Friday, September 3, 2010

Balik kampung

Kredit : Sini

Assalamualaikum wbt

Entry ini dibuat bukan kerana saya akan balik kampung hari ini atau esok. Yang pastinya, saya akan pulang ke kampung suami buat pertama kalinya untuk beraya di Kedah pada 7hb ini. Agak terlewat berbanding kebanyakan mereka di luar sana.

Saya tertarik menulis entry ini memandangakan melihat status kawan2 serta junior2 di FB mahupun Twitter yang menyatakan akan pulang ke kampung masing-masing. Sangat seronok melihat kegembiraan mereka. Kerana saya dahulu juga berada di situasi itu. Pulang ke kampung untuk berhari raya 'is a great passion' terutamanya buat insan seperti saya yang memang sentiasa sibuk (atau buat-buat sibuk) dengan aktiviti-aktiviti dan program. 


Namun, kali ini amat berbeda. Pertamanya saya sudah pun habis belajar serta akan berkonvokesyen pada bulan 10 ini dan sekarang sedang menunggu posting. Dan keduanya pasti kerana saya kini sudah ber'status' isteri. Sudah tentu sangat berbeza. Boleh dikatakan sebagai pengorbanan apabila pulang ke kampung suami terlebih dahulu. Sangat bertuah bagi mereka yang berjaya memujuk suami untuk beraya di rumah isteri pada giliran pertama. Yang pastinya saya dan suami mengamalkan sistem giliran. Agak keadilan berjaya ditegakkan.

Tipu jika sekiranya saya mengatakan tiada pergaduhan serta perdebatan hangat tentang isu balik kampung. Namun, yang pastinya, berlapang dada lah. Walaupun amat payah serta berat.Huhu. (nak jadi isteri solehah kan).

Apapun, saya ingin mengucapkan selamat balik kamung buat mereka yang bakal pulang ke kampung halaman bertemu ayah bonda mahupun mertua. Semoga perjalanan kalian diiringi berkat. Jangan lupa untuk berdoa sepanjang musafir kalian. Semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.

p/s : (Bacalah sambil mendengar balik kampung). Entry yang ditulis juga untuk memujuk diri, hehe. Saya akan berada di Kedah bermula 7hb sehingga raya ke-3. Raya ke-4 insyaALLAH akan berada di Kelate.


6 comments:

Annaz Mohd said...

tk sabar nk blk kg...
hati2 dlm perjalanan..

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

terima kasih..('',)

Mami Hadeef said...

ateh, tringat anim dulu taun lepas mase mula2 kawen.. memang anim yg menang la sbb blh beraya kt umah anim dulu.. tp petang tu terus bertolak balik umah asben..

pastu, raye haji patutnya turn umah dia, tapi sbb kesian anak2 buah anim yg kakak tinggal sbb g tunaikan haji, jadi, beraya dulu kt umah anim..

pastu, patutnya raye pose tahun ni kat umah dia la, tapi sbb bersalin, kt umah anim lagi.. kesian betul.. nasib suami pasrah.. kih kih kih...
lagipun kalau dia nak balek umah dia blh je, 2 jam je dari umah anim..

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

aniemz : hehe..tahla, raya pertama ni ateh rasa mmg kna ikut suami kot..x argue pon, trima je..tp x pa la, sbb aniemz dekat je kan kg ngan suami..ateh ni jauh kalau nk balek hari..huhu...tp redha jer la dpt org jauh..hehe

Anonymous said...

Salam Aidilfitri kak teh :)
Raya kali ni bermakna ye..hehe

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

selamat hari raya juga buat mus...insyaALLAH, leh cium tangan suami di pg raya..hehe