Monday, October 11, 2010

Susulan Kemalangan Ngeri : Berpantang Maut Sebelum Ajal

Assalamualaikum wbt.

Allahu rabbi, tarikh 10.10.10 yang dikejari menjadi satu tragedi buat semua mangsa kemalangan ngeri yang berlaku semalam. Sudah tertulis di Loh Mahfuz, nyawa mereka dijemput dalam keadaan yang sungguh menyayat hati. Menonton Buletin Utama sebentar tadi, melihat betapa sedihnya ahli keluarga mangsa yang maut untuk menerima kenyataan bahawa mereka telah kehilangan insan yang tersayang.

Berbalik kepada tajuk entry, ianya ditujukan dengan sahabat seperjuangan dalam organisasi JMK 0809, Jamiah@Mia. Mia sepatutnya menaiki bus Delima tersebut dari Melaka, namun akibat dia terjatuh sehingga kakinya terseliuh di stesen bas, dia terpaksa membatalkan hasratnya menaiki bas tersebut. Sungguh, berpantang maut sebelum ajal. Allah masih memberi peluang buat sahabatku itu, alhamdulillah. (Rujuk entry ini).

Dan satu lagi berita yang saya dapat ketahui, salah seorang mangsa yang maut adalah salah seorang lepasan pelajar UPSI, yang bakal berkonvokesyen pada 15hb nanti. Arwah adalah pelajar jurusan Pendidikan Seni. Sungguh, ALLAH lebih menyayangi beliau, beliau pergi sebelum sempat posting dan bergelar seorang guru.

Pelajar UPSI, Norazmi Abdul Karim
(kredit gambar : Kak Ina KL)

Al-fatihah buat semua mangsa yang meninggal dunia. Kita yang masih hidup ini, ambillah pengajaran sebaiknya. Sungguh, kemalangan ini menjadi pengajaran berguna terutamanya kepada pihak berkuasa. Sudah banyak kes kemalangan ngeri yang melibatkan bas ekspres. Pengangkutan awam yang menjadi tumpuan golongan biasa untuk menuju ke destinasi bagaikan tidak boleh diharapkan lagi.

Buat Muslim sekalian, ayuh amalkan doa di bawah. Moga kita mati dalam keadaan husnul khatimah.


هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

3 comments:

m i a said...

thanks ateh..huhu

Awangku Johan said...

Al-fatihah buat kuarga Azmi..
AK terkejut mendengar berita tu td tengahari.. huhu
Alhmdulillah, Mia Allah masih menyayangimu dik..

CahayaMatakuYangMenyaksikan said...

mia : sama2

AK : btol tu..al-fatihah buat arwah..bersykurlah kita dengan nyawa yg masih ALLAH pinjamkan kepada kita hari ne