Assalamualaikum wbt..& Salam 9 Zulhijjah
ALHAMDULILLAH, esok kita semua di Malaysia akan menyambut Hari Raya Haji @ HAri Raya Qurban. Bertuah bagi sesiapa yang terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah suci Mekah. Semoga mereka mendapat haji yang mabrur. Dan kita di sini juga, hendaklah sentiasa mendoakan, agar terpilih untuk ke sana nanti, insyaALLAH.
Raya haji kali ini sudah tentu berlainan kerana ini raya haji pertama bersama suami, juga kali pertama beraya di Puchong ini kerana tidak pulang ke kampung halaman. Ini kali kedua saya tidak pulang pada raya haji. Kali pertama ialah ketika belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dahulu.
Sedih memang sedih, tetapi mungkin inilah pengorbananku kali ini. Saya perlu memahami keadaan saumi yang hanya bercuti sehari sempena raya ini. Kami perlu korbankan pulang ke kampung halaman memandangkan Jumaat ini baru kami dapat pulang ke Kelantan. Itupun kerana kakak sulungku bakal mendirikan rumah tangga & Alhamdulillah suamiku dapat memohon cuti.
Kononnya mahu berada lama di kampung namun tidak kesampaian juga kerana pada 22hb November nanti saya perlu melapor diri di JPN Selangor.
Inilah erti pengorbananku kali ini. Mungkin sangat kecil, namun bukan mudah mahu berlapang dada. Terfikir juga, alangkah besarnya pengorbanan Siti Hajar dahulu bilamana beliau sanggup ditinggalkan di padang pasir yang tandus bersama anak kecil, Nabi Ismail A.S. demi mematuhi perintah sang suami, Nabi Ibrahim AS.
Ayuh, sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita hayati erti pengorbanan yang sebenar.
~Kullu 'Am wa Antum Bilkhoir... Minna wa Minkum Taqabbal Ya KAreem..
Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa Lillahil Hamd...
Salam 'Idul Adha dari Ateh & Suami,
Bandar Kinrara,
Puchong,
Selangor
2 comments:
Salam Aidiladha kak teh :)
salam aidiladha juga buat Mus
Post a Comment