Monday, September 20, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Kereta oh kereta

Assalamualaikum wbt
Kredit gambar : Sini

Semenjak belum memiliki kereta, sepnajang 3 bulan lebih mendirikan rumah tangga, kami bergerak ke sana ke mari hanya dengan menaiki motor. Kadang saya akui, saya merungut akan kepayahan itu. Namun, hari demi hari redha juga. Saya perlu menjadi isteri yang bersyukur. Apatah lagi saya tahu x selamanya kami begini. Dan Alhamdulillah, tidak lama lagi suami saya akan membeli kereta.

Kereta apa? Biarlah rahsia. Yang pastinya, untuk masa yang terdekat ini, saya telah diberi tugasan untuk 'survey' di Internet tentang segala apa yang berkaitan kereta samada dari segi rate interest untuk loan, maintanence, dan bajet sampingan bagi kereta sedan seumpama Vios atau Honda City.

Di sini, saya ingin memohon pertolongan dari semua blogger di luar sana agar dapat berkongsi pendapat, pengetahuan serta apa-apa yang bermanfaat. Jika dapat beri link berkaitan, sudah tentu lebih baik.

Sekian, wassalam.

1 comments:

nosembilanbelas said...

beli kereta ikut kemampuan dan bajet bulan2 nak bayar. mula pergi showroom. test drive. tanya berapa interest sekarang. tak kisah baru ataupun 2nd. (kalau akak, baru, sebab nak elak kos2 luar jangkaan kelak) tapi kalau terer & paham pasal kereta. no hal amek 2nd. tapi biasanya nasib la. ada gak baru buat hal