Wednesday, October 13, 2010 | By: CahayaMatakuYangMenyaksikan

Malas melanda

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, datang juga mood untuk menulis. Akhir-akhir ini, saya memang malas untuk menulis. Entah mengapa. Mungkin kerana keletihan yang melanda. Kebelakangan ini, saya sangat mudah letih. Kerap letih. Mungkin kerana kerja di sekolah. Tetapi saya hanya guru ganti, tak banyak tugas yang perlu buat. Huhu.


Tadi bila saya tulis status tentang keletihan ni, ramai yang teruja. Saya tahu, mereka menantikan berita gembira daripada saya. Mungkin mereka berasakan apa yang saya alami mungkin kerana simptom kehamilan. Ya, saya akui, saya mudah letih, sentiasa terasa mual. Tapi itu hanya dua tanda yang menepati. 

Saya tidak mahu terlalu mengharap, kerana saya takut kecewa lagi. Saya tahu. Rezki terletak di tangan ALLAH. Saya redha apa sahaja yang DIA mahukan pada saya. Dalam pada masa yang sama, saya juga setia berdoa agar dimurahkan rezki. Saya tahu, ramai menantikan kemunculan mujahid kecil di rahim ini. Saya dan suami apatah lagi. Makanya, saya mengharapkan doa berterusan dari kalian. 

Saya redha terus redha. Mungkin walau rezkinya bukan sekarang, mungkin esok atau lusa. Saya dikira masih bernasib baik. Usia perkahwinan saya baru 4 bulan lebih. Jika ALLAH belum mengurniakan benih suc itu di rahim ini, mungkin DIA mahu saya lebih mengenali suami, maksud di sini, mendalami segala apa yang pada suami, sementara masih lagi berdua. InsyaALLAH, saya mahu menghargai setiap saat kami bersama.


p/s : Usah terlalu mengharap---> pesan pada diri

7 comments:

xazryx said...

bnyk bersabar ye .klu ade rezeki tu ,ade lah .inysa-allah .doa la bnyk2 ye .HEHE .

asna cute said...

Ateh.. Insyallah ada rezeki. Teruskan berdoa. Jika letih dan sudah mula mual2 dan lewat period jgn teragak2 buat test UPT okey. Insyallah dr situ kita boleh tahu samaada Mujahid Kecil sudah mula untuk mbesar atau belum. =)

Insyallah.

mia said...

amin...ade rezeki, insyaALLAH ateh..xsabar nak dgr berita gmbira ni.

ANIEMZ said...

ateh, sementara berdua ni, nikmatilah setiap saat tu.. nanti bile ade anak, 100% memang utk anak je.. kadang2 nak bergurau senda dgn suami pun tak sempat.. sgt rindu saat itu..

tapi, bile ada anak, anak pengikat kasih.. dgn anak lah, kita makin sayang n cinta pada suami.. percaya lah! nanti bile ateh ada rezeki memiliki anak, ateh akan percaya kata2 anim ni..

teruskan bersabar ye..

hafidz said...

kalau sudah jodoh tak kemana,
kalau sampai rezeki tak kemana,
=)

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

azry : terima kasih

asna : thanx asna..insyaALLAH

MIA : amin..insyaALLAH

ANIEM : btol tu aniem..nk hargai saat bersama sebaiknya

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

hafidz : terima kasih ye