Assalamualaikum wbt
Semalam rehat sebentar berbicara tentang sekolah. Bukan apa, semalam sudah bermula acara 'stress' yang ditunggu-tunggu. Saya mengamuk di dalam kelas kerana pelajar sangat bising. Dan hari ini ada seorang guru senior bercerita sekolah ini terkenal dengan sikap pelajar yang akan membalas dendam kepada guru dengan mencalarkan kereta.
Oh, sungguh biadap pelajar sekarang. Pengalaman lepas sangat membantu. Dulu, masa prkatikal sangat tertekan, tetapi sekarang sudah dapat sesuaikan diri. Saya hanya mengajar mereka yang mahu belajar. Yang x nak belajar, biarkan sahaja cuma saya akan pastikan mereka tidak bising dan tidak mengganggu pelajar yang lain.
Guru-guru yang lain juga berpesan begitu. Masa yang ada saya gunakan untuk raih pengalaman yang berguna. Oh, siapa kata jadi cikgu senang?? Jadi cikgu sangatlah mencabar...
p/s : Tadi sementara tunggu suami datang ambil, sempat berbual dengan mak guard di sekolah. Dia menceritakan sebelum puasa yang lepas, tangan dia terseliuh akibat ditumbuk oleh pelajar Melayu. Sekolah sekarang tidak selamat sekarang. Sedang berkira-kira jika ada anak nanti, saya mahu hantar ke sekolah swasta yang paling terjamin segalanya..InsyaALLAH
7 comments:
cikgu... memang mencabar jadi cikgu nih...baca entry saya tribute untuk CIKGU ELITE nih setuju atau tidak..
kuman "tribute guru elite .." Entry
mekaseh Kumon untuk entry itu,,saya sudah baca..
salam kenal..
saya juga seorg guru..pernah berkhidmat di skol harian selama 6 thun di klang...byk masalh disiplin dan tekanan dlm p&p..tapi kita kene zon selesa sendiri..kendian saya transfer ke johor dpt SBP..alhamdullilah okeh sb bdk2 terpilih ..skrg..saya dah mngajar selama 12 tahun..
cabaran guru sekarangkn..
kak sarah : wah..mst guru cemerlang ne...mohon tunjuk ajar..akak doakan sy cpt2 poting yer...
salam kenal
guru sebaik2 pekerjaan...
kuatkn semangat ye cikgu ~
tension jugak ngan budak2 bising dalam kelas ni
tp seklah swasta ak semestinyer berkuaiti kan....
salam perkenalan
JEMPUT MELAWAT
LATIHAN MENYUMPIT
Post a Comment