,
bersusah-susah dahulu.
bersenang kemudian, Insya'allah.
Selamat Balik Kampung di Hari Raya~ :D
selamat bercuti n pulang ke kampung ateh
ak nk wish slamat hari raya maaf zahir dan batin.. ak myusun spuluh jari tuk memohon kemaafan di atas kekhilafan dan sgala kesilapan ak terhadap ateh mn la tau dlm perkenalan kita dr JMK ak ada myakiti ateh.. d harap d pagi Syawal ini semuanya akan ceria selalu..
Post a Comment